27 March 2012

siri jelajah johor : air hitam

menjejakkan kaki buat julung kalinya di pekan air hitam membuatkan aku hampir sawan. mujur jugak aku tiada apa2 kegilaan untuk membeli itu taim. macham2 ada di sini...dah macam ASTRO plak..!! dari buah-buahan, kerepek2, mainan kanak2, alat perhiasan rumah, nak carik bear, carik barang hantaran kawen pun kat sinilah tempatnya.

misi kami hari tu hanya untuk mencari elmo si kak ai, tapi entah macamana macam2 pulak yg aku grab. tak pe lah kan... bukan senang dapat mai sini. next taim tak tau bila pulak dapat mai. tapi aku mmg dah menanam azam nak bawak mak-abah mai sini. nak tengok pulak macamana pulak 'seronoknya' beliau nanti..hehehehehe

Dek kerana misi kami mau mencari elmo si kak ai, boleh dikatakan setiap kedai menjual patung kami masuk. mujur jugak aku bukanlah penchinta tegar bende2 macam tuh. kalau tak mmg ranap jugak lah aku. Tp aku tatau plak Din sdg meng-usha sesuatu untuk istri yg ditinggalkan kesorangan di kota batu sana. so suweiiitttttttt lah ko din. musti su terharu gilakbabi.

muka ajhe ganazz dlm hati ada taman bunga rupanya pakcik buldozeer ni... teristemewa untuk isteriku terchinta katanya >.<'

azam kata nak carik brng2 kawen kat sini nnt.... senang idup katanya, xpayah susah2 p alaska --> eh! SUKAHATI aku la nak sebut ceruk negara mana pun:P

ossem sekali anak dara pacik ishak yg sorang ni :)

tengok2, perot sape paling bhoolattttt...:D

owwhhhh, dah macam makcik2 felda kome...:D

dah penat berjalan, penat menghoyan, penat bersoping dan berposing di sini, kami menghoyan pulak ke destinasi seterusnya yg aku sendiri tak pasti duduk letak gratitude serta magnitude nya. Owwhhhh, Demmmm apakah tetiba plak kereta azam terasa sempit...hailaaaa, apakah yg korang telah lakukan ni....soping sakan nampak...!!!

siri jelajah johor : Kluang RailCoffe

Kluang RailCoffee. Kalau sebelum ni aku hanya mendengar tentang KRC dari mereka2 yg pernah ke sana. Tapi kali ni, aku dapat nikmati sendiri kelazatan sebenar Kopi dan Bun nya. dari hasil penggugelan aku, tak sangker rupanya kedai kopi ni dah wujud sejak taun 1938 lagi...owhhh...dah 74 tawun occayyyy..!!!!

dan baru ku tahu kenapa sebenarnya dia di namakan railCoffe. Kerana kedudukannya yg betul2 bersebelahan dgn railway. Rasanya kalau tgh2 syok2 duk menyedut kopi ais sambil di temani bunyi keterapi sdg meluncur mesti mmg sangat heaven lah saat tu.. :)

Kata azam menu wajib kalau ke sini adalah kopi + kaya bun + telur masak halfway. So, mmg tiga2 menu ni aku bedal. Bagi mereka yg menggemari kopi like a cipan mmg kat sini lah tempatnya. Baunya sajer dah membuat hati saper2 sajer bergelora. heaven..!!!!

KRC yg dorang duk2 sebut2 selama ni sekarang dahpun aku jejaki. esok2 kalau anak cucu tye aku bolehlah eksen crita bahawa aku juga pernah ke sini dulu.

Selain menjejakkan kaki ke KRC, aku sebenarnya menyimpan hasrat --> ececehhh. aku mau mengedix sakan di railway. di atas landasan keretapi occayy!!! dan sejak semalam lagi aku duk ingatkan mereka bahawa aku nak sangat menggedix2 sakan di sana nanti. so dah sampai sini... apalagi.... menggedix mode on..!!! tapi mujur jugak pakcik2 penjaga landasan KTM ni tidak melihat aksi terlampau kami. kalau x, mau jugak kami di hambat dan di rembat. Terima kasih kawan merialisasikan salah satu hajat di hati aku ni...:P



Kiranya walaupun hanya di salah satu daerah kecik di Johor, seharian kami di sana terisi dgn panuh. dan rasanya kalau bagi kami seminggu pun kompem2 akan terisi dgn penuh juga. Cuma persoalannya poket kami terisi dgn penuh jugak kah!!..hehehehehe

owhh...semakin aku google, semakin aku kompius..!!!

