29 February 2012

Mia cepat sembuh yer!!

Mak kata Damia Aisya di tahan dalam wad lewat malam semalam kerana penyakit berjangkit yg mak sendiri tak pasti nak huraikan. mak kata lagi, banyak air yg terpaksa di bekalkan ke dalam badan anak dara comel ni. owh, kesian kan...kesian jugak mak kat kampung yg aku pasti risau gilakbabi. aku dgr suaranya semalam pun tau yg Mak tgh bersedih hati.

ni picca raya dulu...Mia berusaha keras nak angkat tgn buat peace... >.<

Petang ni baru nak p melawat Mia kat Hopsital Salam. Harap2 semuanya akan okey... Aku doakan anak buah aku yg sorang ni cepat sembuh dan ceria macam selalu. Cepat baik yer mia kami semua sayang mia tau...Kamu, kamu dan kamu....tolong doakan mia cepat sembuh jugak.

23 February 2012

Kuciwa

ini entry tentang rasa. rasa kecewa dan frust gilakbabi. aku yakin semua org pun penah kecewa macam aku kan.... tapi ini bukan kecewa tentang cinta. tapi ini rasa kecewa dalam apa jugak yang berlaku. apa sajer.!!! event idea tak mai2 pun mampo membuat aku kecewa petala ke-7.

Banyak sangat benda-benda xbest yang berlaku dalam hidup aku ini. Sumpah aku sedang sangat kecewa.. arrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....kerana apa!!! kerana mendengar janji2 palsu mereka.

sisi putih aku selalu berkata, berhenti kecewa! nikmatilah hidup sepuas2nya. Rasa kecewa dgn apa yg kita tak mampo miliki hanya menghancurkan apa jugak yg sedang kita miliki. bersyukurlah---> ocay, ini klise. namun sisi hitam selalu memberontak menghasilkan suatu perasaan benci yang sungguh luar biasa.--> ini bikin aku lagi stress...;((

22 February 2012

The voice2-The blind audition

ini cerita tentang The voice2-The blind audition. kalau nak di ikutkan aku bukan lah follower setia since season 1 dulu. tatau kenapa aku tertengok n terjatuh cinta plak ngan rancangan nih. so, setiap rabu mmg aku akan ambik peluang balik awl tuk menyaksikan rancangan yg dah pun menjadi rancangan peveret aku nih. :P

Rasanya hari ni minggu ke-3 blind audition ni akan berlangsung. Rancangan ala2 vokal bukan sekadar rupa nih di adili oleh Adam Levine jejaka bertatu si ossem, Blake Shelton yg mengingatkan aku pada pakcik senyum (cz muka dia sweet sgt), Christina Aguilera si Barbie doll dan CeeLo Green si jejaka cermin. licin je...:P

setakat ni aku teruja menyaksikan Jermaine Paul penyanyi latar alicia keys tu. dia menyanyi dgn gayanya yang tersendiri. dan menjadikan lagu complicated sbgai lagunya sendiri. teruja aku melihat dia hari tuh. Dia menjadi rebutan CeeLo Green dan Blake Shelton. tapi Pilihan Jermaine pastinya #TeamBlake. All the best yer..:)



Dan
Angel Taylor, gadis kulit Hitam ni punya aura tersendiri. Pada aku dia berjaya membawakan lagu adele dgn gayanya yg tersendiri. Dengan vokal yang punya aura dan style serta penuh emosi . walaupun di awal nyanyian agak ke laut jugak lah. nebes katanya. Kiranya aku ter'in' dalam nyanyiannya :D dan dia menjadi rebutan si jejaka ossem, si jejaka senyum dan si jejaka cermin. dan pilihan Angel #TeamAdam...


Pastinya aku takkan ketinggalan menyaksikan siaran nih. bukan sajer untuk menyaksikan bakat2 terpemdam di negara org putih tapi jugak untuk melihatAdam si jejaka ossem pujaan aku tuh :)

sumber : youtube

si Jelita Vs jejaka Bidak

sumber Google

Ini bukan cerita dongeng zaman kanak2 kita dulu, tapi ini realiti kehidupan. selalu kita nampak lelaki xbrapa nak ossem berkepit ngan awek perrgghhhhhh sekali pandang mmg boleh tangkap cintan la. tak kurang jugak sebaliknya. Dan pada aku Kisah ‘Beauty and The Beast’ boleh dikaitkan dengan kisah cinta realiti zaman internet nih.

Selalunya apa korang punya 1st impression bila terlihat situasi macam nih. apa yg membuatkan si jelita sanggup mengenepikan rupa paras pasangannya. sanggup jugak menadah telinga menahan kata2 org sekeliling. Aku!! outomatik aku akan kata : Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dah jodoh dia...Okeyy jawapan klise !!! sebenarnya aku akan kata : mesti si jejaka punya poket yang tebal, anak dato' ke bla bla bla....

Tapi sebenarnya Cantik dan kacak tu sesuatu yang subjektif kan.!! mungkin pada mata aku si jejaka nampak terlalu kacak lagi ossem namun tak semua punya pandangan yg sama kerana citarasa masing2 adalah berbeza. blum.gif

tapi jelita, kacak atau jelik...itu bukanlah ukuran sebenar...yang penting kita serasi dan boleh in dgn pasangan kita. kacak atau jelita tak menjanjikan kebahagian okey!! cukuplah si dia sejuk mata memandang. tak perlu jelita dan kacak di mata org lain, cukuplah jelita dan kacak di mata pasangan masing2. --> klise lagi biggrin.gif

atas sebab ni lah, org selalu duk kata, cinta itu buta walaupun cinta tu tak bermata. wub.gif

14 February 2012

Adele - ''Someone Like You''

sumpah!!! aku bukan lah peminat tegar si adele ni apatah lagi bukan jugak org yg fanatik gilakbabi terhadap muzik. tapi ada something dalam lagu ni yg membuatkan aku rasa nak dengar dan terus mendengar lagu nih. mungkin jugak cerita yg cuba adale sampaikan cepat sampai ke hati aku.

1st taim aku dengar lagu ni dulu. masa tengah pewai gilakbabi turun dari puncak tahan. terus jatuh cinta...hahahaha.

1st para lagu ni ajhe dah menusuk kalbu. so mmg kene dgr sampai habis la kan

'I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.'

so layan lagu sudahhh...tak yah nak kenangkan sangat lah cerita2 lama. sume tuh ambik sebagai panduan untuk kita terus bertahan....chillllll :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...