23 October 2012

tiruk ala2 pandelela rinong di jerangkang


Aktiviti kali ni ala2 santai gitu. bajet pandelela rinong meniruk sakan kat air terjun jerangkang. dah namapun aktiviti santai kan. so, mmg santai sesengat la kan. lpas makan tiruk lepas tiruk makan. kalau sebelum ni asik duk panjat gunung ajher kali ni santai2 la pulak kan. 

sebenarnya aktiviti2 santai macam ni mmg bagus ok tuk kome2 yg rajin mendaki. Bukan apa, selalu duk layan trek hazab je kan. kat sini mmg xde la jumpa trek hazab lg kejam tuh. Trek xdan nak pewai, makan sedap lagi heaven ok..!!! 

Hujan sekali sekala tak memutuskan nafsu kami tuk meniruk. malah hujan rahmat yg membasahi bumi jerangkang membuat kami rasa tak sabar2 untuk terjun bebas di sana. Tiruk tetap tiruk =P

   

Aktiviti tiruk meniruk ni bersambung lg pada hari seterusnya. memasing mmg tak lepaskan peluang meniruk sakan sebelum gerak pulang. AKU??? di waktu2 kecemasan baru berani melakukan aksi peberet kat sini. itupun setelah beberapa kali di pujuk. yes! akhirnya aku berjaya jugak tiruk walaupun menjerit seram sambil pejam mata2 ketat2....takut wooooooo.

korang2 yg tak reti berenang, jgn lupa bawak live jaket or pelampung tau. baru heaven nak layan air terjun kat sini. Tapi kena jaga2 jugak kalau2 ada si pembuli air kat trip korang tuh...masak la kene buli dgn demerang nanti :P

19 October 2012

Harus bagaimana


Harus bagaimana..!!!
kata mereka..aku tak patut begitu
namum kata mereka lagi aku patut begini
 
Harus bagaimana lagi..
andai kata mereka begitu begini
sedang aku hanya mampu begini

aku harus meneruskan hidup
walau apapun seharusnya....


15 October 2012

Talking To The Moon

Full Moon from summit of YongYap






















 


in hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away 

[Talking To The Moon : Bruno Mars]

Misi YongYap_Bubu_TokNenek [YYBTN]

Akhirnya, hajat nak menakluk puncak YYBTN terlaksana jugak. Rasanya ni kali ke-4 merancang nak ke sana. Dan akhirnya hajat tu tercapai jugak selepas banyak halangan sebelum ni.

Kata abang gogo hari pertama kami akan bermalam di kem agas. Dah nama pun kem agas kan. so malam tu mmg berperang dgn agas lah kami. haisshhh.....!!! Luckly kem site pertama berjiran dgn sungai. so, mmg ambik kesempatan mandi puas2 memandangkan kami xkan jumpa lagi sungai perhampiran kemsite lepas ni.

Trill sebenar di sini hanya akan bermula pada hari ke-2 dan seterusnya. kalau semalam kami hanya melalui trek2 santai, hari ni trek2 kejam bakal menanti. Pewai memang pewai la kan. Nak tak nak, kami kena redah segala trek kejam ni. Memang xbagi diskaun. nak2 pulak bebanan bertambah dgn adanya lebih kurang kurang 5.5L air. Tapi sesampai ajher kat puncak Yong yap segala bayangan trek kejam tadi hilang di bawa kabus. Heaven..!!!


Masih seperti semalam, trek yg trill berkesinambungan pada hari ke-3 pulak. Target kami hari ni nak ke puncak Kambing. Kata abang gogo kami perlu menapau air untuk bekalan malam ni dan esok di kem Lopak Air. Tapi nasib kami agak malang bila tiada air di kem tuh. Mental memang dah start down taim tuh. bayangkan aku hanya tinggal kurang 500L air jer taim tuh. Mental bertambah down dr puncak Kayung ke puncak kambing. Walaupun sebenarnya jarak antara 2 puncak tu hanya dalam 15mnt. Sepanjang trek dr Kayung ke Kambing mmg mulut menyumpah2 apsal xsampai2 lg. mujur jugak ada si gagah yang sedia menjd sweeper tak bertauliah. Thx kawan..!!!



Kenikmatan sebenar trip YYBTN hanya akan di nikmati pada hari ke-4. segala pewai, mental tentang trek kejam dan trek panjang akan hilang sekelip mata bila berada di puncak TokNenek. SUMPAH! aku sangat serius!!! Nasib Kami sangat baik hari ni tiada kabus di puncak TN. View 360 darjah di puncak TN memeng heaven. DEJAVU!!!! Selain puncak TN, target kami hari ni nak ke starting point. Syukur kami selamat sampai ke starting point walaupun sangat lambat.
 

