27 December 2013

nasik kawen Elyn_Yusri


Ni lagi cerita tentang nasik kawen. Kali ni cerita elyn dan pasangannya Yusri. Tahniah elyn dan Yusri semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal selamnya. kami doakan semua akan baik-baik saja seperti yang kalian harapkan. Semoga diberkati dan di redhoi. Apapun tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru ^.^

Tak sangka sepupu yang dulu main kejarkejar bersama, berebut teddy baer sambil menagis dek memasing-masing keras kepala tamau mengalah dah pun menamatkan zaman solo. Tibatiba pulak rentetan zaman kanakkanak kembali terlayar. alahaiiiiiiii.....

26 December 2013

cerita kawen kematz-CikSuka

setiap kali cerita pasal nasik kawen tak kira kawankawan atau saudara terdekat akan buat aku rasa terbeban yang sangat luar biasa. alahaiiii....beban yang tak terlihat dek mata kasar. Kali ni taksangka aku dah kena tulis tentang nasik kawen kawan melepak tepuk tampar ketawa menangis sekejap aku. Dah kawen pakcik sorang nih.

Tetiba tak ada kata untuk kau pakcik. Apapun, aku doa semoga perjanjian sehidup semati kalian akan di makbulkan ALLAH.

20 December 2013

Gunung Peninjau

Gunung peninjau???? kat mana tuh??? sumpah memang sebelom ni aku tak pernah dengar pun ada gunung yang nama nya macam ni. Pada awalnya aku x plan langsung nak mengkompemkan diri menyertai event 2H1M anjuran ORA ni. tapi bila ajher sis ana duk roger dan kebetulan memang aku xde plan kemana minggu tu, aku trus on kan ajher.

So, trip yang di sertai 12 peserta ni berjalan dengan jayanya, Alhamdulillah tanpa sebarang kecederaan serius. Syukur!! menurut kata abg gogo rating kepayahan untuk gunung peninjau adalah 4/10. tapi pada aku kalau rating untuk pendakian daypack peninjau lebih daripada itu.

bayangkan dari selepas trek pemanas badan dalam lebih kurang 30minit dari starting point, kau dah disajikan dengan trail hazab na'uzubillah. trail lutut ke dagu, licin, pacat lagi..alahai...komplete dengan segala macam cabaran.



Melihat pada trek, aku yakin dan gogo pun sependapat yang gunung peninjau jarang di teroka pendakipendaki tegar. Pada aku rugi kalau gunung2 daypack seumpama peninjau ni tak kalian teroka. mungkin lepas ni trek peninjau boleh di jadikan sebagai trek tranning untuk ke gunung2 yang lebih extremely hardcore.

17 December 2013

terbang

lewat malam semalam
terasa hilang segala rasa
entah kenapa
dan paginya 
terasa mati hidup semula

13 December 2013

PeLejen 0033

Tajuk Entry dah ala2 perisik rahsia james Bone baq hang...!!! tapi ni bukan lah crita pasal perisik rahsia ke hape. Tapi sesuatu yg lg ossem dari segala macam bende. Tak caya!!! silakan... tapi nanti kalau korang dah takde peluang nak milikinya lagi jgn cakap takde saper  habaq p kat hangpa naaa

bila dengar ajher yang lejen bakal melahirkan kad diskaun, aku memang duk berangan nak memilikinya. kalau boleh aku nak menjadi pemilik kad 0001. Namun apakan daya, 0033 pun dah di kira cukup bertuah. Lepas ni boleh la melejen tak kira masa sebab aku dah ada kad ahli. Dapat diskaun kot. ^.^


#Aku pelejen berdaftar..!!! korang bila lagi!!! ^.^

hadiah harijadi


ini bukan sekadar beg duit
ini beg kasih sayang
Terima kasih bukan saja untuk beg kasih sayang ini
tapi jugak untuk setiap doa
yang kau titipkan

#dan usai huruf terakhir aku tekan, sempat aku mengesat birai mata

09 December 2013

Hujan

setiap datangnya dengan alasan
dan alasanya berbezabeza
alasanya mau bersua muka dengan lantai bumi
alasanya mau menitipkan sang pelangi
alasanya lagi asyik di panggil si kodok hijau
apapun alasannya
aku tau ada rindu disetiap titisanya

05 December 2013

tenang sekejap

masalah tak pernah reda selagi kau bergalar manusia hidup
semalam sempat layan Kumpilan Shiro dalam Ustaz, mu tunggu aku datang
ya..!!! memang tenang hanya sekejap
tapi sekurangkurangnya aku tak sempat fikir pasal halhal yang memeningkan
dalam masa 2 jam tu.
sekurang-kurangya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...