30 October 2013

kek hari jadi


Buffday kak la. kami tukang sebuk ajher. yang mastermind, tentutentu la si abe. org kata rezki jangan sesekali kau tolak. memandangkan ini sambutan hari lahir isteri tercinta abe, takde la acara menepung tawar, letupan bahan2 terlarang maupun semburan cairan buih mulus atau berskala hijau pepel kuning. mau kami kena smack siasia dgn abe kang. carik maut namnya tu. 

Sebiji kek bukan sekadar kek. dia membawa banyak makna. kasih sayang, ingatan, rasa manis tentunya. Apapun, doa kami semoga kak la sentiasa sehat, sentiasa bahagia, sentiasa dalam redhoNya. amin.

menghoyan makan doyan

bayar RM 20 dan makan lah sampan pengsan. Ini cerita menghoyan makan doyan dulu, niatnya sudah aku sampaikan lama cuma hajat terlaksana setelah aku rasa seakan tiada harapan. mencarik pemakan durian tegar yang boleh diheret bersama selepas waktu kerja bukan lah kerja yg sangat senang. Tapi hari tu entah bagaimana tibatiba seorang yg aku kira bukanlah pemakan durian tegar mengutarakan hajat membawa kami ke lubuk durian di SS2 PJ. 

Aku yg sememangnya tertunggu2 akan ajakan serupa ini tak tunggu lama untuk mengatakan ya.  tanpa lengah ajakan azam aku sambut dengan senyum lebar. Selain aku n azam, paduan Pop & bubul, melengkapkan team makan durian kali ni.

Sememangnya  di sini deretan kedai2 durian boleh membuat kau pusing. gampang!!! pilih ajher kerusi meja mana yang kau rasa selesa. dan makanlah sampai kau rasa kau dah tak mampu nak hadam. makan durian ditemani musik2 klasik dalam otak memang sangat heaven.!!!

 

Macam2 jenis durain yang aku kira entah dari jeruk mana punya nama kau akan jumpa kat sini. kalau sebelum ni kau hanya tau D24 Musang King kat sini lebih dari sepuluh nama durian kau akan jumpa. percayalah. korang memang patut cuba..!!! ^.^

#memang pengsan durian belum nak hadam dah duk bantai nasik lemak depan pasar babi.

28 October 2013

terang

apa yang kau pendam..?
lepaskan...
apa yang kau tunduk bisu?
luahkan...

biar semua terang

18 October 2013

Tebu oh Tebu

Gunung Tebu. Aku membayangkan aku akan melalui ladangladang tebu atau sekurangkurangnya adalah sebatang dua si pokok tebu sepanjang trail menuju puncak Tebu. Tapi jangankan pokok, akarnya pun aku tak nampak. Kata abang guide Gunung Tebu banyak menyimpan ceritacerita mistik. jugak menjadi tempat pertapaan bagi golongan mununtut ilmu dunia. Katanya lagi kat atas sana ada makam org zaman2 dulu jugak ada batu bersurat yg kita boleh nampak dengan jelas.

Alahaiiii....!!! ceritacerita buat aku cuak pulak. tapi memandangkan kami tak berniat jahat sekadar manikmati keindahan ciptaanNYa, kami bulatkan semangat melalui cabaran Tebu.  

Selepas sedikit taklimat dan bacaan doa, kami seramai 40 peserta memulakan langkah menuju puncak. Di awal trek, kami di hidangkan dengan trail santai yang tak memerlukan kami menggunakan teknik pengawalan pernafasan yg ber etiqa.

Trail sebenar kami hanya bermula selepas kem batu Mat Hassan. trail hazab yang memang tak bagi diskaun langsung. Trek lutut ke dagu yang aku kirakira memang menggangu emosi aku waktu itu. Naknak pulak sesampai ajher di puncak tiada siapa. kosong..!!!! rupanya kami akan bermalam di kemsait bawah yang dekat dengan punca air.

Trail puncak ke kemsait memang ossem. Sumpah!!! segala azab mendaki tadi hilang. dengan jelas laut china selatan depan mata. kami tak lepas peluang merakamkan moment2 terbaik bukan ahjer dengan lensa kornea tapi juga lensa kamera.
  

Rupanya, di kemsait juga, kami di hidangkan dengan jelas pandangan indah tadi. Syukur kami selamat naik dan turun walaupun ada yang terpaksa di gendong akibat kecederaan serius. apapun semangat berpasukan dan setia kawan di sini aku sangat tabik. Semua memainkan peranan dengan baik. SYUKUR..!!! 

Trail Tebu memang menyimpan seribu satu cerita. Penuh dengan cabaran Tapi semua cabaran menjadi mudah dengan adanya semangat kerjasama yg padu. Kepenatan akan hilang demi melihat view superb di celahan trail. Pemandangan laut china selatan, belum lagi view malam, matahari terbenam terbit. Alahaiii.....!!! semuanya memang Priceless yang takkan tapat kat manamana. Percayalah..!!! payah dan penat itu sementara. tapi keindahan tu selamanya. walaupun akan rosak dek bencana, tapi memorinya tetap ada. selamaya..!!!

03 October 2013

cakap pada tangan

Kalau semalam aku agak sedikit berharap
meminta agar hari ini lebih baik dari semalam
awal pagi masuk kerja tadi
tak sangka menerima sekeping maaf
aahhhhhh....Sayang
bukan dari seseorang yang aku nantikan

#memang aku dah berhenti berharap...dulu..lama dulu.

02 October 2013

samar

Pulang semalam terus rebahkan badan di sofa. lena
tanpa menyalin baju kerja
tanpa membersihkan debu di muka
tanpa berbuat apa apa

Hari ini masih seperti semalam. sama
Cuma aku agak sedikit meminta
agar semua akan lebih cerah dari sebelumnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...