31 January 2012

owhh...lamanya xmengupdate..!!!!

hrrmmmmm....lama sungguh rasanya tak menghupdate barang sesuatu kat sini. walaupun byk aktiviti yg aku lakukan dan byk jugak cerita yg rasanya aku nak kongsikan kat sini, perasaan malas dan mood yang tak mari2 membuatkan blog ni bertambah kelabu dan semak dengan segala sawang....:)

okeyy...nanti aku akan kongsikan kat sini tentang expidisi menawan puncak Tahan. hrrmmmmmm......Itupun kalau aku blum terlupa peristiwa2 yg berlaku. coz banyak perkara yg berlaku kat sana. suka duka dan merana....ya kah...!!!! nanti kan yer...

serius byk yg ingin aku kongsikan selain ekspidisi tuh. tp alamak.. mana idea ni...!!! dia xmari2...

29 January 2012

Gunung Tahan (via merapoh-kuala tahan)

mencium aroma hutan sambil melakukan aktiviti kegemaran aku mmg saat2 yg mmg aku nantikan. so, bila abg sham castello menginvite menawan puncak Tahan hari tu mmg aku tak tunggu lama memberi jawapan. nak2 pulak Tahan mmg menjadi idaman aku sejak dulu lagi. kalau dulu aku ke sana untu memenuhi undangan teman2 menikmati keindahan alam alam melalui canapy walk, kini aku ke sini lagi untuk melunaskan hasrat yg pernah aku simpan dulu. YES!! menawan puncak tertinggi di semenanjung M'sia.

gambaran awal trek kami untuk 6hari ni. kami akan bermula di kuala juram (yg sebelah kiri tu) dan akan trun melalui trek yg sebelah kanan (kuala Tahan). nampak x trek menegak tuh......pewaii...!!!! ni belum jmpa trek sebenar ni.....

Perasan berdebar gilakbabi mmg akan datang tiap kali aku nak memulakan trip. xkisah trip kecik atau besar. debarannya tetap sama. Dgn tak de tranning. aku main aci redah ahje sambil memanjatkan doa semoga semuanya selamat. dan Alhamdulillah trip kali ni berakhir tanpa sebarang tragedi. aminnnnnnnnn....syukur...!!!

dgn line-up 36org yg hebat dan sgt supportive membuat aku rindu saat mendaki di G. Tahan. aku ingat lagi saat2 kepewaian aku di hari ke-3. abg fendi yang menjadi sweeper aku secara tak sengaja xjemu memberi semangat supaya aku meneruskan pendakian. ayat lazim aku taim tuh..'jauh lagi tak bang......?? nak pengsan dah ni??' seyes aku mmg mental habis taim tuh. mn taknya 1st day 'best friend' aku datang melawat....arrrggghhhhh tensen gilakbabi....taim ni lak dia nak melawat kawasan. stress.....!!!!

sebenarnya bukan abg fendi sorang je yg menjadi sweeper tak sengaja aku. hari terakhir, taim aku mmg dah habis tenaga plus mental + pewai gilakbabi. ramai yg menjadi pendorong aku. taufiq, ila n semua 35org yg menyertai trip ni sebenarnya. Jugak wan panjang yg menjadi pembekal 1st aids dan Doktor yg memberi rawatan percuma di kem melantai...sumpah aku dah sangat rindu kat korang sume taim nih...:(

sepanjang 6hari berada jauh dari ketamadunan membuat aku lebih terasa menghargai siapa saja yg berada di sekeliling aku. sumpah!!! mereka seperti keluarga aku di sini. aku sgt2 memerlukan mereka kerana aku hanya ada mereka di sini selain DIA. dan aku yakin hubungan tu akan kekal walaupun nanti aku kembali ke era ketamadunan.

ni kemsait pertama kami.......aku masih berjawah kental...:)

ni bukit botak (rasanya), kat sini sgt sejuk gilakbabi dan banyak tikus...winkkk >.<

tgok..!!!! ni puncak tahan....nak sampai cn mmg hazab...tapi sumpah, ia adalah terbaikkkk...!!!!! priceless.......dan heaven jugak!!!! weeeehuuuuuuuuuuuu.... korang jeles!!! so, carik la kesempatan ke sini, selagi ada kesihatan.....;)

abg guide n abg gogo jugak kata, dari puncak ke kuala tahan trek mmg terbayeekkk... kami akan melalui trek bertangga, berselut, berbatu, dan kami jugak akan melalui sungai yg berarus deras. Pengalaman nanti pasti sgt best.....itu aku sangat pasti..!!! dan paling penting aku akan melalui trek kegemaran aku. trek memanjat batu...yeaayyyyyy!!!

