30 July 2012

nostalgia ramadhan



sekejap jer rasanya dah masuk hari ke seploh kita menunaikan fardu ramadhan. tringat aku nostalgia ramadhan zaman kanak2 a.k.a zaman nakal2 dulu. Kalau dulu masa mula2 nak blajar berpuasa abah akan bagi upah seringgit setiap sehari aku dapat puasa penuh. so, taim tu mmg aku akan berlumba2 dgn abang2 aku yang lain cara nak buat collection duit raya jalan mudah.

berpuasa sambil bersekolah dulu, mmg betul2 menguji kesabaran. mana tak nya mengayuh beskal setiap hari dgn cuaca panas terik mmg betul menguji ketahanan mental...hailaaaa...tu la sebabnya aku dulu akan pastikan aku akan membawa tuala kecik ke sekolah untuk aku basahkan dan aku tembab di seluruh muka...panas kata.

Lepas tamat sesi sekolah petang, mmg mengira detik berbuka ajher lah aku. nak main ting-ting rounders bagai mmg tak larat la kan. so, duk menepek depan TV sambil layan drama rumah kedai ajher lah. Dalam kepala mmg dah terbayang air milo air oren bagai.

lagi satu kenangan dulu yang aku rasa dah tak di praktikkan lagi sekarang ni, sapa2 yang tak puasa tidak dibenarkan sama sekali menyertai orang2 yang berpuasa berpuka puasa. kene tunggu kami selesai berbuka baru lah orang yang tak puasa ni boleh makan. nahhh hambekkkk!!! saper suruh malas nak puasa...:P

Tu belum lagi masuk bab lepas berbuka tuh. main lawan2 mercun kabaid saper paling power. hailaaaa...indahnya zaman kanak2 dulu. mmg priceless. Orang kata kenangan zaman kanak2 mmg indah. aku kata pulak, mana tak indahnya kalau kita bebas buat apa sajer yang kita suka tanpa batas. dah nak masuk 3series ni, serba serbi segan kan..!!!!

09 July 2012

Floria Putrajaya 2012

Aku berjalan dalam sebuah taman yang maha indah
di penuhi dgn bunga2 yg mekar kelopaknya
segar indah susunan warnanya
ada bermacam warna..... ungu, kuning, biru, jingga, oren, merah
namun setiap tangkainya di penuhi duri
untuk manusia yang selalu mematah kelopaknya
Aku bersyukur dipilih untuk berada di kebun bunga ini

02 July 2012

pesta makan2 buahan tempatan

ini cerita makan2 buah di Antarabandar. Rasanya dah 3 taun kowt acara makan2 buah dah tak di adakan. dan semalam acara makan2 ni di hidupkan semula. tapi rasanya makan buah 3tahun lepas lagi feel dari kali nih. Mungkin acara ni di adakan pada taim yg tak kene. orang kata taim ni bukan taim mengawan tuk buah-buahan tempatan ni terutamanya durian.

apapun terima kasih daun keladi lah pada management antarabandar yang menghidupkan semula acara nih. hopefully acara makan2 macam nih dapat dijadikan acara tahunan macam sebelum ni. Bukan sajer sebagai medan kami nak makan free, tapi yang lebih penting kami dapat menggedix sakan di depan lensa.

berpesta di pesta buku

lately ni asik duk berpesta ajhe..jumaat berpesta durian di Antarabandar, ahadnya plak berpesta sakan kat pesta buku SACC. bagi ulat buku dan penggemar buku tegar, event2 macam ni mmg saat yang di tunggu2 setiap tahun.

So, memandangkan plan menggunung wiken ni semuanya xmenjadi, aku dgn jayanya telah memaksa satu2nya adik pompuan aku yang rupawan, supaya mengheret aku sama ke mana saja aktiviti dia weekend nih. so, sabtunya aku berjaya memujuk nya supaya membawa aku ke KL. huaaaaaaaaaa.......jenjalan KL dgn si adik mmg heaven wooooooo......:)

Dan ahadnya pulak aku berjaya meracun dia lagi untuk ke pesta buku selangor di SACC. memandangkan awal2 lagi aku dah listkan buku2 yang aku nak beli. so, kira senang dan cepatlah kerja aku. carik booth pilihan dan grab ajher mana2 yg aku dah liskan td. Tapi harem jugak lah...aku dah tergrab 2 buku yg xde dalam senarai aku. dan tertinggal 2 buku jugak yg sepatutnya aku grab.hailaaaaa...!!!

buku2 yang aku dah grab...tp tatau bila plak nak khatam nih. yg beli taim KLIBF ri tu pun ada yg tak terbaca lg...:P

Antara buku hasil tangkapan iza. dan aku nak blajar baca buku2 yg mcm ni pulak. mana lah tau jatuh cinta kan..!!!

memandangkan kami dah dapat apa yang kami nak. apalagi pulang ke pangkal jalan la katanya. Dengarnya, ada lagi pesta yg sedang berlangsung Putrajaya. harap2 sempat lah ke sana nanti. Mana lah tau jumpa orked2 rupawan yg boleh di titip buat mak tersayang.

klisenya, kta tuai apa yg kita tanam


mungkin rasa kita sama
atau mungkin ada yg sedang bersukaria
tapi apa ku kesah dgn apa kau rasa
mungkin bunyiknya kejam
tapi itulah hakikatnya
Tuhan...aku kecewa
tapi mereka kata
tak perlu merasa kecewa
kerana itu apa yang kau tanam dulu
Tapi, aku kata itu klise
mungkin masanya hampir tiba
tapi aku tak pasti dimana
cuma aku yakin ada penamatnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...