 
Aku pikirkan trail mencabar berakhir bila ajher kami turun ke starting point. Rupanya ada lagi cabaran yang menanti. Kami terpaksa berkampung si kg. Sg. Regil a.k.a Kem Lambat sementara menanti 4WD manjemput keesokan paginya. Rupanya kami ditinggalkan 4WD dek kerana terpaksa menunggu  kawan2 lain sampai kat Simpang YY td. Memandangkan kami tido berbumbungkan langit, syukur sangat cuaca baik tiada hujan. Kalau tak memang kami tido dalam hujan malam tuh. Tu belum lg dgn salakan anjing yg aku rasa di hujung kaki. Hailaaaa...kem lambattt...!!!! 

Kiranya trek YYBTN mmg komplet dgn segala macam trail yg trill. dari jalan balak tanah merah, kawasan berlumut ala2 lord of The Ring, sungai yang entah berapa banyak, rock climbing, merangkak bawah buluh dan akar,  trek berlumpur dan paling menguji adalah catuan air untuk bermalam di puncak. itu belum lg masuk kes tiada sumber air di kem lopak air. memang hazab!!! Dan pada aku tak lengkap pendakian ke puncak YongYap kalau tidak di pakejkan dgn TokNenek kerana tarikan utama di sini adalah Puncak Table n Chair.

12 October 2012

melawat mezium ATM, port dickson

walaupun dah berkali2 ke Port Dickson, ni kira kali pertama aku menjejakkan kaki ke Muzium ATM. Kalau korang kata tipikal mizum, Boringgg!! sumpah!!! korang silap. berada di muzium ATM ni seakan  mengimbau kegemilangan zaman2 belajar dulu.

Paling terasa bila aku malului terowong masa ke zaman Jepun jugak pintu zaman kesultanan melayu Melaka. terasa benar2 berada kat zaman tuh. sumpah rugi dan tak lengkap kalau percutian korang ke PD kalau xmasuk ke muzium nih.



Sepetang kat sini, banyak benda baru yang aku dapat tengok. Percaya lah, ia tidak se-klise yang korang bayangkan. Pada korang2 yg belum pernah ke mezium ATM, apakata luang2 kana masa ke sana. sumpah korang xkan rasa rugi!!

11 October 2012

cerita pada pantai



Aku tahu yang dia tahu aku juga tahu yang dia mengerti
Ingin sekali aku luahkan segalanya
terasa aku ingin sekali ciritakan semuanya
walau tanpa suara. bisu!!!
~pantai~

10 October 2012

Abang sham punyer hari

Dalam kepenatan menghoyan ke PD yang xabis lagi, sempat jugak aku mengattendkan diri ke majlis tahlil cum meraikan birthday abam sham malam ahad lepas.

Sesampai ajher kat tempat kejadian mmg sume tetamu dah sampai yang dah siap ber yasin jugak. hrrmmmmmm...kira aku kak ana n abang lan tertinggal keratapi lahhhh...sori kawan kami duk ceruk paling jauh nak wat camner kan.
Aku pikirkan akan ada acara merumble abang sham malam tu....tapi sampai jam tepat pukul 12 tengah malam acara rumble merumble tetap xkelihatan. hrrmmmmm...big question mark nih...!!!kata kamurang geng rumble.. tapi aku rasa atas rasa hormat abg sham sebagai sifu acara merumble depa letak tepi dulu. atau mungkin ada acara merumble lain yg dah mereka rancangkan. mana la tau kan...

Apapun, selamat panjang umor + murah rezki + semoga sukses buat abg sham. next taim kalau ada acara makan2 lagi jgn serik meninvite saya tau!

09 October 2012

melawat perkampungan purba ala Perancis

Plan asalnya nak ke nusajaya melawat tapak legoland yang menjadi kebanggaan penduduk johor sekarang ni. Tapi apakah sampai ke bukit tinggi je aku pun tara tau. kiranya trip ni boleh dikatakan sebagai trip tangkap muat main belasah ajher tanpa apa2 perancangan. 

Serius aku tak penah tau pun akan kewujudan tempat ni kat bukit tinggi kalau aku tak dibawa menjelajah ke tempat ni. so kena berterima kasih sangat2 pada insan budiman yang sudi membawa aku ke sini. Thanks a bounce kawan.!!!! Jakun sekejap bila kereta menjejakkan tayar je ke tempat ni. Jatuh Rahang aku..!!! tapi kena lah control ayu kan.....tuiiiiiiii!!!!

Sebenarnya selain perkampungan purba ala perancis ni ada banyak lagi tempat menarik kat bukit tinggi ni antaranya botanic garden, Japanese village, golf resort, Animal farm, orchard farm & banyak lg lah. Sungguh tempat ni tenang je...nyaman....hilang sekejap segala bebanan stress kat hutan batu sana.


Pada aku daya penarik utama ke sini adalah Colmar Tropical & japenese village  tu jer. Tapi kalau korang nak mencari ketenangan, kat sini lah salah stu tempatnya. Sekurang-kurangnya  melawat ke perkampungan purba ala Perancis jugak ala jepun nih memberi satu pengalaman dan pandangan baru pada aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...