LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 May 2017

Penghujung sya'aban

Di penghujung sya'aban 1438
masih sama
pergi kerja
balik kerja
isnin ke ahad
pagi ke malam
tiada beza

moga ramadhan yang bakal tiba
menjanjikan sesuatu yang berbeza
Selamat tinggal sementara Syaaban yang mulia
Selamat datang Ramadhan yang penuh Berakah

24 March 2017

Buku lagu

Zaman kanak kanak kau tak cukup colour kalau kau tak de buku lagu atau buku biodata ni. aku ingat zaman aku dulu je yang main buku lagu buku biodata ni. Zaman anak buah aku yang lahir pasca melinium ni pun ada ok. Siap ada buku fesyen lagi. mujur ajher bukan buku resepi. Aku nak mintak copy la kalau ada jugak.

Otak terus melayang kezaman kanak-kanak aku saat melihat buku lagu anak buah aku ni. Mana taknya, aku pun ada buku sama macam ni jugak dulu. Zamanzaman kumpulan feminin exist 4U2C spin nana tangah top taim tu. dalam buku lagu aku memang penuh lagulagu diorang ajher la. Siap ada acahacah band sebab minat giler dengan exist dulu. sekarang kawan acahacah band dulu semua dah jadi mak. kenangan betol ^.^

23 March 2017

09 March 2017

Tabura Food Junction

Jauh makan malam aku malam tadi. Macam Shah Alam Subang dah xde tempat makan hipstur yang sampai Wangsa Maju kau suggest. Aku pun on ajher la dah nanti kalau mintak aku yang bg tempat takde aidea lak nak ke mana. Layan kan ajher la. Lagi pun bukan selalu. sesekali ubah angin apa salahnya kan. 

Menunggu order nak sampai macam tunggu durian belakang rumah nak luruh. mak aihhhh...naik cramp perut tahan lapar. Sampai je order depan mata terus sambar. Masingmasing senyap menikmati hidangan. nak sgt kan!!! ^.^

Cubalah.!!
 

19 February 2017

Mini gathering gadis semasa @Rizqin Steamboat & Grill

Gathering kecilkecilan penghuni 090507 dulu. Tanpa Dayah dan Ani memandangkan masingmasing sibuk ber anak Kecik. Rasanya last gathering macam ni tiga tahun dulu kot. Kalau di kira jarung jarak yang memisahkan keberadaan kami boleh je nak gathering harihari. Tapi dek kekangan masa yang tak penah nak cukup, walau dekat mana pun tetap susah nak berkumpul. Maklum la sebahagian kami dah ber title ibu dah isteri.

Kali ni gathering kami di Rizqin steamboat. First time cuba tempat ni. OK la dengan harga yang di tawarkan. Susah nak jumpa steamboat & grill dengan harga kurang RM 20 kan sekarang ni. 

Apapun selamat maju jaya untuk kawankawan semua..ada masa kita bergathering lagi. Mana tau lepas ni perancangan ke Pulau Kapas di perkenan kan Nya. In Sya Allah :)

17 February 2017

JOKI

Dah semua nak ber'joki'
Agakagak joki apa paling laku keras lepas ni

aku tertunggutunggu 'joki' Maki
boleh kirim kan makian tru orang tengah
aku tulis teks makian
kau makikan untuk aku

10 February 2017

Kerabu sare

First time makan apatah lagi tengok. Only in Klantan ni. Sempat juga bertanyakan orang tempatan di situ, katanya kerabu sare ni atau nama lainnya kerabu rumpai, makanan wajib jumpa taimtaim keramaian macam kenduri kendara.

Rasanya boleh di terima tekak. sedap juga. Kalau korang berkesempatan ke negeri Cik mek Molek jangan lupa carik kerabu ni. 

Asah reket jumaat malam


Sekarang aku dah ada aktiviti tetap malam sabtu setiap minggu. At least takde la malammalam aku duk baring ajher mengalahkan OKU kat rumah. Sebenarnya, aktiviti ni anjuran sukasuka kawankawan opis Iza. Bukan nak tengok skill pukulan atau smash sape paling power pun. saje sukasuka bakar lemaklemak tepu tu sikitsikit. mana tau esokesok boleh kurus.

