29 May 2015

burger arang @Loveats Tg Malim

 
 
 

Hajat nak merasa sendiri burger arang ni dh lama terpendam. cuma barubaru ni je hajat terlaksana.

16 May 2015

birthday Izzara

 
 
 

Selamat panjang umo zarra, moga kelak kau menjadi kebanggan keluarga. Rasa macam baru je potong kek dia yg pertama kali dulu. how time flies!!! btw, terima kasih abe tak pernah lupa kami dalam setiap acara keluarga kau..

selamat murah rezki jugak untuk kamu sekelaurga. ^.^




07 May 2015

Slamat Panjang Usia

Bulan May ni memang ramai orang terdekat aku meraikan ulang tahun Kelahiran. Boleh kata dari permulaan May sampai ke Hujung May. Memandangkan Amer, Ayem, Emak & Kak Ya turut sama meraikannya May ini, jadi jimat skit la duit beli kek aku. hahahhahahhahaha

Apapun Selamat panjang umor buat kalian. dan semoga apa jugak citacita kalian bakal menjadi nyata.
Selamat ulang tahun kelahiran juga buat kamukamu yang maraikan nya May ini.

04 May 2015

Benum Via Lata berembun

Hajat nak ke Benum ni dah lama terpendam dan bila ajheer ada yang ajak, aku memang tak lepaskan peluang. memandangkan memang tiada apapa aktiviti untuk minggu tu. Bagi aku yang memang dah sekian lama tak ada apaapa aktiviti peloh memang menangis la layan trek Benum.

Trail lutut ke dagu dari permulaan trek sampai ke kem dingin untuk aku yang tak bersedia mental dan fizikal memang agak hazab. muka senyum di awalawal treking tadi dah bertukar menjadi biru. mana taknya,  aku rasa dah habis tenaga yg aku keluarkan tapi kem site masih tak nampak tapaknya.

Dalam pukul 630pm, sampai jugak aku ke kem dingin. memang putus nyawa nak sampai ke kem dingin. 

 
 

Kata gogo hazab trail semalam akan ada kesinambungannya hari ni untuk ke Puncak Benum. Tapi trail semalam hanya 40% je dari trail yg bakal kami lalui hari ni. hailaaaaaa....hazab bergandaganda la jawabnya.

Untuk sampai ke Puncak benum, kau akan melalui trek bonsai yang sepatutnya kau takkan pewai pun dek kerana pokokpokok bonsai yg memang ohsem sepanjang trail. Tapi aku lain pulak yang jadi kat aku. pewai semalam terbawakbawak sampai ke hari kedua. dan akhirnya aku berhenti untuk berjalan. berhenti untuk meneruskan jalan aku ke puncak. aku putus asa setelah lebih empat jam mengharung trail dan hanya berbaki 2jam untuk sampai ke puncak. 

Sebelum ni aku selalu dengar orang cakap, 'Bukan puncak gunung yang patut kita kejar, tapi apa yang kita dapat sepanjang melalui nya' dan sekarang aku baru betulbetul paham makna di sebalik katakata tu. 


Sebenarnya, kat starting point sana memang ada air terjun lata berembun. Air dia memang jangan cakap la. rasa tak puas berendam oiii....memang tak tergambar denga katakata


sebelom terlupa nak rakamkan terima kasih sehingga infiniti En. yang follow saya sepanjang trekking ni. yang saksikan live jatuh tersungkur aku sepanjang trail. Dan pastinya aku akan ke sini lagi untuk melaksanakan misi tergendala ni. kalau pun bukan melalui Lata benum mana tau ada rezki melalui trail ulu Cheka.

01 May 2015

Menjejak Reflissia Lata Jarum @ Ulu Dong

Sebelom ni memang nama Lata Jarum pun aku tak penah dengar. Bila ada yg ajak aku on kan ajher memandangkan pada pikiran aku hanya trip santai sambil mandimandi. dah nama pun Lata kan. Jadi aku pun lenggang mak limah mujur jugak tak pakai tudung lilit alaala aida razzwil.

Rupanya ni trip menjejak Reflesia di Hutan simpan Peruas Ulu Dong. Dan aktiviti mandimandi lepas ajher penat menjejak Reflisia. 

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali melihat keturunan Reflissia. Pernah dulu masa trail gunung yg aku dah lupa lokasinya aku lihat anakanak Reflesia yg baru nak tumbuh jugak yang dah habis nyawa. Kali ni aku dapat lihat Bunga Reflisia yang hampir kembang. Kata Abang Azam selaku pemandu arah kami, dalam masa lebih kurang 9hari Bunga ni akan kembang. haaihhhh....takpe sekurangkurangnya aku dapat lihat sendiri bunga yg hampir nak kembang.

Sepanjang berada disini, banyak ilmuilmu hutan jugak sejarah kampung Ulu Dong yg abang Azam & Along Jali selaku Co-Pilot Abg Azam kongsikan dengan kami. Seharian di sini tak terasa masa berlalu. Banyak ceritacerita yang kami bualkan. 

Pastinya kami akan ke sini lagi. Teringin nak melihat sendiri Air Terjun 7 yang menjadi antara topik utama perbualan kami di sana. Cuma masanya entah bila. 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...