22 September 2015

Lubuk Kawah @Tg Malim

Memandangkan Sabtu semalam tak ada apaapa aktiviti yang menjana otak, aku ikutkan ajher bila Kak ana ajak ke sini. Ok la kan dekat pun dekat. Daypack ajher memandangmkan Ahadnya ada acara lain yang menanti.

Kalau dulu, masa pertama kali ke sini aku tak berpeluang main air sakan dek kerana ketiadaan Life Jacket, dalam kot lemas den. kali ni memang aku tak kasik c hance la kan. setiap ceruk air au teroka. Hidup sekali je kan. ^.^


 

Kek Hari Jadi Faiza


Rasa baru semalam duk wish selamat panjang umor.

bcoz u'r the only sister
hari ini sekali lagi
tiba hari yang di nanti
semoga apa juga citacita kau bakal menjadi nyata
selamat panjang umor adik
ilove you to the moon and back!!

Sanctuary Ikan kelah Sg Chiling


Sg. Chiling is too mainstream nowadays.
dah sama level mcm Sunway lagoon
penuh sesak dengan manusia
aku tak mau hingar!!
aku tak mau d pasar!!

18 September 2015

Chemerong Berembun Langsir Reverse (Back Track)


 



Tak sangka rupanya pertama kali ke sini dulu dalam bulan yang sama 4 tahun lepas. Kalau dulu dengan Nature Explore kali dengan Sunrise Xventure pulak. tapi hazab nak sampai puncak tu tetap hazab yang sama atau mungkin kali ni lebih berganda dek kerana faktor usia.


Nak sampai ke puncak langsir bukan semudah yang di sangka, macammacam trail yang kau kena tempuh. dari trail lenggang mak limah, trail sungai ke peha, trail lutut ke dagu yang tak kasik chance dan macammacam trail lagi dah semacam lagu tuk kami smpai ke puncak. Terbayang bayang hijaunya air terjun kat puncak langsir sana.

syukur semua ahli selamat sampai ke puncak langsir dengan sempurna tanoa sebarang kecederaan serius. malam nya masing masing tidor kepenatan seharian meredah trail yang panjang lagi hazab.

memandangkan kami punya 1 hari untuk aktiviti free & easy di sini, sempat gogo adakan malam suai kenal. Teringat aku masa malam suai kenal hari ke2 berlangsung, ada yang bertanya 'dalam banyakbanyak gunung yang aku dah lalu mana gunung yang paling payah?' kami jawab 'Benum' mungkin sebab kami tak berpeluang menghabiskan trail sampai ke penghujung. Sebenarnya tu bukan jawapan yang bermain dalam hati aku, pada aku semua gunung pun punya tahap kepayahan yang tersendiri. even gunung yang kita sedang berada di puncaknya ni pun ada level payahnya yang tersendiri. mau saja aku luahkan bahawa bukan gunung atau puncak yang kita kejar, tapi apa manfaat atau pelajaran yang kita dapat untuk sampai ke penghujungnya.
Tak Lari gunung di kejar kan.!!

Mini Golf Tournement Antarabandar

 

Oh..ini mini golf tournament yang sempat Antarabandar anjaurkan sebelom ni. aku bukan lah orangnya yang tukang pukul kayu Golf ni. aku hanya lah salah seorang yang menguruskan menyebokkan diri dalam memastikan tournement ni berlangsung dengan jayanya *baca sambil mengeluh. Kalau nak kira penglibatan aku dalam event ni, aku rasa ta sampai 20% pun aku terlibat. Tak pasalpasal terjebak.

02 September 2015

Pantai Klebang


Lama dah tak buat kerja gile. Eh baru prasan!! Dah tiga kali kerja giler aku ke Melaka. Tapi ke lainlain lokasi dan berlainan peneman. Kali terasa nak ke Melaka pekena air Kelapa Goyang dan Hajat giler ini di tunaikan oleh seorang kawan. dasar Giler!!!!

01 September 2015

Gunung Hijau

 




Demi mengikut tren eh! mak Kau Hijau, ku sahut cabaran seorang kawan untuk merasai sendiri peritnya memanjat Gunung Hijau. Kalau sebelom ni aku berpeluang mendengar ajher bila kawankawan duk cerita pasal gunung Hijau. Kali ni aku berpeluang merasai sendiri apa istemewanya Gunung Hijau yang asyik di perkata tu.

Memang Gunung ni antara gunung2 santai yang kau boleh lenggang mak limah nak ke puncak, tapi nak sampai ke puncak tu memang kau perlu melalui satu trek yang aku gelar 'Kingdom of Pacat' dek kerana sepanjang trek kau akan nampak pacatpacat ni duk mencari mangsa.Bersiap sedialah berendam dengan ais tembakau repalant berbotolbotol untuk ke puncak.  

Trek yang dah lama tak di teroka melambatkan langkah kami *walaupun aku memang lambat. dengan pokok duri menghalang trek, pokok tumbang dan macammacam lagi lah. Tapi tu semua dah macam perkara biasa bagi kami yang dah terbiasa dengan situasi yang macam tuh.

Tak sampai 2jam pendakian, kami dah sampai ke mercu tanda Gunung Hijau. Hanya ada papan tanda tanpa apaapa view disini. Tapi perasaan seronok luar biasa bila dah sampai puncak tu tetap ada. Dah sampai puncak kot... giler tak seronok.!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...