27 December 2011

malam penuh glamor dgn silver

meraikan malam penuh glomor dgn bertemakan silver mmg sgt dinantikan oleh seluruh warga Antarabandar. kalau bab2 malaram mmg Antarabandar akan all out, percayalah. tgk ajhe tuh.. seyes..kalah retis jaaahhhhhh....

macam tahun2 lepas, mmg aku akan pakai ikut apa yg aku suka, walaupun tak menepati tema. mmg aku lari tajuk terus...hahahahahahaha...ada aku kesah...janji mak glam!!! mmg kalau aku dicapture oleh mana2 camera mmg aku je yg TAK silver..hahahahahha...ok la tuh aku paling menyerlah kot kalau bergambar dgn mereka yg berpakaian silver...mana taknya aku je berkaler pelik,....

tingokkk.....warna mana yg paling menyerlah...:D

watak 'wanita jahat'. jadik tak...???!!! :)

selamat ulangtahun Antarabandar

Jejaka Paling Glam !!!teka yg mana satu..!!!

tapi sebenarnya aku bajet Jejaka bertopi tu yg akan naik, rupanya kau silap...atau mereka yg buta...oppppsss...!!!

ni antara gadis paling Glam malam tu....

Ibu auni. comey kan........macam auni..:D

Dia awsem...tapi percayalah hanya di pentas okeyyy...sila jgn tertipu....;D

kerana yang sebenarnya dia 'Taiko The devil'

ishhkkkk......aksi terlampau, tlg jgn tiru...>.<

sama macam tahun2 sebelum ni luck aku mmg xde kat situ. ishhkkkkkkk tertekan okeyyyyy!!! mana tak nya semua geng bawak balik hadiah cabutan bertuah. aku masih xde luck. baka baka baka!!!!.

apapun tahniah buat AJK Dinner malam tuh...kalau tanya mana2 event pun mmg akan ada cacat cela nya. Pada aku Paling awsem malam dinner hari tuh adalah part ending tuh...poco-poco mmg TERBAYEKKKKKK!!!! yerrkkkkkkk......entah idea sapa lah agaknya kannnnn!!!

22 December 2011

Layan SONGLAP


Berpeluang manonton songlap dgn semua housemate aku semalam mmg masa yg di nanti2 kan...sebenarnya kami payah nak bergathering sesama dalam satu masa. luckly semalam si ina on ajhe bila kami menyuarakan hasrat mau nonton muvi nih. Cz dia lah insan paling payah bila di ajak berjimba2.

so, jum citer pasal muvi ni la yea... mmg pada aku filem ni 'ada sesuatu' yg membuatkan korang wajib aku ulang wajib okey pg tengok. Bukan cerita cinta, bukan jugak tentang kekejaman semata, tetapi banyak elemen2 semasa yg di selitkan dalam muvi nih. ini cerita tentang kasih sayang seorang abg dan adik. serius aku tacing semalam. paling aku tacing bila sampai babak kat bawah jambatan kat bawah nih. bila mana Ad mengajak Am memulakan hidup baru ke Kuantan. dan akhirnya masing2 telah membuat pilihan.


pada aku, walaupun ini cerita ganas, unsur2 komedi tetap diselitkan dalam beberapa babak. watak chikun contohnya, walaupun hanya beberapa scene ia tetap memberi kesan pada penonton. hahahaha...gelak satu panggung bila mana nama tu disebut. mana tak nya watak bapa ayam tapi nama macam katun... :)

walaupun kebanyakan watak yg pada aku xdihuraikan sepenuhnya di akhir cerita, ia tetap mampu memberi impak yg besar pada aku. mungkin penulis ingin memberi kelainan pada filem nih. tapi percayalah, xrugi kalau korang menonton filem ni. SELAMAT MENONTON :)

20 December 2011

PurpleRoses beraksi - Tournament Netball

entah kenapa tahun ni gigih betul aku bersukan. dgn harapan selain menguatkan stamina dapatla aku mengurangkan apa2 yg terlebih kat badan aku....hehehehehehe....

sebenarnya aku menceburi sukan netball antara flat ni since last year lagi. cuma tahun ni baru bergerak aktif semula. dan sekarang mmg aku akan selalu join dorang menjalankan latihan saban malam.