say hello to trek hazab....gigil2 tgn aku trun tangga ni. dah la bapak tinggi...menegak lak tuh.....fuhhhhhhhhhh terbaik...!!!!:)

trek peberet aku ni.......smile sampai ke telinge......jap g jumpe trek hazab, mmg menanges lahhh kan....:p

ini trek membunuh namanya. kalau trip Kuala - Kuala mmg menangis nih...kami yg menurun pun trasa hazabnya. ni kan pulak trail menaik.....perrggghhhhhh mmg terbaiklah.

puncak Tahan dari puncak rajah. dejavu.

pokok ni punya tarikan yg sgt luar biasa. percaya tak kalau aku kata, setiap pendaki pasti xmelepas peluang bergambar kat sini....:D

kem teku

mereka kata Kapal ni crash masa WWII dulu. tapi sampai hari aku xjumpa apa2 info dari pakcik google. korang akan jumpa tinggalan ni semasa perjalanan ke kem gedung

mana kulit muka n tgn aku tak hangus....lihat sajer trek itu. bersedia atau tidak redah sajeww trek itueewww...:)

aku tatau puncak apa kat sana tuh,.....tapi taim melihat pemandangan ni mmg sgt heaven....:)

dan ni lagi.....pemandangan pagi dari puncak gedung kot.......jeles lagi......!!!! owhhhhh mmg berbaloi2 kalau korang ke sini...:)

nah lagi.....subhanallah.

tgk pokok ni....macam pokok dalam crite seram...tapi sumpah, damn nice...!!

0000OOwwwwhhhhh.........tgk lagi

awan nano tu nampak macam pantai yg berombak kan!!!

view macam ni mmg korang takkan dapat kat bawah sana...sumpah!!!!! ni la sebabnya kenapa aku xpernah serik mendaki. priceless..!!!!

CiptanNYA mmg superb..!!!sumpah...!!! aku sgt serius...!!!

jalan rapat2, jagan putuskan pegangan tangan tu...kata abg sham. okeyy..kami terima arahan...sumpah arus sg tuh mmg deras gilakbabi. :)

tgk dia masih sempat posing sakan...padahal taim ni memasing cuakgilakbabi...:)

hari terakhir, kami akan melalui trek santai namun sangat panjang. walaupun trek santai cabarannya tetap ada. dari kem melantai ke kuala tahan memakan masa lbih kurang 4-5jam berjalan. trek mmg dah cantek melantai ajhe, tapi terasa sgt terseksa kerana perjalanan yg sangat panjang. kat sini la aku pewai+mental gilakbabi. dgn kecederaan di kedua belah kaki trasa mau pengsan. namun mereka xjemu menberi semangat. serius aku tacing.

gumbira jumpa papantanda nih....lagi 7.5KM ke Kuala Tahan okeyyyyy...!!!! taim ni (since dari kem melantai lagi) mmg aku dah pewai +mental gilerbabi.

jalan depan lagi jumpa papan tanda ni plak...katanya lagi 10Km ke Kuala Tahan.....padahal tadi 7.5Km lagi......trus mental down sampai ke petala bumi ke8 okeeyyyy!!!...nangesssssss....!!!!

rupanya kami ada 4org graduan kali ni....dan helah2 untuk me'rumble' mereka telah di susun dgn sgt baik. apapun tahniah buat mereka yg berjaya menyudahkan G7 mereka. owhhhh...bila la taim aku nih...!! >.<
aku dah grad G7..!!! malam ni kompem telur pecah kat dahi...!!! tahniah izzah...:)

ni la raja kapoorrr.....hahahahahaha...tahniah ye abg shahrol :)

ni macam excited jer kene rumble......siap bg hint nak makan dulu la, nak bukak buff dl la...hahahaha...tahniah yer zul :)

Eh eh!!! ni bukan budak sekolah tadika!!! dah mumaiyiz pun....ni kecik2 cili padi okey!! dia sangat dasyat :) tahniah ila !!!

kembali ke ketamadunan sambil membayangkan milo ais mmg perkara yg duk aku pikir sepanjang melalui trek yg hazab. tapi bila sampai di satu2 kemsait segala milo ais bagai bertukar menjadi satu prasaan yg xboleh nak aku gambarkan.........:)

sll kawan2 aku duk tye..apa bestnya panjat gunung??? kenapa nak ssh2 kan diri hangkut haversack yg berkilo2?? berak kencing susah, tido susah. banyak risiko lagi. jawapan aku sng jew....aku suka nature, taim ni la ko nak rasa susahnya idup, mmg di sini kami mengambil risiko yg besar tapi percayalah ia membuat kan kami lebih berhati2, kerana kami tak tau apa yg akan berlaku nanti, besok atau lusa. percayalah kami akan menjadi seorang hamba yg sgt bersyukur dan paling penting taim berada di puncak.....perasaanya....heaven...!!! priceless....!!!! sumpah aku sgt serius.!!!!

