LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 September 2011

Penangan CBL

kuat betul penangan CBL. walaupun baru 4hari meninggalkan CBL, tak sangka ada pula reunion CBL yg bakal diadakan di Jerangkang waterfall november nanti. curtlas kannnn.. Sampai hari ni, trip CBL masih panas di perkatakan di FB. macam baru semalam trip ni berlangsung.


Trip santai 3H2M ni membuat kami rapat. mungkin juga kami berkongsi minat yg sama yg membuatkan kami cepat mesra. nak2 pulak dgn kehadiran ramai otai gunung yg happenning lagi pening.


Sebenarnya bila ada trip2 macam ni la, masanya kita nak korek segala macam ilmu pergunungan dari otai2 yg ada. serius aku katakan, sekakat ni mmg xada yg lokek dgn ilmu yg mereka ada. masing2 akan memberi tunjuk ajar tentang selok belok hidup di hutan.

percaya atau tidak, hutan dan atap dunia mengeratkan hubungan sesama insan. kita akan terasa kita adalah satu keluarga bila mana kita berada di dada alam ini. Dan hubungan itu TAK AKAN pernah putus walaupun kita tidak lagi berada di dada alam itu. Percayalah.

20 September 2011

Trip Chemerong-Berembun-Lata Lansir (CBL)

Cuti hari malaysia lepas aku berkesempatan menyertai trip CBL, Dungun. Trip santai 3H2M ni di sertai oleh 43org pencinta alam seluruh malaysia---> yeye je..:). Trip paling ramai, paling havoc, paling meriah dan segala2nya paling yg penah aku join. selepas sedikit taklimat dan bacaan doa agar perjalanan kami dilindungi dr segala bahaya oleh pakcik penjaga gunung, kami memulakan pendakian kami pada jam 11pagi. Di awal pendakian kami dh di sajikan dgn trek yg hazab. Jalan slow2 sambil berdoa cepat la sampai kemsait.

around jam 1.30ptg kami sampai di kem balak. xde apa yg menarik di kem balak. nak tiruk pun air separas buku lali je. so, kami makan tengahari dan menunaikan tangungjawab pada sang pencipta di sini. Sementara menunggu kawan2 lain sampai, sempat la aku meronda2 kawasan kem balak nih. kalau nak bermalam kat cn pun kira ok gak, cz dekat dgn sumber air. tapi kalau trip seminggu boleh la kot nk bermalam kat setiap kemsait.

sama seperti kem balak, kem Y jugak antara kemsait yg boleh di jadikan tempat bermalam. dalam 15 mnit kami sampai di kem Y, geng2 OGKL sampai lalu membuka fly dan khemah di situ. mereka bermalam di sini dan akan ke Lata Lansir keesokannya.

Pendakian kami belum selesai. kami akan bermalam di Lata Lansir dan menurut abg Gogo, dr kem Y puncak berembum memerlukan masa dalam 2-3jam. dan dari pnck berembun kami perlu turun ke lata lansir dan melalui denai dalam lebih kurang 30 minit.

Dgr macam senang kan!!!? tapi laluan yg hazab membuat aku hampir pewai. dan aku benar2 pewai bila sampai di laluan bonzai. pemandangan yg indah xmampu menghilangkan kepewaian aku. mujur jugak ada 2 otai yg membantu. terima kasih kak ana n kak shida. kalau xde dorang mau aku OT hari tuh.kami ber-3 sampai di puncak berembun dalam pukul 630ptg. memandangkan hari hampir gelap kami memutuskan untuk terus ke lata lansir. laluan yg sgt cerun, sempit dan licin membuat kami kelu seribu bahasa. yg kedengaran hanyalah bunyi angin dan unggus hutan.

kami menarik nafas lega bila saja terlihat fly dan cahaya lampu di seberang sungai. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya. Tapi dalam hati kami xputus2 berdoa semoga kawan2 yg OT akan sampai dgn selamatnya. Lebih Kurang jam 9malam group terakhir sampai. Syukur semuanya selamat.

Tak sabar rasanya yg mandi di lata lansir. Seharian esok kami akan meneroka alam yg bernama Lata Lansir. Belum lagi masuk bab Chemerung nih.