kami di beritahu bahawa ADUN kawasan Kota Raja berbesar hati memberi sumbangan tiang gol pada grup kami. so, Go-Go kami mengambil peluang yg ada untuk mengadakan perlawanan persahabatan dgn grup2 lain di sekitar s.alam nih. sempena nak merasmikan tiang gol baru.

acara perasmian oleh YB Dato' dan Datin :)

sebenarnya aku agak gerun jugak la nak menyertai sebarang pertandingan nih. mana tak nya aku main pun mcam harem kan... ada hati nak join tournament....hikhikhi...tapi atas dasar semangat kesukanan yang tinggi aku gagah kan jugak...


selain Puprle Roses, ada 4grup lagi yg menghantar wakil, antaranya grup KFC puchong, Rimau Indah, T.B.K dan Exora (puchong). serius 1st time melihat wakil2 dari kumpulan lain mmg gigil lutut. mana taknya masing2 punya stail tersendiri yg mampu mengentar kan lawan.


Puprle Roses
Exora

Rimau indah

Puan Referee

walaupun kesemua pasukan nampak agrasif dan punya stail untuk memenangi perlawanan kali ni, kami tetap bersemangat waja meneruskan perlawanan kali ni. Alhamdulillah, daripada 4perlawanan kami berjaya memenangi 3daripadanya. Tentunya pasukan Exora menjadi penghalang kami untuk merangkul tempat pertama. daripada cara permainan mereka, mmg nampak mereka punya latihan yg cukup. selain punya skil tersendiri yg xada pada grup lain.


apapun tahniah buat semua pasukan yg mengambil bahagian. Majulah Sukan Untuk Semua....chillll...>.<

MMU Rakan Muda Run

MMU Rakan Muda Run. idea asalnya daripada si dayah. dan kami sepakat menyertainya. 1st time aku join larian selepas putus nadi dgn alam persekolahan. bayang kan la dah berapa kurun aku tak bermarathon ni... tu pun dulu sekadar 100m je..hehehehehe tapi kali ni 3.6KM okeyyy....---> okey le buat aku yg baru nak berjinak2 dalam dunia larian nih... Sebenarnya untuk larian kali ni ada 4kategori xsilap aku. selain dari ketegeri Fun Run (3.6KM), ada jugak ketegori Puma (10.43KM) Open Wanita & Lelaki (10.43KM).

memasing bermuka ceria kerana berjaya menamatkan larian...tapi kelakuan si apit tu buat aku kompius sampai hari ni :-?

So, aku nurul n dayah dgn semangat wajanya walaupun sgt lambat ke Cyberjaya memulakan perjalanan. haila starting point dah bersih dr sebarang manusia kerana mmg kami tersangat la lambat. kebetulan dan xsangka pula berjumpa dgn si apis, dayah kecik & intan di starting point. mereke juga lambat seperti kami. so, ada geng la kami bermarathon.

sungguh menyayat hati peserta pertama sudah pun sampai di garisan penamat semasa kami ber6 memulakan larian......haila......awalnya dah smpai....xkisahlahh...dgn berbekalkan semangat kesukanan yg tinggi, kami meneruskan larian kami. hehehehhehe..

10.43KM runners dgn medal memasing

kami berjaya menamatkan larian 3.6KM kami lebih kurang jam 8.30am. tak sangka pulak terjumpa dgn geng2 tabur dulu, yg dah menghabiskan larian mereka lebih kurang 30minit lalu. Lagi best, ramai peserta larian 10.43K sudah menamatkan larian. dan kami tentunya peserta terakhir menamatkan larian untuk ktagori Fun Run...hehehehehe --> tu la datang lambat lagi...;p

bagi aku yang baru berjinak2 dalam dunia marathon ni, 3.6KM mmg satu jarak permulaan yg boleh tahan dan boleh layan la...xde lagi perasaan nak muntah mau menghabiskan larian. apa pun tahniah buat semua peserta. jumpa lagi di Multi-Purpose Insurans Run 2012 (Padang Merbuk, KL) Januari nanti.

