28 November 2012

krek krek kruiiiiik kruiikkk

hari tu, dah agak lama, bukan seperti selalu, aku duduk di barisan belakang bukan di barisan depan sebagai pemandu. Menjadi penumpang belakang  'Arjuna' membuat aku peka dgn macam2 bunyi yg dia hasilkan. kreeekkkkkkkkk. aku dgr sekali... aku pasang telinga untuk memastikan bunyi yg aku dgr tadi adalah benar2 bunyi yg dia keluarkan. 

kreeekkkkkkkkk kreeekkkkkkkkk kruuiiiiikkkk kruiikkkkkkkk...aku dgr lagi. lalu aku tanyakan pada si pemandu apakah punca sehingga 'arjuna' ku memberi isyarat2 begitu. lalu dia memberi beberapa kemungkinan.

aaaaaaaahhhhhhhh...masak aku! Nanti pastinya poket aku rabak lagi.

26 November 2012

'Rythm of 40'

malalui hari hari yg mendewasakan
punya pelbagai rasa pelbagai cerita
hingga bertemu hari yang dinanti
hari ulang tahun kelahiran  
selamat ulangtahun kelahiran ke 40 kawan!
semoga hari hari mendatang akan lebih cerah dari semalam

  
  
 

'Rythm of 40'

hari ini rekod gramafon itu akan terus berputar
mengalunkan irama waktu  merakam aksara bunyi 
dan meyimpan bait bait memori dari ruang kotak ilham itu  

lagunya suara jiwa, bunyinya tiada nokhtah..

~Luqisan Jiwa, Nov 2012~

25 November 2012

Lanchang : versi Elephant Sanctuary Kuala Gandah

alang2 dah ke lanchang kami lajak ke Kuala Gandah. Dengarnya kat sini ada pusat penjagaan gajah. Kalau dah  namanya pusat jagaan gajah, kompem2 la banyak gajah kan kat sana. katanya lah....:D

memandangkan kami ke sana time cuti berkembar, mmg ramai la pengunjung itu jam. memasing dgn muka eksaited dan kompiden nak naik  gajah. Tapi kata kakak yg menjaga kaunter pendaftaran, aktiviti menunggang gajah terpaksa di mansuhkan atas banyak faktor. hailaaaaaaa.....melepas...!!!cuma aktiviti mandimanda dgn gajah saja masih di teruskan. takpe lahh xde rezki katanya.



Dah namanya pusat jagaan gajah, jadinya hanya ada gajah, gajah dan gajah ajher lah kat sini. so, pandang dan tengok lah gajah2 tu puas2. 

Dah puas mengintai si gajah mandi posing2 barang 2 3 roll. relax2 jap, kami meneruskan misi ke destinas seterusnya. kalau ikut kan perancangan memang banyak tempat yang bakal kami pergi dalam siri jenjalan kali ni. nantikan je lah yer...;D

23 November 2012

kali ke-29


dia datang lagi walau sudah ku duga kehadiranya
tanpa pamitan juga tanpa segaris senyuman
yang ku kira seakan muram dan suram
aku hanya mampu tunduk malu
Aku yakin dia sedang mengejek & menghina aku

kerana aku tetap seperti dulu

21 November 2012

Temerloh : Versi Gua Senyum

kata ina selaku pemandu arah kami itu jam, gua senyum ni terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. katanya lagi terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman pra sejarah dulu.

Memandangkan kami tak de lampu maka banyak gua2 yg tak dapat kami masuk. Rugi kan.!!! nak sampai sini lagi entah zaman bila pulak. gua yg sempat kami masuk pun aku dah lupa gua apa. tapi takpe sekurang2nya kami dah jejakkan kaki kat sini kan.!!  

kat sini macam2 bentuk ukiran batu semulajadi yg boleh kita nampak. superb!!! dari bentuk yg tak berbentuk sampai lah kepada bentuk2 yg kami boleh define bentuk apa. lekuk - lekuk Stalaktit dan Stalakmit membuat kami rasa lebih teruja. sumpah!!! ciptaanNYA mmg superb!!!




memandangkan jam analog aku dah berjemaah diangka enam kami tak tunggu lama tuk angkat kaki. Tak sabar nak makan ikan patin masak asam tempoyak mak ina.

Lachang : versi nasek kawen Ita & wan

Sorang lg housemate aku dah pun selamat melangsungkan perkahwinannya pada cuti raya hindu hari tuh. Kurang lagi sorang geng nak bergosip2 seblom tido. Kalau sebelum ni ada jer meeting selepas maghrib atau mungkin sebelum tido, rasanya acara harian atau sekurang2nya mingguan tuh mesti tak berapa nak HOT macam seblom nih.

