22 July 2014

sentimental value

Pergi mampos dengan sentimental value kau
pergi jalan dengan segala kenangan kau
apa kau pikir ada manusia lain yang kisah!!!

17 July 2014

tak pegun

aku melihat kau secara rawak
walau tak pegun
kau tetap tertangkap

Bukak puasa @teratak abang jaar



dah semacam acara wajib plak, duk mencari tempat persingghan buka puasa tahun ni. kali ni kami di rumah abang jaar. kalau sebelum ni di rumah mat G kami ubat acara portluck *rumah azam lain cerita la kan sebab dia beristeri* kami di beri pesanan awal supaya tidak membawa apaapa juadah. Tak sangka kami berpeluang merasa air tangan abang jaar. hailaaaaaa...memang terangkat la kan. 

makanmakan sambil duk membahan sesama kawankawan yg susah nak berkumpul macam ni memang peluang baik bagi aku. Lepaklepak, makanmakan sambil membahan kami berlarutan sehingga jam hampir seblas malam. memandagkan tuan rumah tak reti nak menghalau kami paham sendiri tuk angkat kaki pulang ke pangkal jalan.

malam esok teringin pulak nak rasa berkuka di rumah bujang abang AziziRaef. Hasrat terpendam itu aku suarakan pada ahli rombongan yg lain. dan tentunya mendapat respon yg baik dari yg lainlain. Cuma nya agak nampak keberatan di sambut tuan badan. Selepas digoda dipujuk rayu dan dengan sedikit ayatayat shentap...akhirnyaaa...wohaaaaaaaa...berjaya..!!!

Jemputan Iftar @arena Hijau

Ni cerita bukak puasa aku sabtu lepas. Memandangkan jemputan makanmakan di arena hijau dah lama terpendam, bukan saja pada si penjemput tapi jugak pada kami para tetamu. Bukan apa, dah lama duk berdua belum pernah kami menjejak kaki ke sana. Dan jemputan buka puasa kali ni aku harapkan akan menjadi. dah lama merancang nak menjengah ke sana la katakan.

jadi, aku daus dengan abe sefamily seawal jam 6petang dh tecongok kat rumah si azam. Nampak tak excitednya kami.

Terima kasih daun kesom azam n ciksuka sudi jemput kami buka puasa kali ini. Harapharap akan ada jemputan yg seterusnya. Jangan serik yer.^.^

16 July 2014

iftar @teratak Mat G



Ini lagi cerita bukak puasa aku. Kali ni di teratak Mat G. Plan asalnya nak pekena durian selepas bukak puasa. Selepas memikir destinasi iftar kami...kami sebulat suara memilih rumah bujang si azizi.

rasanya ini kali ke2 beriftar di sana. Kali pertama masa kami tiada hala tuju minggu lepas. jadinya selepas memenuhkan sebahagian perut dengan kuih muih ala kadar kami bergerak ke tujuan utama kami.

Acara makanmakan durian kami bermula dengan peace nya. wallaweh... syorgaa dunia ni. Mana nak dapat durian dengan harga murah kan. Semacam ada pesta pulak di sini. Bagi aku yg sememangnya penggemar durian, peluang semacam ini memang aku takkan lepaskan.

08 July 2014

Buka Puasa @Pak Usu steamboat cum Ecam terkena

Plan asalnya, dating 3some ni hanya buka puasa makanmakan biasa. Tak sangka rupanya tarikh date buka puasa kami sama pulak datenya dengan date birthday si ecam.

aku apa lagi..terus memasang strategi tuk menepungkan ecam. Setelah perancangan singkat yg duk aku rancang dengan apis. Petang tu sebelom 7petang kami dah duk tercongok kat pak usu steambot.

aku yg menahan diri memberi ucapan selamat hari lahir ecam sampai lah si apis sampai dengan kek. Strategi tu. Penyamaran dari menjadi suspected.

Apapun doa aku semoga kau lebih bahagia di usia yg baru kawan. Dan harapharap apa jugak citacita kau akan menjadi nyata.

04 July 2014

Madame bokary by pelangi bin awan & fikri kacak

Dah lama rasanya tak buat apaapa review pasal novelnovel ni. Selama tak ada apaapa review bukan bermakna aku tak membaca. Atas dasar membaca itu pelita hidup mana mungkin amalan itu aku tinggalkan.

Kali ni buat sekian kalinya aku nak share pasal buku madame bokary hasil tangan pelangi bin awan jugak si fikri kacak keluaran sendiket sol-jah.

Berbanding hasil tangan pelangi aku lebih suka Tulisan fikri kacak. santai. dr awal sampai ke hurup terakhir  memang buat aku tak kering gusi. Kisah stoller Paling buat aku hilang kawalan. 

Sebenarnya tulisan pelangi juga tak kurang hebatnya. Cuma pada aku olahannya agak serius dan ada ketikanya buat aku nak kesat ujung mata. namun penuh pengajaran.

Dan madame bokary pada aku memang benarbenar sweet. Sama sweet pada saat buku ini di tulis. Bagi penggemar ceritacerita santai, ini jawapan nya. Korang yang belum ada koleksi madame bokary, apa tunggu lagi. Ini cetakan pertama dan terakhir okey. Jangan kata aku tak ingatkan bagitau pulak.

03 July 2014

Family Gathering @ Sg. Bil

Asalnya aku nak buat acara makanmakan keluarga sempena meraikan ramadhan yg bakal tiba juga sebagai alasan tuk berkumpul semua satu keluarga. Memandangkan memasing yg anakanak yg punya anak duk menghoyan nak berkubang ada yg mencadangkan kami bermandimanda ajher.

Jadi Sungai Bill menjadi destinasi pilihan kami kerana itu sungai terdekat denga kediaman kami. Rasanya kali terakhir aku ke sini 20tahun dulu. Makaiihhhhh.... terasa tua benar plak aku ni.

Mandi manda sambil makan makan bersama keluarga terchinta memang acara yg aku tunggutunggu, bukan apa, memasing punya tanggungjawab duniawi yg perlu dibereskan. Maka, waktuwaktu begini memang bonus bagi kami. 


Harapharap akan ada lagi acara kelurga yg semacam ini nanti. walau hanya mandimandi santai tanpa acara yg mewahmewah, ini dah memadai bagi aku. melihat mereka beriang gembira dah memadai bagi aku. Syukur!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...