26 November 2013

bukan sekadar KLiM's

Memang aku tak pernah plan pun untuk melihat pameran keretakereta internasional  lagi mewah ni. apatah lagi melihat di pemaran KLIM's. Plan asalnya aku hanya nak berjumpa empat mata dengan si Nong yang aku kirakira dah lapan tahun lamanya tak bersua muka. 

Memandangkan tempat penginapannya berdekatan dengan PWTC, dia yg dah berapa lama merancang untuk melihatlihat apa yang ada di sana namun aku antara penyebab mengapa hasratnya itu terlaksana akhirnya. aku yang tak punya apaapa rencana hanya On kan ajher.

Walau umor dah banyak angka, dia tetap sama macam Nong yg aku kenal dulu. sama..!!! xde yang berubah. tetap senghal macam dulu. banyak yg kami kongsikan dulu. cerita suka, duka, air mata, ketawa. hailaaaa...dan hari ini tetap sama. sekarang masingmasing dah ada hidup sendiri. 1 yg aku kagum dengan Nong. dia Kuat macam duludulu. aku selalu berharap aku akan kuat macam dia. 


kalau ada yang tanya apa bestnya pameran KLIM's ini. Pasti aku akan jawab dia bukan sekadar KLIM's. bukan sekadar pameran kereta sematamata. tapi pada aku lebih kepada perkongsian rasa antara dua sahabat. dekat seploh taun kot tak jumpa... :P 

Nanti kalau Allah setuju kita jumpa lagi kawan.!!!! Hidup baikbaik tau...^.^

Trans Jerging

Sebelum ter'up'nya trip ke jerging., sumpah aku memang tak pernah dengar langsung pasal Jerging. Rupanya dia bukanlah nama specific gunung tapi hasil Transmisi dan kombinasi antara gunung Suku, Irau, Yellow dan Pass. mendengarkan gambaran awal tentang trail yg bakal kami tempuh untuk 3hari ni membuat aku tak senang duduk. Mana taknya tak ada sebarang aktiviti peluh menjelang trip. Trail pulak memang tak bagi diskaun katanya.

Ini kira trip pertama sepanjang aku melibatkan diri dalam arena pergunungan kami tidur on-trek. Pengalaman yang aku kira memang sangat2 menyiksakan. tapi sekurangkurangnya aku belajar sesuatu. seawal hari pertama ada kawan2 yg terpaksa OT untuk sampai ke kemsait kami. apa pun syukur semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

memandangkan trek yg kami lalu agak meneglirukan, kami beberapa kali tersasar dari trek asal atau kami telahpun melalui trek yg tak sepatutnya kami lalu. Berbekalkan GPS, kami mencari arah yg betul. Syukur, DIA beri petunjuk dan kami berjaya ke puncak Irau dengan selamat.


Perjalanan akan lebih mencabar selepas puncak Irau. mengikut kata Gogo, perjalan Irau ke Puncak Yellow akan memakan masa lebih kurang 2jam. Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 6ptg, kami bersedia untuk berjalan malam ke Puncak Yellow. Setelah  hampir 4jam berjalan, kami kumpulan pertama masih belum sampai ke puncak Yellow, macam2 yg berlegar dalam kepala aku. dan kami memutuskan unutk menunggu kawan2 lain. Dan 4jam kemudian semua peserta lain sampai ke kem site yg aku panggil kem menunggu. Gogo decide untuk tidor sajer di situ dan esok seawal jam 6 pagi kami perlu meneruskan perjalanan.

Rupanya Puncak Yellow dari kem site kami semalam hanya memakan masa tak sampai 1jam pun. Takpe sekurang2nya tiada yg tercedera dan kami akan makan, mandi, minum dan posing puas2 di puncak Yellow.

Perjalanan yg agak santai dr Puncak Yellow ke Puncak Pass jugak ke ending point membuat kami tak sabar sampai ke destinasi. Dalam santai2 punye trail, aku tetap tewas dengan permainan minda. arrrgghhhh...aku mental dengan trail yg panjang.

Tepat jam 7 petang, semua peserta berjaya keluar dengan selamatnya,. Alhamdullilah trip yg aku kira agak Hardcore ni berjaya kami laksanakan dengan jayanya dengan adanya kawan2 yg sedia menghulur bantuan tak kira masa. Syukur..!!!!

23 November 2013

tigapuluh



tepat pada titik ini
ke perjalanan yg aku tak tahu ke mana destinasi
dan penghujungnya aku masih sangsi

aku sudah langkau tigapuluh batu
apa di depan aku sendiri tak pernah tahu
tetap berjalan memenuhi kehidupanku

walau aku masih bersepatu sama
tak kira apa juga permainannya
moga yang indah akan kekal bersama

22 November 2013

Chabang

 
kata edmund Hillay 'Bukan gunung yang kita tawan sebenarnya, tapi diri sendiri'. mendaki bukan sekadar mendaki. Rugi kalau kita mendaki dan kita pulang sama macam seblom kita mendaki. Kita perlu belajar sesuatu. percayalah.!!!

18 November 2013

Mandimanda Sungai Gabai katanya

Ini cerita lama. baru ter'rajin jari mahu menaip. alkisah mandi manda yang pada awalnya aku kira dah tak menjadi dan akhirnya terlaksana jugak. so, mastermind ntuk event kali ni abe lg cz dia yg duk beria nak aktiviti yg macam ni. so, aku macam biasa, on kan ajher. 

Aktiviti yang aku kira, bukan untuk mandi sematamata tapi lebih kepada gathering event tuk kami semua. Ya, memang kami selalu berjumpa berkumpul sesama, tapi selalu jumpa di kedai kopi pun boring jugakkan. so, ini lah masanya kami bersantai hilangkan stress kerja.


Harapharap ini bukan pengakhiran kita ber gathering bersama. walaupun si azam dah ada life sendiri lepas ni. Apa salahnya bawak isteri terchenta ber gathering bersama. Org kata, tak kenal maka tak chenta kan..!!

jiwa

kusut
bukan kosong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...