Taiping bandar warisan Versi Mee Udang Mak Jah

merasa mee udang mmg menjadi idaman aku sejak awal taun lagi. So, alang2 dah ke Taiping meraikan hari bahagia Faiz hari tu kami sempat menyinggah ke warung Mak Jah di kuala sepetang.

Belum pun sampai ke destinasi utama kami, mmg mee udang dah terbayang2 dalam kepala aku. mmg tak susah mencari warung Mak Jah. sebenarnya sepanjang jalan dari simpang utama mmg dah tertera papan tanda ke warung Mak Jah. walaupun sebenarnya kat Kuala Sepetang ni mmg banyak warung mee udang, tapi menurut orang tempatan mmg warung Mak Jah menjadi tumpuan ramai.



walaupun ramai pengunjung tapi mereka masih mampu memberi SLA yang baik pada pelanggan...SYABAS BETE..!!! selain mee udang ada juga menu lain kat cn...tapi dah nama pun warung mee udang kan...kompem la mee udang adalah tarikan utama di sini. dan aku, xkan la nak lepaskan peluang menikmati makanan yg menjadi kegilaan aku itu.

Tapi yg best kat sini, hidangan goreng di hidangkan di dalam pinggan yg berbentuk ala2 sampan macam kat atas tuh..sempoi sgt...So, korang ygvbelum pernah menikmati kemashuran mee udang yg selalau diperkatakan nih apa lagi.....jom serbu warung mee udang Mak Jah. Rasanya kat Lembah Klang pun ada kot cawangan Mee udang Mak Jah nih.

Taiping bandar warisan : Versi Zoo Taiping

melawat penempatan haiwan di Taiping ni bukanlah agenda utama aku bila aku berkesempatan melawat bandar warisan nih. Tapi dek ajakan lelaki Budiman buat kami memutuskan untuk meneroka alam haiwan pulak kali ni.

pakcik ni la lelaki budiman tuh....beliau xjemu2 melayan kerenah kami yg terlebih gula ni bertanyakan itu dan ini tentang zoo Taiping nih. walaupun setiap minggu kot beliau kalau ada kelapangan akan ke sini...:D

seingat aku, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke zoo melihat haiwan, lebih kurang 22tahun dulu. masa rombongan zaman sekulah tadika dulu. tapi tentunya kali ni aku xla se-excited zaman sekolah dulu. dulu tak penah tengok binatang secara live kan.....tapi kali ni kenela control ayu...berjalan dgn lelaki budiman la katakan... hehehehehehe

Uisshhhhh...banyak giler binatang kat cn. tapi yg xbestnya banyak gak la binatang yg tidor ajhe kerjanya....apa daa....xproduktif langsung. lagi satu yg xbestnya, apa ke ****.. letak babi kat zoo. pewai aku menontonnya.

lebih kurang 2jam berjalan di zoo taiping ni, banyak binatang2 baru yg xpenah aku kenal sebelum ni. korang penah tgk burung ala2 bangau tapi kaler oren2 pink...mesti xpenah kan...!!! so ambikla peluang ni untuk melihat dan mengenal sebanyak haiwan2 yg tak penah korang lihat sebelum nih. buat korang yg xberapa nk larat berjalan tu, jgn la sdih sgt... kat zoo ni mmg ada di sediakan shuttle di sepanjang laluan zoo ni. tapi x chara la kan melihat binatang dari tigkap shuttle ajhe.
kami ngah tunggu turn nak tunggang si En. Zebra tuh....

Bila nama pun budak2 terlebih gula kan.....so melawat haiwan pun korang bantai posing sakan. buat korang yang teringin nak mengimbau zaman kanak2 korang kat sini mungkin tempatnya. so, apa lagi!!! layan binatang pulak kita...:D

16 December 2011

Taiping bandar warisan : Versi Kenduri Kawen FaizSyuhada

wah...lama betul aku tak menjengah apa lagi nak menghapdate barang sesuatu kat sini. so, kali ni aku nak share pasal trip aku ke Taiping Bandar warisan sempena meraikan Pengantin baru si Faiz dan syuhada.

perjalan yg memakan masa lebih kurang 3jam dari shah alam aku rasakan terlalu panjang....naik pewai aku bertapa dalam kereta tuh. mana taknya dgn cuaca yg agak terik dan highway yg sesak dgn kenderaan membuat aku pewai...tension mak..;p