Ahadnya, On the way trun ke starting point, kami akan ke waterfall chemerong. Tapi sebelum sampai ke chemerung kami akan melalui sg banggang. Air nya subhanallah...jernih sgt. boleh nampak sampai ke dasar. Tapi kalau korg xpandai berenang, jgn gatai2 nak tiruk dalam tu pulak mmg dalam okey. Tapi satu yg menjadi tanda tanya. kenapa la sg ni di namakan dgn nama tu kan.. :-?lebih kurang 3jam dari sg bangang kami sampai ke tempat yg kami nanti2 kan. waterfall chemerong. tempat ni mmg owsem. air terjun terhebat yg pernah aku tgk. Serius, sgt owsem. mg cantek sampai xde perkataan yg boleh mengambarkan kecantikannya. Tapi sayang, disebabkan hujan turun tadi, airnya menggalir dgn sgt deras. mmg kami tidak disarankan mandi di sini. bahaya okey....!!!! so, menikmati kecantikannya saja sdh cukup buat kami.


selesai sesi fotogedixs sambil main rendam2 kaki, kami meneruskan perjalanan kami ke starting point. bila ternampak saja tangga batu tanda hampir sampai ke destinasi, hati kami melonjak kegirangan. Alhamdulilah selamat jugak sampai. dalam jam 7ptg kesemua peserta selamat sampai ke starting point dgn jayanya.

Pewai aku menulis entry ni. Bagi krg yg belum lagi menjejakkan kaki ke CBL. ni la masanya. rugi ok x ke sana. CBL pada aku, merupakan tempat pendakian paling cantik yg pernah aku lalui setakat ni. terima kasih dan tahniah pada semua yg terlibat dalam trip CBL semalam. krg mmg owsem.

19 September 2011

tentang HASAN AYAT

walaupun cerita tentang kehilangan Hasan ayat dah 2taun berlalu tapi entah kenapa aku tetap nak share pasal dia kat cn. mmg dia bukan saper2 tapi berita kehilangan nya menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. 2 tahun lepas tanggal 15 Feb, asan bersama 13 org peserta lain menyertai ekpidisi menawan puncak YY.

btw, aku baru saja mendengar tentang hasan semalam, dari mereka yg mengenali hasan jugak dari mereka yg menyertai operasi mencari asan 2taun lepas. Mendengar tentang asan membuat aku sebak apatah lagi kenalan rapat yg merasai kehilangannya.

menurut teman yg bersama2 menyertai ekpidisi YY dulu dan mereka yg mengenalinya, asan seorang yg sgt budiman dan xmudah melenting. semasa kejadian asan dikatakan memakai serba putih dan ada membawa jaket berwarna merah.

usaha mencari asan menemui jalan buntu dgn pelbagai dugaan. tiada sebarang clue dan tanda untuk mengesan lokasi kehadiran asan. Akhirnya, operasi Save & Rescue (SAR) Hasan di hentikan selepas 6minggu kot, operasi ni di lakukan.

kata mereka lagi sebelum kejadian, asan xjemu2 melantunkan sebuah sajak. mungkin ada sesuatu yg cuba disampai kan kepada mereka yg mendengar. Wallaua'lam.

Ditepi sebatang sungai
Ada sebatang sungai yang menghubungkan air terjun
Dari dua puncak gunung yang berlainan

Ada seorang tua yang sedang bermeditasi
ditepi sungai itu pada pagi yang dingin

Aku menghampiri lelaki itu, lalu duduk disebelahnya
Tanpa menoleh padaku lelaki itu berkata
”Tengas yang berjaya melompat keluar
dari sungai ini akan menjadi naga”

Aku terlelap seketika
Dalam lelap aku bermimpi
Sepuluh orang lelaki bertopeng menyerangku
dengan pedang berkilau tajam

Serangan mereka aku patahkan
Dan topeng mereka kubuka satu persatu

Wajah-wajah lelaki itu mirip wajah tampanku
Aku terjaga dari lena, lelaki itu masih disebelahku
Tanpa menoleh padanya lelaki tampan ini berkata
Sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri


~hasan ayat 2009~

Dari kisah hasan aku dapat melihat bahawa, pencinta alam seolah satu keluarga. bayangkan pencinta alam satu malaysia turun memberikan khidmat dalam operasi SAR Hasan dulu. Walaupun xpernah mengenali hasan, mereka tetap bersatu hati & menghulurkan sumbangan tak kira dr segi tenaga dan wang ringgit juga doa dalam usaha menyelamatkan hasan.

walaupun dh 2tahun berlalu, kisah hasan xpernah hilang dari minda kami pencinta alam. doaku, semoga Allah membuka hijab untuknya kembali. dan aku juga sangat pasti kenalan dan keluarga terdekat mahupun pencinta alam mendoakan yg dgn doa sama.

