LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 October 2015

Tunaikan hajat Paan ke Sg Chiling





 

Hajat nak bawak adikadik aku ke Sg Chilling ni sejak dari sebelom puasa lagi. Dan barubaru ni je berpeluang bawak mereka ke sana.  Syukur!! sekurangkurangnya tertunai jugak Hajat. Yang paling berhajat Paan la si adik bungsu aku.

Aku sebenarnya agak takut la nak bawak adikadik aku naik sampai ke waterfall. Bukan apa, nak redah 5 batang sungai yang bukan calangcalang deras nya. Untuk korang yang dah biasa hiking atau untuk korang yang ada saiz badan normal rakyat m'sia aku tak heran. ni masing2 cikeding2 *sebenarnya perasaan aku je adik2 aku ni cekeding, hakikatnya tinggi mereke melebihi aku.

Syukur tiada sebarang kecelakaan dan trip mandimandi ni berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah. paan siap boleh tanya kakak dia yang sorang lagi tu "kakak Ok tak' setiap kali kakak dia tu benti. dan aku senyum sendiri.

Paan kata 'nanti kita datang lagi tau kak'. Dan aku angkat ibu jari tanda setuju.
Owwhh...Selamat berjaya dalam UPSR & SPRA Paan ^.^

Rajah Revisit



Trip yang aku confirmed 3jam sebelom bertolak. Mujur jugak mental masih mampu di kawal sepanjang trail. kalau tak memang hazab aku nak layan. 

Kalau pertama kali dulu aku sempat melihat matahari terbenam live dari puncak Rajah kali ni aku bepeluang pula melihat matahari terbit dari sana. Cuma kali ni nasib tak berapa nak menyebelahi kami dek kerana Jerebu yang menggila. sekejapsekejap je kami dapat melihat view dari puncak. Kebanyakan masanya di tutup kabus tebal.

Nak sampai puncak Rajah macammacam trail hazab yang kau kena tempuh. dari trail redah sungai, trail manjat batu, trail pangok lutut ke dagu n macammacam trail hazab yang naik bulu roma aku nak cerita. Tapi apa lah sgt trailtrail hazab tadikalau nak di bandingkan dengan view superb kat atas sana kan.

Teringin pulak nak rasa trail Rajah via KKB. anyone?? :D

20 October 2015

Berembun Falls @Jerantut

Siape yang tak mau melihat dan merasai sendiri kesejukan air terjun yang katanya masih dara di Jerantut ni. Jumaat lepas kami seramai 36 peserta berpesta air di Berembem falls yang pernah menjadi viral dulu.

Untuk sampai ke kemsait, kami perlu berjalan dalam 5minit selepas merasai pengalaman tak mampu aku nak lupa melalui trail 4WD. 

Setibanya di kemsait, aku agak kecewa kerana aku tak nampak waterfall seperti yg di viral kan sebelom ni. rupanya waterfall yang aku caricari berada di sebalik batubatu yang kau perlu sabar sikit je lagi untuk bermesra dengannya.

Dalam pukul 3petang baru kami berpeluang menikmati sejuknya air terjun ni. Sejuknya memang lain macam. walaupun aktiviti air bukan lah kepakaran aku, aku memang tak lepas peluang menjelajah ke segenap ceruk penjuru. Make sure pakai life jacket yerrr...kalau tak, memang tak berpeluang lah kau nak berendam. Dalam kot. tak timbul aku sat g. :P

Tuk korang yang sukakan aktivitiaktiviti air, apa salahnya cuba sendiri nikmatnya tiruk di Berembun falls ni. Tak rugi!!!

12 October 2015

Mat G dah kawen!!!

 

Selamat dah Mat G jadi suami kepada cinta hatinya. walau dugaan yang datang kadangkadang buat kau rasa nak give up. semoga selamat semuanya. Semoga menjadi suami yang diidamidamkan isteri. Kami doakan yang terbaik. yang dah lepaslepas tu jadi kan sebagai pedoman hidup!!