Hampir pukul 2ptg baru kami sampai ke destinasi sebenar. Fuhhh lega.. sampai jugak... Berbeza dgn kenduri kat tempat aku, kat sini seawal jam 2ptg tetamu mmg dah xkelihatan. yg ada cuma saudara terdekat. dan caterer juga sudah pun membersihkan peralatan mereka. nampaknya mmg xde rezki kami nak makan laksa dan cendol kerana kata Faiz mmg menu tuh menjadi rebutan. Tak pe la ada nasik minyak kan..:D

Tapi bagus jugak dah xde tetamu sgt... ada chance la aku posing sakan atas pelamin nanti...hehehehehe. memandang kan Enchik cameraman mereka mmg sporting giler, kami dgn tak malunya meminta beliau merakamkan picca2 kami di cameranya...hehehehhehee

owwhhh...rindu betul dgn makcik bertudung biru tuh....bakal menjadi ibu...:D

kami ambik berkat pengantin..moga2 lepas nih sampai turn kami pulak...:D


Tgh duk asyik bersantap sambil menyebang2 kosong kami terpikir kan tentang Mee udang kuala sepetang. bila nurul sebut ajhe pasal tuh mmg senyum sampai ke telinga aku. mana taknya mmg dari dulu lagi aku mmg teringin nak menikmatinya. Seorang pakcik mencadang kan kami ke restoran mak jah. so, nantikan carutan aku dalam misi menjejak mak jah...:D

apa pun Faiz & syuhada, selamat menjalini kehidupan suami isteri dgn gembiranya. Doa kami semoga ikatan ini akan kekal selamanya. Selamat Pengantin Baru... >.<

07 December 2011

Jodoh itu rahsia Allah

sekarang aku dah tau nak memberi jawapan terbaik bila ditanya tentang jodoh, tentang solumate. mudah, DIA lebih mengetahui segalanya. semuanya DIA dah aturkan. percaturanNYA mmg yg terbaik. hanya DIA yg tau bila dan dgn siapa aku akan berjodoh.


Tapi..wajar ke kalau aku berdiam diri dan hanya menanti akan kehadiran jodoh yg dah tertulis buat aku. org kata rezki tak kan datang bergolek kalau kita xberusaha untuk mendapatkannya. macam tu la jugak kisahnya dgn jodoh. ia tak akn datang kalau tak di cari.


tepuk dada tya lah hati kan. aku pernah terbaca dalam blog cik theskem tentang doa dipermudahkan jodoh. serius mmg aku tak pernah amal kan dan tak pernah terpikir nak amalkan pun. lepas nih aku akan cuba amalkan. caranya amalkan potongan ayat nih setiap kali sebelum keluar rumah.


”Mahasuci Allah yang telah menjadikan makhluk berpasang-pasang semuanya; baik yang tumbuh di bumi; mahupun diri mereka sendiri; begitu juga apa-apa yang mereka tidak mengetahui”.. (Surah Yaasin ayat 36)

>.<

03 December 2011

Korbu-Gayong (KORGA)

org kata KORGA mmg hardcore lagi hazab. pada aku mana2 gunung pun mmg ada hazabnya yg tersendiri. Tapi setakat ni, gunung ke-2 tertinggi di semenanjung ni paling hazab dalam sejarah hidup aku. tapi mnurut otai, dalam G7 CUS paling hazab. huhu korga pun pada aku sikit punya hazab ni pulak nk menempuh CUS yg dikatakan paling hazab.

sebenarnya aku tak plan pun nak ke KORGA. ajakan last minit sis ana aku sahut dgn senang hati....lagi pun, dah lama berehat dari meneroka alam yg satu nih. Tapi kata sis, KORGA mmg giler hazab. G7 la katakan. nak2 pulak musim hujan macam skrg nih. mmg kene beringat lah. Dgn trek licin nya...pacat kompem la kan...