14 September 2011

angan2 itu indah

orang kata angan2 bisa meramal masa depan. so, anganlah semahu kau. semoga apa yg kau angan kan akan menjadi kenyataan. tapi angan2 sajer tanpa usaha tu namanya berangan. kene la usaha sikit kan...!!!

Tapi untuk menjadikan angan2 tu kenyataan tak semudah ABC kan..!!!! sudah tentu banyak duri yg perlu kita tempuh. rintangan datang dr pelbagai sudut. orang2 disekeliling kita yang terutama. pasti akan ada kata2 keramat sebagai pembunuh semangat kita. Thomas Edison juga pernah di katakan gila kerana usahanya mencipta mentol. Dan hasilnya sgt menakjubkan. nah...!!! sekarang siapa yg gila...!!!!

bermula dengan angan2 akan menghasilkan ilham. ilham yg dtg pula pastinya berbeza2. tanpa ilham, masakan sume idea2 tu datang kan.??? so lakukanlah apa shj yg kita yakin ia akan menjadi kenyataan. Kerana dengan bermula dari angan2, manusia mampu merealisasikan impian menjadi kenyataan. ternyata, angan2 itu memang indah kan!!!!

12 September 2011

Gedixs raya edisi pecah lemak : Jeram kedah

okey air terjun ini namanya saja jeram kedah tapi bukanlah terletak di kedah. btw, ia terletak di beranang lebih kurang 30minit memandu dari broga. mmg ini 1st tyme aku mendengar nama jeram ni. kesana pu kompem la 1st time kan....

semalam lepas ajhe mengedixs sakan di puncak broga kami trus sajer shoot ke jeram kedah. nak masuk ke kawasan jeram ni mmg hazab. kami perlu melalui ladang getah dan perkampungan orang asli. laluan yg sempit membuat fitriyah si kerengge katik selaku tukang bawak kete menangis hiba. mujur juga ada enchik hero nya. boleh jugak beliau tolang mengejaskan kereta bila kami perlu melalui jalan yg choii ni.

untuk sampai ke jeram kedah, kami perlu berjalan lebih kurang 5minit. keadaan jeram menberi gambaran yg jeram ni jarang di teroka oleh manusia. tapi mungkin dijaga rapi oleh penduduk sekitar tuh. Tapi tempat ni mmg owsem.

air terjun pertama. kat atas nanti kompem lg heaven la kan...:)

enchik hero fitriyah si kerengga katik..pewwiitttttt :p

tiruk jangan tak tiruk

jom lawan tiruk saper plg marbeles

style tak tiruk nih...:)

acara wajib...family photo la kan..;)

so, menggedixs raya edisi pecah lemak berakhir di jeram kedah nih....aku harap next time akan ada lagi event yg serupa ini....pasti aku akan polo kalau berkesempatan.

Gedixs raya edisi pecah lemak : Broga Hill

semalam sempat menggedixs santai di puncak broga. perasaanya...heaven sgt....dejavu...btw, ni 1st tyme aku beraya sakan di atap dunia nih dan 2nd time aku menawan puncak broga. Tapi trip kali ni lg meriah coz lg ramai yg terlibat dan aura raya tu sampai ke hati di sana...mana tak nya selain dr ketupat lemang n kuih raya ada yg siap bawak pelita lagi. Lagi best puncak broga kembali hijau. tak macham kali pertma dulu..kesan terbakar di sana sini....dah macam padang jarak padang terkukur gayanya.

seperti biasa, broga akan sesak dgn si pencinta alam....dah macam ada pesta. seawal jam 730 pg dah ada group yg trun semula di starting point. agak2 kan pukul berapa la diorang sampai pagi tadi td. Syukur semalam tidak begitu panas, mendung je....tp mujur jugak xhujan..kalau x, haru jugak...:D

seyes aku pewai mendengar bebelan si yuzi....dr start pendakian, mmg membebel xhengat. sampai di puncak pertama dia seakan pewai...tau apa kami umpan....camera...!!!!! hambek ko....trus jalan okieesssss.....terer x cheq...:D

sampai je puncak, kawan2 lain mmg dh siap pakai baju raya bagai. owhhhh sgt owsem beraya di atap dunia sambil menghirup teh tarik....heaven...


