21 July 2015

Raya 2015

 

Raya aku kali ni tak ada apa beza pun dengan rayaraya sebelom ni. sama je. masih aku yg lama. Comel. sopan. ayu. Bosan kan..!!! aku masih di takuk yang lama. haihhhh...bila la nka kaya.Semoga DIA memakbulkna doa2 harian aku.

Apapun, Selamat Menyambut Lebaran Al-Mubarak. Mari raikannya bersma yg terchenta ^.^

14 July 2015

Supper durian @extream park

Lepas buka puasa yang panjang di Flaming steamboat hari tu kami memang dah merangcang awal akan ada acara makan durian memandangkan abg sham ada membeli bekalan durian dari Slim River. Aku yang memang gemarkan durian memang tak lepasklan peluang yang bukan senang nak dapat ni.

Memandangkan tapak parking Flamimng tu agak sesak dengan kenderaan dari kedai2 yang bederet kat situ, kami memilih untuk bukak bonet di extream park Sec 13. sesampai ajher di lokasi kejadian kami memang terus menyeting tempat untuk kami jadikan tapak makanmakan kami.

makan punya makan sembang punya sembang tak sedar pun jarum jam dah merangkak ke angka 1. patutlah duk menguap tak berenti. lepas kemas dah peluk cium perpisahan kami pun pulang ke pangkal jalan.

 
 

13 July 2015

Buka @flaming steambot

Ni buka puasa bersama geng2 gunung NE. Sebenarnya untuk hari jumaat ni ada 3 undangan buka puasa bersama selain dr NE. Berat hati pulak nak kata no pada yg lain sebenrnya tapi apakan daya.

Buka puasa kali ni agak meriah dengan kehadiran lebih kurang 23 geng2 NE. Walaupun ada do antaranya yg baru pertama kali bersua muka. Keakraban tu terasa berkenalan lama.

Apa pun selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat meraikan syawal yang bakal tiba. Selamat jumpa lagi kawan kawan.

10 July 2015

buka puasa @boat noodle

Alhamdulillah, plan nak berbuka puasa bersama geng heaeeeyy!! taun ni terlaksana juga walau asalnya seakan tak menjadi. walaupu tak berapa nak cukup korum, geng yang memenuhi hajat ni pun dah di kira OK. 

Plan asalnya macam2 tempat yang di cadangkan, setelah dipandang ditelek dan ditimbang dr banyak aspek kami dipaksa oleh kak ai  sebulat suara memilih lokasi ini. sebenarnya ni kali pertama aku merasa apa hebatnya Mee Bot yang asyik di perkata oleh hipster2 zaman ini. not bad lah..boleh repeat lain kali. Rasanya aku dengan sopannya berjaya menghabiskan hampir 5 mangkuk Mee kot.

 

07 July 2015

Haaeeyyyy !! @ PD


Plan berpiknik bersama #GengHeaaayyy yang akhirnya menjadi nyata. Syukur. Terima Kasih lantulantun untuk semua yang menjayakan program ni. Destinasi kita utk program julungn kali kita acarakan ni di PD. Kalau ada yg kata 'PD je?' atau  'PD ada apa?'. Pada aku tak kisah kat mana pun yang penting kita dapat berkumpul bersama.Bukan senang nak gathering macam ni kan.
Dan sebenarnya banyak tempat yang aku baru tau akan kewujudannya di sini. Dan ada juga tempat yang tak sempat kami singgah. Takpe, mana tau geng Haaeeeyyy @PD v2.0 pulak.. ^.^

Taim aku duk menghandate pasal entry ni, perasaan tak sabar menunggu next event kita membuakbuak. jugak perasaan rindu momentmoment bersama kat sana tibatiba mai silih berganti tanpa henti. haiihhhhhhh. !!! *Baca sambil mengalirkan air mata.

03 July 2015

broga gagagagagagga


Plan nak jenjalan Broga ni si Mat G yng duk utarakan. memandangkan aku memang xde plan Ahad tu aku pun On ajher walaupun mata dah rabak dek ekplorasi semalam yg berapa pagi baru menjengah rumah. Demi janji yang awalawal dulu dah di meterai, aku kuatkan jugak hati ni.

Plan asal nak melihat Mentari tak terlaksana kerana kami sampai di kaki Broga jam dah pun berganjak ke pukul 7pagi. layan kan je lahh... seperti selalu, Broga memang tak pernah surut dengan pengujung. Naknak pulak kau sampai jam 7 pagi kan. memang ramai tatu nak cakap lah kan.

Selain Gjot, Mat G dengan Alip memang Sport punya org, so memang takde hal la kan stakat Broga, siap request nak manjat Gunung plak. haiihhhh..... aku OK jeh kalau dorang2 ni OK. apa ada hal.

Apa pun ni permulaan yang baik pakcikpakcik  yang bertiga, U made it to the Top!!!!! Tahniah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...