28 October 2010

cerita aku...kenangkanlah...

semalam entah apa angin aku terbelek diari lama ...dah lama aku xmenulis kat dalam tu....sejak hari tu aku dh xmnulis dlm tu lg....bkn xnak menulis cuma xmampu dan xada apa yg perlu ditulis lg.....

tp bkn pasal diari tu yg aku nak citer kat cn...tp pasal salah satu 'entri' dalam tu....tentang kebencian & kemaafan===>crita ni aku penah tuliskan tuk 'dia' yg pernah menjadi 'seseorg' dlm idp aku dl.....*mst krg curiouskan..nape xcrita je...kenapa perlu tulis...cz aku mmg suka menulis...:)

aku pernah kata dulu.. 'ukirlah setiap kenangan & kebaikan diatas batu agar ia tak mudah dikikis dan terhapus juga kekal sebagai memori terindah....sebaliknya andai aku membuat kesalahan tulislah ia diatas pasir agar ia akan ditiup angin kemaafan untuk menghapuskannya...' ===> kata2 yg aku sndiri tak mampu nak turuti....kejam kah aku....:(

aku juga pernah ceritakan dulu...'tentang betapa sekumpulan kanak2 tadika diarah oleh gurunya untuk membawa sebekas ubi kentang kemana shj walau ke tandas sekalipun, selama 1 minggu.. dan setiap kentang2 yg dibawa mewakili musuh2 kita. Semakin hari, kentg2 tersbut mula membusuk, ia menimbulkan rasa tidak senang dikalangan mereka..cukup seminggu mereka bertanya kepada guru, kenapa mereka diberi tugasan tersebut....guru menjawab, kentang2 yg telah busuk mewakili dendam & kebencian kita pada sesorg...sggh tidak menyenangkan bukan..???? bygkan jika kita akan membawa kebencian jg api kemarahan itu seumur hidup kita..??' ===> dimana, aku juga x mampu lakukan...

Betul kata org, tiada erti kekecewaan & kebencian dalam sesebuah persahabatan..semuanya harus kerana ALLAH..tapi tu kata org...kata aku...????? bagaimana pula..???? dan sanggup ke aku untuk memikul kentang2 yg telah membusuk & tidak menyenangkan itu sepanjang hidup aku..?????

sahabat....hari ini aku belajar memahat setiap inci kenangan & kebaikan2mu diatas batu...semoga ia akan menjadi memori terindah sepanjang hidupku......aku juga belajar menulis setiap kebencianku pada pasir, agar ia akan segera terhapus dek tiupan angin.....

semoga aku tabah & ikhlas melakukannya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...