so, sabtu tu semua peserta berkumpul kat masjid ulu kinta. Dalam pukul 9pg gerak ke dam ulu kinta. kami memulakan pendakian lebih kurang jam 10pg seramai 18 peserta. awalnya mmg aku gerun jugak la..mana taknya, masing2 berwajah otai. mau aku tertinggal 16 tiang ke belakang. kami di beri sedikit rumusan tentang gunung KORGA nih. menurut abg sham, hari ni kami akan bermalam di kem SEROJA, lebih kurang 6-7jam dari starting point kami. Trek santai namun kami perlu meredah lebih kurang 9 batang sungai. nahhh..rasakan!!!
air terjun batu besar 1jam 30 minit sebelum sampai ke kem seroja

kami berwajah kental bersaksikan kem seroja

Kepayahan menakluk KORGA hanya bermula pada hari ke2 pendakian kami. Target kami hari ni adalah Puncak Korbu. untuk sampai ke puncak korbu kami perlu melalui puncak Botak - Puncak Chuban - Korbu raya - KORBU. lebih mencabar kami perlu memikul air dari last water point ke puncak korbu yg memakan masa lebih kurang 4 jam. trek paling mencabar adalah trek ke puncak chuban. menegak hampir 90 darjah okeyyy... adakala kami perlu melalui trek bertali dan tangga besi.

puncak chuban a.k.a cobaan (baca gaya ala2 PRamlee)

lebih kurang 8-9 jam pendakian, aku sampai di puncak KORBU. trasa sgt lega bila menjejakkan kaki di puncak. mmg target aku mau sampai di puncak sebelum gelap. alhamdullih, dalam jam 6 aku berjaya menakluk puncak KORBU. pewai mmg pewai la....dgn trek berselut penuh lumpur nya. belum masuk trek lutut ke dagunya lagi. Terpikir pulak kawan2 kat belakang. jgn la mereka OT sampai larut malam. apapun sweeper kami si shahrol mmg terbayekkk la... tabik spring la sama lu. :)
Suhu di puncak korbu, jgn citer la...mmg giler sejuk. mereka kata, kalau bernasib baik boleh nampak suasana malam di Simpang Pulai dan Bandaraya Ipoh selain dari gunung-ganung sekitar Banjaran Titiwangsa. Tapi, cuaca malam yang asyik menangis tidak memihak pada kami.

Geng castello was here ...!!! ~Puncak KORBU ~

misi hari ke3 kami diteruskan. kali ni kami akan ke puncak gayong. kata abg sham trek kali ni agak santai. dalam lebih kurang 2jam kami akan sampai ke puncak. rupanya santai pada pandangan otai2 sepertinya. bagi aku agak hazab la....tapi xsetanding kehazaban puncak chuban semalam. Tapi satu yg menarik tentang trek ke puncak gayong, laluan pokok2 berlumut, pemandangan yg superb mangurangkan tahap kepewaian aku.

laluan ke puncak gayong

periuk kera KORGA

banjaran di sekeliling KORGA..mmg owsem!!!

kami di puncak gayong :)

Trip kali ni mmg mengundang tawa dan air mata. tawa kerana masing2 punya cerita yg mampu membuat kami ketawa berguling2, terutama dgn kombinasi si ustat dan mami. air mata pulak selain dari terpaksa menumpuh trek yg mmg hazab, inchik sweeper bersama 2 kawan kami yg terpaksa bermalam 'on-track' saban malam. dgn cik midge yg tersalah langkah di kayu balak sehingga menyebabkannya terhumban ke dalam gaung. mujur juga ada si arjuna yg menemaninya sepanjang trip nih. kalau tak mmg haru.

Di sini, buat pertama kalinya kami OT di hutan. perasaanya....huh..mmg hazab. pada aku berjalan malam di hutan mmg banyak risikonya. risiko tersalah jalan paling aku takuti. nak pulak di sini kita perlu melalui banyak sungai. mmg risau kalau2 kami tersalah memilih jalan. Syukur semuanya selamat.

apapun, pada aku KORBU mmg lengkap dgn pelbagai macam kesusahanya. dengan pacat nya yg memang gggrrrr...bikin pewai. dengan anak2 tiri Korbu dan puncak tipunya. trek dagu ke lututnya lagi. tu belum masuk bab CHUBAN yg benar2 menguji mental. mmg terbayekk lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...