Boleh dikatakan trek yang kami redah sepanjang 6hari ni adalah kombinasi segala trek yang pernah aku lalui di Gunung Datuk, Nuang, Bukit Tabur, Ledang, KORGA, kira macam2 trek bersatu kat sini. komplet.!! meredah sungai yg giler bapak besar plus dgn arus derasnya, trek kering yg kompem mampu membakar kulit, yang basah berselut sampai ke lutut, trek berpacat lg, tu tak masuk lagi bab trek lutut ke dagu tu. Pendek kata, trek ni adalah sgt best! sumpah aku tak tipu !!!

16 January 2012

Nuang!!!

ok trip nuang kali ni agak meninggalkan kesan paling menghiris dalam idup aku....hahhaha --> bila aku dah skema macam ni mmg maksudnya aku tersentap gila lah ni. ok nanges....kenapa aku sentap sampai nanges bagai....nanti korang tau.

orang selalu duk kata trek Nuang mmg trek terbaik untuk di jadikan medan menguji fizikal untuk trip ke Tahan atau ke Kinabalu. dan sekarang baru aku tau kenapa. rupanya, trek Nuang mmg terbaek... trek yg panjang mmg bikin pewai, belum lagi masuk trek lutut ke dagu lagi tuh. trek selut berlumpur, penuh kabus mmg menambah tahap kepewaian aku.

tengok tu muka2 kental penuh semangat nak ke nuang.

tengok muka gumbira tuh...jp lagi hambek ko, dah lyn trek, memasing bagi muka tapir...;D

dari starting point ke kem lolo bawah memakan masa lebih kurang 1jam. untuk sampai ke sana kami perlu melalui jalan balak turun naik yg sangat le panjang. bosan pulak aku layan trek nih...hehehehehehe.

tgk sume org semangat sungguh. memsing tunjuk bakat marathon.

sampai di kem lolo kami di sambut oleh kumpulan remaja yg berkhemah di sini. semangat sungguh adik2 nih. paling aku tak boleh lupa tentang dorang ni, siap bawak tong gas, periuk karen bagai. ishhhh....hebat...!!! :)

picca ni mmg le kabur sket. gigil tangan aku tgk tong gas durang.

selepas take 5 sekejap di kem lolo, kami meneruskan lagi misi kami. kali ni target kami ke kem pacat. aku dah bayangkan pacat main kejar2 dgn si dayah. maklumlah budak terlebih gula berjumpa pacat. sewell..!!

kat kem pacat ni...tapi aku pelik...mana pegi nya sume pacat2 kat sini..:)

tengok 2org otai nih. sakit ati aku!!! lagi2 si budak kecik berbaju itam tuh. main aci redah berlari je naik Nuang.

kat kem pacat mmg kami berehat sakan di sana. kata Doc untuk sampai ke puncak Pengasih memakan masa lebih kurang 1jam (tu masa mereka okey...sila jgn tertipu) dan baru akan sampai ke puncak Nuang lebih kurang 45minit dari pengasih .

mulanya mmg aku di sweep oleh Doc. tapi kesian lak aku memandangkan kebiasaannya mmg Doc akan memecut ke depan. dan sudahnya aku jalan sendirian. dan si dayah nurul fasya entah kat belakang tapi entah kat ceruk mana. kiranya mmg kami berpecah terus. seram weyhhhh....Trek Pacat ke pengasih mmg layan. trek lutut ke dagu bikin aku nanges dalam hati. pewai dowwwhhhhh..

trek ke puncak pengasih....trek lutut ke dagu mmg layan. dan kabus tu mmg pelengkap suasana.

sampai jugak aku kat Puncak pengasih. sambil aku nangis dalam hati sambil berdoa sekali. jangan la aku apa2. Hujan renyai menambah kan lagi rasa scray aku.....aku angkat sauh pelan2, sambil memulakan langkah ke puncak Nuang. trek permatang berlumpur agak santai....tapi agak scary.

