29 January 2014

nasek kawen Nurul-Zahrin

Cuti Thaipusam tu hari berkesempatan ke Kuantan meraikan hari bahgia teman serumah aku. tak sangka dah kawen makcik sorang ni. Lepas ni payah lah nak ajak lelepak sama dah. ye la dah kena mintak izin kan.

Apapun aku sentiasa doakan, semoga janji sehidup semati korang akan di permudahkan. Selamat pengantin baru sahabat.!!!
am waiting for my groom
Loner? i'm not! 

10 January 2014

bangun

biar aku terus berjalan
walau tak mampu berlari
sekurangkurangnya
aku tetap move on

06 January 2014

ber new year di tabur east


memanjat bukit tabur di waktu malam hari memang susuatu yg mengujakan. Kalau ada yg kata kami menempah maut, silakan. pada aku, risiko ada di manamana, yang penting hatihati setiap masa. keadaan trail yang pada aku bercerun curam, memang memerlukan kau berjagajaga dan berwaspada. Dan memandangkan bukit tabur antara bukit yang menjadi buah mulut yang kerap menyebabkan kecelakaan dan kematian, kami memanjat dengan penuh hatihati.

Misi kami memanjat bukit tabur sambil menyaksikan pemandangan malam tahun baru dari sudut yang berbeza. memandangkan kami bermula agak lewat dek kerana jammed luarbiasa di MRR2 maka misi menyaksikan pancutan juga taburan bunga api dari puncak tabur adalah mustahil. Tapi di pertengahan jalan kami sempat menyaksikan simbahan bunga api di langit Kuala Lumnpur. Jadilahhhh

Kalau dulu aku berkesempatan ke puncak West, kali ni aku berpeluang menakluk puncak east. Pada aku tahap kesukarannya berada pada takuk yang sama dan punya daya penarik tersendiri. berpeluang menyaksikan kehadiran mentari di puncak tabur merupakan satu momen yang pada aku sangat priceless.!!! SUMPAH..!! segalagalanya priceless di sini.

# semalam ada lagi kes kecelakaan di tabur west. alahaiiiii... 

03 January 2014

sg. chiling punya cilita

Ini boleh kira sebagai unplanned trip Cuti Christmas hari tu. memandang kau memang takde plan taim tu, aku On akan ajher pelawaan si pojai tuk bertiruk sakan kat Sg. Chiling. So pepagi subuh shafie aku dah gerak sendirian ke pekan Kuala Kubu Bharu. memandangkan hari tu cuti umum, maka memang ramai lah pengunjung chiling kali ni. 

Ingatkan ini hanya aktivi santaisantai mandimandi ajher, rupanya untuk sampai ke puncak air terjun, kau kena melalui trail yg merentasi 5 batang sungai. Bukan calang2 sungai yer. aku rasa ada satu atau dua sungai yg berketinggian paras pinggang aku. bukan tu ajher, kau juga perlu melalui trail lutut ke dagu dan melalui lereng air terjun. kat lereng ni kalau salah langkah memang naya. alaahaaaiiiii, nak mandi2 pun hazab.

Tapi air terjun yang trailnya hazab giler tadi memang superb oiiii. tak rugi kau merentasi sungai, menghadapi trail lutut ke dagu trail lereng ke gaung. segalanya terbayar dengan terlihatnya airterjun yang giler ossem nih. 

memandangkan aku memang tak reti berenang, aku hanya memandang penuh jeles kawankawan yang duk sakan tiruk sampai naik lebam badan tuh. Aku hanya mampu bermain di gigi sungai. alahaiiiiiiiii...apakan daya.


sesekali bersantaisantai layan air terjun memang heaven. selalu sangat duk layan trail mendakia ajherkan. apakata sesekali layan tiruk meniruk plak. best kot.. xrugi. sumpah.!!!

01 January 2014

new year greating

bumi KL dari puincak TaburEast

semoga apa jugak azam yang belum terlaksa akan terlaksana juga
jangan pressure pressure
santai santai saja
selamat tahun baru 2014
me! takkde apa yg nak di kejarkan
takde azam
cuma harapan dan doa
semoga hidup aku baik baik saja
lebih baik dari sebelumnya

#aku sempat ber new year di Tabur east semalam. nanti aku kongsikan yer..!! ^.^ HAPPY NEW YEAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...