jom celebrate kemenangan kita...chiilllllllll :D

acara wajib....xsah mendaki kalau xde family photo

chilllllll...kami mmg owsem

nice kan picca nih....terbayekkkk

amik berkat DR. sheik muzzafar yg wat pre wedding kat cn...mana la tau pas ni turn aku pulak.....winkwinkkkk

3 dara pinggitan, tapi aku tetap paling comel..:D

dah macam pungguk menantikan sang bulan nya....ye ke...??? ke dia tatau nak pilih yg mana satu nih.....ahakkkk =_=

tgk backgound tu. owsem kan...!!!! hijau........sejuk je...selain dr kami ber3 yg mmg sejuk mata memandang....--> dusssssshhhhhhhhhhhhhh......sapa plak yg cepuk dahi aku nih...bila lak aku prasan....??? kenyataan kan..!!!! :P

tengokkk.....nampak..nampak x...!!???? jenuh si fitriyah selak rumput tuh supaya clear muka kami yg comel...:D

insyaalah taun depan kalau ada kesempatan mmg aku akan repeat beraya sakan di atap dunia lagi....Dengar kata nak ke bukit kutu pulak....aduhhhh.....ke bukit yg tak layak di panggil bukit tuh...pewai la jawabnya :D

portluck raya

tiap kali raya, sama macam taun2 sudah ANTARABANDAR pasti akan mengadakan portluck raya sebagai mengantikan open house yg biasa org lain buat. Tapi kali ni lebih meriah, bukan saja dr segi kesewelan ABClix tapi juga lebih meriah dr segi juadahnya.

mmg ko xkan makan sume jenis juadah la time tuh. Tapi isnin nya memasing mengeluh kempunan xdapat rasa roti jala bagai semalam. Padahal xsedar tangki dah full dgn macam2 juadah.


taun nih aku sempat rasa nasik lemak hasil tangan isteri si din...memang 'A' la nasik lemak dia....---> tetiba aku telan air liur. selain tuh aku sempat makan soto, bihun singapore, bubur lambuk n kuih muih.


roti jala ni bikin aku xble tido.....walaupun xsempat rasa. AKU TERINGIN....:(
kak shira teruja la tuh tgk begitu banyak makanan peberet dia...:)
bajet ko jejaka pantene la kan buat rambut macham tuh...:P
say cheese..;)
ni memasing dah sewel la nih...;p

kalau umur panjang dgn antarabandar taun depan jumpa lagi....

09 September 2011

Cukai 6% - Skrg topup pulak

awal taun dulu bil astro, bermula 15 september ni kad prabayar pulak...lps ni apa ntah pulak kan.....!!!! aku yakin semalam mmg ramai yg dapat SMS dari syarikat telekomunikasi tentang cukai yg akan di kenakan sebanyak 6% tu kan..??? tidak ada yang terkecuali.

lepas nie kalau nak beli topup RM10.00 kena bayar RM10.60 ler. errmmmmm..... tapi apa adahal kot....services tax kepci McD pun kita sanggup, ni kan pulak prepaid kad...... gila blagak la kan ayat ko cik LL yg manis...tapi ni la hakikatnya kan...???

Tapi sebenarnya, tax untuk kad prepaid ni dah lama di praktikkan terutamanya kat kawasan luar bandar. tapi lpas ada tax ni kompem la kad prepaid kat kg aku lagi naik rege kan...ye la skung pun kad prepiad kat sana mmg di jual dgn harga lebih 50sen. ntah pape nth...;p

pada pendapat korang la kan...apa ek rasionalnya cukai 6% ni dikenakan...??? entah lah.....bikin poning yo.... nak angkat sepanduk bantah pun tara guna kan...!!! redha je la... :(

07 September 2011

Hidup harus Kental

Betul ke, hanya mereka yg benar2 berjiwa kental saja, boleh menghadapi ujian hidup...??? bagaimana pulak dgn mereka yg hanya berlakon kental...!!! tiada ruangkah untuk mereka terus melangkah meneruskan hidup..???

aku kagum melihat mereka yg kekurangan. kekurangan dari segi keupayaan....mereka bersemangat mengorak langkah walaupun mungkin ada yang memandang serong dan menghina.... Terasa kagum dengan semangat mereka.

seperti insan lain aku cukup sempurna diciptakan olehNya, sempurna sebagai hamba secara fizikalnya.....tapi kenapa kekentalan aku tidak setanding mereka, semangat aku tidak sehebat mereka. lebih menyedihkan, aku kadang2 alpa dalam mengorak melangkah.