dalam aku take 5 (sangat la take 5) di laluan suram nih, (lebih kurang 30minit dari pengasih) aku nampak kelibat Doc n angah bergerak turun ke starting point semula. memandangkan jam dah ke angka 3.30ptg, aku ambik keputusan untuk turun juga walaupun peak hanya 'beberapa langkah' ajhe dari tempat aku berehat tadi. bukan apa, dalam keadaan2 macam ni banyak perkara aku kena ambik kira. aku tak mau berjalan malam meredah trek. dgn trek myg mmg hazab nauzubillah.....owhhhh kompem pewaii...

so, kiranya misi aku menawan Nuang daypack dikira gagal lah. tapi jangan nak nanges sangatlah, orang tua2 kata gagal sekali bukan beerti selamanya gagal kan..!!! next taim aku akan ke sini lagi. dan aku akan pastikan yg Nuang akan berjaya aku tawan....hahahahahahahha....:)

aku gila SUDOKU


Dulu sumpah aku x tau apa2 tentang benda nih. Aku tengok tapi aku xnampak apa2 yg menarik tentang permainan nih. aku tgk lagi aku terpikir apa ke xbest la sapa yg main bende alah ni.eh eh tapi tu dulu, sekarang ni.. malam aku mmg di temani En. Sudoku ni lah...

Asalnya dulu aku sll duk tgk si dayah main bende nih. lama dulu, tapi dulu kecintaan terhadap sudoku belum muncul lagi. aku jadi heran apakah yg pompuan nih cuba selesaikan. dan tak tau kenapa tetiba aku rasa berminat pulak nak tau tentang sudoku baru2 ni. so, dgn muka tak malunya aku mintak dia ajarkan aku cara nak selesaikan kotak2 misteri nih. dah hasilnya.... tadaaaa......sekarang aku dah 'terer'. sangat la kan....'tererable' ada lah...hehehehe.

kalau dia boleh selesaikan sodoku dalam masa 30minit aku ambik masa 2 3jam kot nak sattle satu kotak penuh sodoku nih. tak kisah lah....yg penting skrg aku dah tau nak selesaikan kotak2 nombor ni.

kalau sebelum ni aku duk asyik menyelesaikan kotak2 misteri ni dalam buku kepunyaan dayah, sekarang tidak lagi. skrg aku dah ada buku Sudoku pertama aku, yang aku beli dengan harga RM4.90 je. di sebabkan waktu ini, kecintaan aku terhadap Sudoku sudah ada, aku beli. murah pun murah. dan senang nak hangkut ke mana saja. so aku dah ada hobi baru. lpas ni aku tau nak isi masa terluang aku dgn apa selain membaca novel.

13 January 2012

KENAPA HARUS MEMILIH



ceiitttt...dah macam tajuk lagu kan tajuk entry aku kali nih. bukan apa saja nak berkongsi rasa dgn kamurang yg setia membaca. Pernah tak korang terfikir, kenapa kita perlu memilih, jik
a jalan penyelesaian dan kesudahannya kita dah jelas. kenapa pulak kita harus membuat pilihan kalau kesudahannya hanya menyesakkan minda.

aku yakin bukan aku saja yg punya perasaan macam nih. percayalah. sume org pun akan berada dalam delima bila dalam keadaan memilih macam nih. Dan aku yakin kalian akan membuat pilihan yg bijak dgn memilih perkara yang memberi faedah yg lebih baik pada korang.

Tapi kadang2 kita tak perlu memilih. kalau perkara tuh masih mampu kita atasi den
gan bijaksana. dan kita juga tak perlu membuat pilihan jika sesetengah perkara tu berat untuk kita lalukan atau akan membinasakan serta menyerabutkan minda.

Tapi lain pulak dalam kes aku. aku harus memilih antara untuk ke 'sekolah' atau melakukan aktiviti kegemaran aku. mmg kembali ke 'sekolah' menjadi impian aku sejak dulu. Mungkin ada yg kata peluang mmg bukan senang nak dapat kan..!!!! so, aku harus grab kerana peluang hanya datang sekali. Tapi dalam saat2 macam nih....(kaki dah gigil kowtt...dah lama xbermanja dgn alam) aku kena grab jugak peluang untuk melakukan aktiviti kegemaran aku.

Owhh...nampaknya lepas ni gigih pulak aku kena mencari cikgu sambilan atau cikgu bidan terjun yang boleh 'menyekolahkan' aku. dan mujur jugak calonya mmg ada di depan mata...:D

JADI KENAPA AKU HARUS MEMILIH LAGI!!! AKU AKAN MELAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN AKU DAN DALAM MASA YANG SAMA TAKKAN TERLEPAS SESI 'PERSEKOLAHAN' AKU ...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...