Mujur jugak genggeng Iza ni otaknya merengmereng belaka. takde la aku segan segan ayam main dengan diorang ni.  Pukul ajher taim bola tangkis mai mengjengah.

Meh doakan aku istiqomah je laaa... ^.^ 

31 December 2016

menjelang dua kosong satu tujuh


Sempena 2016 yang akhirnya hari ini. Azam! Ohhh...tetap takada...cuma harapan semoga harihari yang bakal tiba akan lebih baik dari semalamsemalam yang dah berlalu dan mogamoga apa juga rencanarencana yang dah tersusun atur bakal menjadi nyata.

Selamat tinggal selamanya dua kosong satu enam
dan Selamat datang lembaran baru dua kosong satu tujuh

06 October 2016

Datang Balik

Masa ni baru nak blajarblajar bekenalan dengan alam. Tak tau pun manjat gunung tu rasanya macamana. Redah je. Menyesal gak ikut kau Dayah time ni. Baik aku duduk depan tiwi makan pop corn.  

Tapi rasa nyesal tu sekejap je datangnya. Dasar keras kepala!! Sakit kaki tak ilang lagi dh request next gunung mggu seterusnya. Maka terjadi lah sirisiri manjat gunung selepas Gunung Datok bulan Jun enam tahun dulu. Teringin pulak aku nak buat comeback lepas dah berkurun mereput duk manjat tangga shopping mall ajhee kekdahnya.

Kisah nya time tu kita seisi rumah kebosanan tak de mende nak buat. Jadinya kau mintak teman sekelas insuran kau Kak Ana bawak kitakita yang tengah kelaparan aktiviti hujung minggu ni cubacuba aktiviti yang dh lama mereka terokai. Tak sangka pula dari sukasuka seterusnya jadi hobi pula.

05 August 2016

Tak Paham










drama melayu maghribmaghrib rembang tu tak pulak kau melenting angkat tasbih. Yang drama melayu pelokpelok tepi kolam atas katil tu tak pulak kau kecam hebat. belom lagi bukak bab lentoklentok laga pipi semua nak laga. Sumpah tak paham. 

#teamyuna


21 June 2016

Ramandhan 16

Dah Ramadhan ke 16. Tak sabar menanti syawal berganti.

Tahun ni 1st taim selepas 10 tahun berkhidmat di Antarabandar, julungjulung kalinya kami meraikan cuti 17th Ramadhan. Tengah memikir apa yang bakal aku lakukan untuk menghabiskan hari aku kira pasti hambar. jangan cadangkan aku berjalan di ceruk-ceruk shoping mall atau di ceruk-ceruk Jalan yg menjadi tumpuan menjelang perayaan. memang aku sanggup. aku lebih rela baju raya aku, baju yang aku recycle dari mana mana baju yang aku ambil dalam kotak baju aku. tak pe asal saja bukan menempuh tempat-tempat tumpuan di musimmusim perayaan begini.

10 June 2016

26 May 2016

khamis

cepat je dah khamis. penghujung minggu. penghujung bulan. hari ni semangat nak berkerja langsung tiada. terus ke paras null.

17 May 2016

teater atas pokok

Ni pengalaman pertama aku layan taeter sebenarnya. dan pengalaman menonton lakonan secara live ni lagi tambah menarik kerana teater atas pokok ni di lakonkan di atas sebatang pokok. Pastinya aku teruja berpengalaman melihat keterujaan pelakonpelakon layar di atas pokok.

Keterujaan aku tak aku raikan sendirian, aku berjaya memaksa memujuk beberapa rakan yg aku sudah aturkan shoping sakan di siang harinya. Jadi malam nya aku dengan nada manja dan memaksa teruja menerangkan tentang teater ni walalu aku sendiri masih samar.

Kesian juga aku pada kawankawan yang terpaksa pasrah menyaksikan teater atas pokok ni. at least korang pun dapat pengalaman dan pengajaran kan. Aku? pastinya akan ada teater susulan lepas ni. Cuma siapa pula mangsa aku lepas ni.