Tapi kami tetap mendoakan yang terbaek buat housemate kami yg sorang ni. semoga semuanya baik2 ajher & jgn pulak lupa kat kami yg HOT kat sini. =P



taksangker plak terjumpa si a'a kat kenduri ita. BTW, a'a ni kira house mate cum macam2 mate aku masa zaman2 blajar dulu. walaupun duduk dalam daerah yg sama kat kota batu nih, dekat setaun jugak lah tak jumpa...rindu seiiyyyhhhhhhhhhh...taksangker plak rumah mentua a'a selang beberapa rumah je dari umah pengantin.

Apapun selamat pengantin baru buat ita & wan... semoga ikatan perkahwinan ni di redhoi diberkati dan kekal selamanya. amin... :D

kuantan versi pantai teluk Chempedak


biru..namun bisu tapi tetap indah
aku pasti ke sini lg untuk menatap indahnya laut

20 November 2012

Kuantan : Versi Muzium Sg Lembing

Kalau melawat mezium adalah salah satu cara rakyat menunjukkan rasa kebanggaan pada pejuang2 zaman dulu kala, mungkin aku salah seorang daripadanya. Menjejakkan kaki ke setiap pelusuk muzium negeri bukan lah agenda utama aku dulu. entah kenapa lately ni rajin benau aku ke mezium. Nampak tak betapa gigih dan bersemangat patriotiknya aku.

Berkesempatan melewat pekan kuantan cuti deepavali lepas mengheret kami untuk melawat muzium perlombongan di Sg lembing.  Nampak tak betapa Cintakan Sejarahnya aku. =P

Yang bestnya pasal mezium sg Lembing ni. Bangunan asalnya adalah rumah tinggalan Pegawai lombong zaman penjajah dulu. yang lagi best, katanya structure rumah masih dikekalkan ala2 zaman dolu2 kala. Bayangkan kami menjejakkan kaki ke dalam rumah yang di dialami dan di gunakan di zaman kegemilangan Sg Lembing dulu.


Kiranya ke selurus pelusuk rumah tinggalan tu kami masuk. pantang ada pintu. Tapi sayang kami tak berkesempatan merasa kesuraman laluan ke torowong bawah tanah 'lombong' ni kerana kerja2 pembaikpulih.

TAk rugi ok ke muzium2 ni. Banyak bende2 baru yg akan kita tau dan belajar. Sumpah!!!

19 November 2012

mari mengira tangga @ batu cave

Hajat nak memanjat tangga batu cave mmg dah lama aku pendam. Kebetulan masa coti2 makan nasik kawen si ita last time tiba2 idea nak mengira tangga tu terkeluar. so pepagi buta Maal Hijrah hari tu aku ina & dayah menggagahkan diri memandu ke batu cave.

Jgn kata aku sawan mengira tangga batu cave hocay. btw, ramai jugak yg mencari stamina dgn melakukan aktiviti nih. aku sempat berkenalan sepasang hikers yg sdg gigih training utk ke Kinabalu. See!!! told Ya!

Dah nama pun tempat sembayang orang india kan. so banyak ritual yg aku nampak kat sana. rasanya kalau bayi2 dibotakkan kepala tu biasa kot. dan satu fenomena yg luar bisa bg aku, bila melihat sorang aunty yg berjalan menggunakan tapak tangan dan lutut.  Menurut sorang makcik yg lain aunty tu sedang memohon hajat untuk bapanya yg akan melakukan operataion kanser. Apapun kita doakan sajer kesihatan untuk ayah aunty tu yer.

bawah kanan tu, gambar batu cave zaman dolu2 yg framenya
 korang akan jmp dalam cave villa

Tak sangka di sini bukan sajer tempat beribat bg masyarakat india tapi juga boleh dikatakan mini zoo bg haiwan2 eksotik. Di satu sudut yg berbeza korang boleh melawat ala2 mini zoo bg haiwan eksotik yg aku kira tak kan kita jumpa kat zoo taiping atau zoo negara. siap ada show tarian2 india lagi.
cave of reptile


So, misi memanjat tangga batu cave kali ni berjaya dgn jayanya. Cuma target yg aku letak tak kesampaian jer. aku cuma berjaya menapak 1,365 anak tangga saja. tapi rasanya dah di kira OK la kowt. =P

16 November 2012

malekat


saat aku bersedih kau turut menangis
saat aku resah kau jadi gundah
namun bicaraku sering mengundang sendu
maaf kawan andai aku bukan sahabat yg baik

~Taman Esplanade, kuantan~ 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...