21 March 2014

water rafting @Gopeng

Water Rafting!! dah lama rasa teruja nak melakukan aktiviti air yg satu ni, Syukur di beri peluang dan ruang. Keterujaan aku berlangsung dengan kelewatan aku melaporkan diri pada hari kejadian. Haissshhhhhhhh apa la malang fengsan xsedar2.

Sebelom di lepaskan melawa arus di sungai, kami di beri sedikit taklimat dan penerangan untuk melepasi halangan. Dari situ tau la aku sedikit sebanyak tentang asas berkaitan sukan air ini. kami di beritahu apa yg perlu dilakukan bila ketua bot mengeluarkan arahanarahan asas. "Backward" "Forward" "Bumbum" "On the job" "high 5" dan apa yg perlu kami lalkukan sekiranya terjatuh.

Aku teruja menanti Spot Rafting down jugak big rapid dalam program ni. NAmun apakan daya, memandangkan event ini di lakukan taim musum agak kemarau, maka spot2 menggoncang hati tu agak kurang. Tapi bagi aku pengalaman pertama melakukan sendiri aktiviti rafting ni dah cukup mengujakan.

 
 

sungguh!!!! sukan air ini membuat aku sangat teruja. Dan aku yakin akan ada kesinambungan dari siri di Gopeng ini.

19 March 2014

syukur

Takdir tak selalu seiring
semoga DIA lucutkan selimut halimunanku
biar telanjang
semua terang

13 March 2014

Gunung Hitam

Peluang mendaki Gununggunung rare ni memang selalu aku nantikan. Dan bila BKG dok up event ke Gunung Hitam memang aku bercitacita akan menyertai mereka. Mana taknya G. Hitam antara gunung2 tak pernah aku dengar namanya pun seblom ni. 

Pada aku gunung Hitam punya tahap kesukaran yang luar biasa. Trail yang mencanak dari permulaan trek memang tak bagi discount langsung. Kalau ada yang pernah ke Gunung Peninjau akan kata Kedua trek ini punya tahap kesukaran dan Trail yg hampir sama. dan aku setuju. Trail lutut ke dagu ditambah dengan trail yg takde pemijak (sila bayangkan trail yg bila trun korang boleh slide)

Trail hazab mencabar mental tadi di bayar hanya dengan bayangan pokokpokok di keliling puncak. Tiada view menarik yg ada di puncak. yang ada cuma kami dan penghuni penghuni gunung Hitam. Walau xde view superb aku tetap puas berjaya ke puncak Gunung.


Rugi kalau Nuang kau dah khatam 12x, dan ke Hitam langsung tak pernah. Trail mencabar luarbiasa akan menjadi mudah dengan adanya semangat yang selalu korang bawak tipa kali menggunung. segala semangat...!!! percayalah...!!!

#bukan semangat ghaib tu la..haissshhhhh...!!!

05 March 2014

Selamat hari Jadi Hazem!!!

 


Memandangkan ini jemputan tibatiba, takde la hadiah rendarenda dari KAKAK buat hazem. mana taknya aku di ajak oleh si bapak hanya beberapa minit  seblom lilin di tiup. Seperti biasa hanya doa yg aku tingggalkan semoga kau sihat berpanjangan jugak menjadi Soleh seperti harapan abah dan umi kau.

terima kasih jugak abe sekeluarga sebab ingat aku untuk setiap acara keluarga kau. semoga kau di beri rezki yang bergandaganda kelak.


#aku tau ada sedang jeles dari jarak dekat kerana muka kau tak terselit. =P

03 March 2014

Meneroka Gua Ulu Tamu

Ni cerita pasal trip santai mak jemah meneroka gua Ulu Tamu dulu. Memandangkan meneroka Gua ni antara aktiviti outdoor yang tak pernah aku cuba seblom ni, aku sedikit teruja dengan TerUpnya event oleh  OWA ni. Awal2 lagi aku dah mengesahkan kehadiran aku.

Pada aku meneroka Gua juga menjanjikan keseronokan dan cabaran tersendiri. Walau hanya meneroka gua cabara2nya jangan kita ambil mudah.Air Deras, batuan licin, laluan sempit, laluan merangkak, laluan memenajat antara cabaran2 yg aku lalu di Gua Ulu Tamu haru tu. Tu belum lagi masuk bab, kesejukan melampau kat dalam tu.


Teruja rasanya nak meneroka khazanah Gua Batu Maloi pulak nanti. Rugi kalau tempat paling tinggi dan paling dalam kau dah sampai tapi meneroka gua kau belom mencuba. Ayuh..!!!! =D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...