31 December 2015

selamat datang dua kosong satu enam

Sempena Dua ribu lima belas yang akhirnya hari ini
Sama macam dua ribuan yang sebelom ni
Masih tiada azam
Cuma harapan
Semoga dua ribu enam belas yg bakal menyusul akan akan lebih baik dr sebelomnya

Mohon doa semua juga mogamoga aku cepatcepat dipelok jodoh. Moga makabah aku dapat merai kehadiran lelaki benama menantu 😇😇😇😇😇

28 December 2015

Sg Lepoh



Last ke sini dulu dalam 5 taun lepas agaknya. taim tu baru nak berjinakjinak dengan dunia outdoor. Dulu nak cecah kaki dalam air ni pun takut dek kerana kami yang ber3 taim tu masingmasing tak pandai berenang. 

Walaupun sampai sekarang aku masih tak pandai berenang, aku dah mampu slide sekarang walaupun mulamula mmg agak seriua. tapi dek melihat Lan ngn Daus limanam kali duk ulang slide, memang tak boleh tahan.  

Tabur Extream

Plan nak ke Tabur ni hanya terpacul bila kami duk lepaklepak mandi di Lepoh pagi sabtu lepas. memandangkan masingmasing dah lemau duk main sliding kat Lepoh tu, Lan & Daus memberi idea supaya petangnya kami trus ke Tabur Extream. Aku yang memang dah lama teringin nak ke sana memang tak lepas peluang.

Jadi, lebih kurang pkl 5 ptg kami dah berada di starting point bukit Tabur Extream. Dengan keadaan  mentari yang agak terik, ada jugak la sedikit kekesalan bersetuju dengan idea giler Mereka ni. Tapi segala mak nenek kekesalan tadi hilang lenyap bila tengok ajher view yang superb di kombo kan pulak dengan remangremang senja dari puncak tabur. Perasaan nya memang tak ternilai.

24 December 2015

azam

selalunya tahun baru akan sinonim dengan azam. Selain dari dua org sahabat yang nama nya Azam, tak ada lagi azam yang lain dalam hidup aku.  
Seperti sebelumnya, kai ini masih sama, tiada apa azam aku tuk tahun ni, selain harapan agar harihari mendatang akan lebih baik dari sebelomnya.

nasik kawen Wani + Daus

Selamat menenpuh alam berumah tangga yang katanya penuh liku sepupu. Doakan kami yang di belakang juga cepatcepat di pelok jodoh ^.^


22 December 2015

Bazaar Lepak #village people Moden

Ahad lepas sempat mengikuti pelancaran buku faizdickie #villagepeople keluaran Dubook Press. Plan ke sini pun atas ajakan Daus yang entah mimpi apa tetiba duk PM nyembang ntah pasal apa tetiba terbukak isu weekend. Jadinya aku yang sememangnya hanya merancang untuk mereput di rumah weekend tuh on ajher lahh tanpa banyak soal.

Selain pelancaran buku serta jualan buku Dubook ada macammacam stall lagi dai makanan pakaian kosmetik dan ntah apa2 lagi lah, ada juga aktiviti aktiviti santai yg penganjur sediakan.

 
Sebelum cargon, sempat lagi kami beramah mesra la kunun dengan orang kuat dubook selain dengan kak leha bunting yang ntah bila nak meletop.

  




Dah kalau namanya pergi showcase buku kan...wajib lah bawak balik buku kan. Motip lak aku nak beli selendang. Jadi semlama sempat aku sambar buku yang dah lama aku teringin na baca Membedah PRamlee bersama dengan buku Vilage People la of coz kan. Bertambah lak koleksi buku yang entah bila aku sempat nak baca.

Apapun selamat maju jaya Faiz dan semoga terus Liar& Angkuh di persada dunia Dubook ^.^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...