22 April 2016

satu satu tiga

lama tak menulis apaapa kat sini. walaupun dulu tak la rajin atau kerap sangat menulis.Masa ada idea pulak tak kunjung tiba. Rasa nya kena banyakkan makanan sunnah nak kembangkan sikit otak yang kian beku ni.

kalau idea boleh dipetik di kutip senangsenang. Maka dunia penuh lah dengan tulisan juga penulis. Jadi siapa yang akan membaca. !!!

Hari berganti hari. Dari 2016 menginjak dari angka 1 ke angka 113 hari ini, apa je yang kau dah buat utk diri kau.!!!



15 April 2016

pukul tiga pagi

pukul tiga pagi. mata masih tak mau lelap. apa saja yg kau duk pikirkan dari tadi. tidurlah esok kan kau kerja.!!!

13 April 2016

cuti hari selasa

Selasa semalam aku ambil cuti memandangkan cuti ber belenbelen tak tau nak habiskan bila. Heaven dapat tido tanpa gangguan. Dapat larilari anak keliling tasik. Sempat makan Raja Buah di SS2. Sempat lepaklepak habsiskan hari sampai Jam 3pagi. Indahnya hidup kalau harihari begini.

Hari ni aku gigih datang kerja walaupun asalnya masih bercuti. sebab kau kata 'aku harus kerja Sayang'.  sudahnya Pesanan ringkas aku kau balas dengan mengatakan kau masih ber imaginasi nakal di ranjang sedang aku tabahkan hati batalkan cuti. 

26 February 2016

Rest

banyak sangat bende yang dah jadi dalam minggu. dari urusan kerja yang biasabiasa sampai la kepada perihal hidup yang complicated. I just need a rest. Mungkin kene kambali aktif meroka alam yang dah semakin ai pinggirkan.  Mungkin!! Mungkin!!

and as usual, i just said Hello to a norm weekend!!

23 February 2016

too much tapi

dah kalau selalu berkirakira bila nak maju

nak bercinta tapi takut esok kecewa
nak move on tapi tak mampu nak tutup kitab lama
nak macam ni tapi takut kesudahannya macam tu
nak bahagia tapi takut nak bagi komitmen


 
kau ingat aku ni Tuhan ke boleh nampak masa depan kau aku macamana.!! 

03 February 2016

Review Movie : Ola Bola


'Walau kita bercakap bahasa berbeza tapi kita tetap nyanyi lagu yang sama.' 

Muvi wajib tonton untuk pembukaan febuari ini. Ini bukan chinta biasa. Ini chinta ada lainnya. Ini bukan filem untuk org Cina semata. Ini utk org Melayu . Buat org india juga. Ini filem utk org malaysia.

Ada bagianbagian yang aku rasa nak berdiri ikut nyanyi samasama. Ada juga rasa kau nak jerit kata golllllll. Ada bagianbagian yang buat aku ketawa tak pikir org kiri kanan. 
 
Ada bagianbagian yang aku nampak focus tapi sebenarnya tahan airmata yang bertakung tunggu nak tumpah. Semua rasa ada. 
 
Tak perlu star untuk tarik org masuk panggung. Tak perlu. Cukup dgn bagianbagian yang mampu jentik segala rasa tu.

01 February 2016

hello Febuari

1 Febuari
hari baru
bulan baru
mogamoga semangat pun baru

29 January 2016

aneh

Perasaan ni memang gampang
atau memang perempuan begini
sifat nya selalu yang anehaneh

27 January 2016

Jeram Jepun

 
 

Sebelum terjejaknya kaki ke Jeram Jepun ni, Sumpah aku tak penah dengar pun nama Jeram ni. Even aku baru tahu kat Gombak pun ada Jeram yang superb cenggini. 

Nak ke Jeram ni tak perlu treking sampai pat lima jam nak sampai ke kemsait. Aku rasa dalam sepuluh minit ke lima belas minit je dari starting point. Waterfall cun, air cun, apa lagi yang kau carik. Rugi kot kalau kau tak teroka jeram yang satu ni.