05 September 2011

aku cemburu


Teman...
kamu membuat aku cemburu
cemburu pada kebaikanmu
cemburu pada keindahan lakumu
cemburu melihat betapa solehahnya kamu
cemburu melihat khusyuknya kau dalam setiap sujudmu
lagi cemburu mendengar kejayaanmu

matahari....
aku cemburu pada kesendiriannmu
bulan....
aku cemburu melihat sang pungguk yg tak pernah jemu merindumu
langit..
aku cemburu melihat utuhnya sang mentari di dadamu
laut...
aku juga cemburu melihat setianya ombak menghempas pantaimu

aku ingin sehebat mereka
aku ingin sekental sang mentari
aku ingin seindah sang rembulan
aku ingin sekukuh langit
aku igin setenang laut
ya.... aku sangat cemburu....!!!!

mood raya lagi

Hari ini, bermulanya hari bekerja setelah seminggu bercuti raya walaupun mood raya dan mood bersantai di rumah masih menyelubungi diri. Dengan mood raya yang masih bersisa, pagi tadi dgn perasaan yg bercampur antara rela & paksa, saya melangkah longlai menyiapkan diri menuju ke 'antarabandar'.

saya yakin bukan saya saja yg berperasaan sama...ramai lagi diluar sana punya rasa yg sama seperti yg sedang saya rasakan sekarang...betul kan...!!! Dan lebih menambah kemalasan bekerja hari ini, sesampai saje di 'antarabandar', terasa betapa sunyinya di sini hari ini.....masing2 masih di rumah menghabiskan cuti yg berbaki.....

Dan kala ini, diwaktu matahari kian mengundurkan diri dan di saat waktu bekerja hampir ke penghujungnya, saya masih ditemani mood raya yg masih x mau pergi. 8jam hari ini terasa begitu panjang. seolah saya sempat menganyam ketupat sambil memasak rendang gayanya.....DAN saya sedang berjanji ketika ini sambil menarikan jari jemari di sini bahawa esok, saya pasti akan melakukan yg terbaik untuk diri saya, lebih baik daripada hari ini. mood raya itu akan saya nyahkan dr minda ini buat seketika.

Dan ketika ini, saat saya sedang menulis entri ini, mood raya saya tetap bermaharajalela.

ini entry raya yg terlambat..

ini entry pertama saya selepas hari raya....mungkin agak terlambat tapi masih berada dalam mood raya. kira ok la kan. Raya sebulan what...;p

Amacham raya korang..???!!! ada baik kah??? heppening kah? atau nan hado je...:) xkisah lah apapun prasaannya yg penting raya tetap raya kan....
aku...??? macham biasa la...sama macham raya2 sebelum nih...xde yg berubah, cuma yg berubah mungkin tahap kecomelan aku.....huahuahuahua.....----> duuusssshhhhhhhhhhh terpaksa mencepuk dahi sendiri kerana tahap keperasanan yg luar biasa.

kalau tanya pada si adik mesti semuaya 'A' tentang raya. ye lah, time nih la masanya nak kumpul sebanyak2 nya duit raya. kalau zaman kecik2 aku dulu mmg siap ada jadual la berpakat ngn kawan2. tapi aku xnampak dah budaya tu sekarang.

Tapi korang tau x apa yg xbest pasal raya..??? pada aku, yg xbestnya aku terpaksa berhempas pulas berdiet selepas tamat sebulan baraya. Mana taknya time raya, segala jenis makanan ko bedal kan...dgn alasan, setaun sekali je jumpa masakan nih....sudahnya........hambeeekkkkkk...;p



kami tiada family photo tuk taun nih. xbest kan....sebabnya xcukup bilangan ahli, bila si abang beraya di rumah mertua nun di pantai timur.