23 March 2012

Muhammad Jibrel Darem bin Mohd Affandi


Muhammad Jibrel Darem bin Mohd Affandi, selamat di lahirkan di salam medical centre rabu lepas. Alhamdulliah ibu n baby selamat tanpa apa2 kompilasi. tahniah buat kak muli n abang Di. Dua tiga taun lagi kene lahirkan sorang lagi baby untuk lengkapkan 2 pasang.

Apapun, pastinya kami semua sangat gumbira dgn keharadiran jibrel dalam rantaian keluarga ishak dan mariah. semoga ibu n ayah akan bertambah bahagia dgn kehadiran baby baru ni. somoga jibrel akan menjadi soleh seperti yg ibu ayah harapkan........:)

siri jelajah johor : nasik daun pisang

nasik daun pisang bukanlah sejenis nasik yg ala2 nasik goreng kampong atau nasik goreng cina tu. Tapi set nasik yg dihidangkan di atas daun pisang. bukan yg layu, bukan jugak pinggan yg berbentuk daun pisang. ini daun pisang segar occay!!

Memang ni pengalaman pertama aku menikmati keunikan rasa nasik beralaskan daun pisang ni. terasa seperti berada jauh dari ketamadunan. hikhikhik. Kalau diikutkan rasanya sama je kalau makan di pinggan dgn daun pisang ni. Cuma menikmati nasik daun pisang punya Feel tersendiri yg patut di cuba.

Mereka kata, kat bangsar pun ada jugak restoran yg menyajikan nasik beralaskan daun pisang. besok2 kalau agak2 teringin mengembalikan memori daun pisang, boleh jugak melepaskan gian kat sana.

siri jelajah johor : Segamat mencari McDota

Pekan segamat tak banyak beza pun dgn apa yg ada di tg malim. sibuk dgn perbagai macam ragam manusia. asalnya aku plan nak mencari kalau2 ada kain pasang terbayek kat sini. mana la tau ada kain marbeles dgn harga runtuh.

Kiranya Misi aku di Pekan segamat nampaknya hampa kali ni. nak2 pulak si din ngan azam berpaling tadah lepas dapat apa yg mereka hajatkan di pekan segamat nih. Dan pulak sebenarnya din dah ber ura2 nak bawak kami ke pekan segamat 2. tapi jangankan segamat 2, signboard nya pun aku tak berpeluang nak tatap. kalau mengandung kompem2 baby aku ngences..isshkkkkkkk palis!!!

Dek kerana misi aku mencari kain pasang di segamat gagal, misi seterusnya mencari restoran makanan segera mcdota. APAKAH..!!! entah aku sendiri pun takkan tau tentang kewujudan restoran ni kalau aku tak terbaca dalam blog hampeh dulu.

Jenuh jugak la kami memusing satu pekan segamat hanya kerana 'ayam goreng kunyit' nih. Penat berjalan, jenuh mengoogle, tak jugak kami jumpa magnitude serta gratitude sebenar restoran nih. Azam yg seakan putus asa menunjukkan muka hampa. tp orang tua2 kata menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Dan akhirnya kami jumpa jugak restoran nih setelah azam menunjukkan logo ayam McDota di HP canggihnya kpd din...apa ke choii lah korang ni kan...dari td tayang xde la jenuh kita menapak. nampak biasa. Munkin kekurangan promosi membuatkan restoran ni sunyi walaupun dah 30tahun bertapak. Bangunan kedai lama membuatkan aku rasa xmau masuk kalau berjalan sendiri kat sana.


Hoyeeeeiiiiiiiiiiii....eksaited giler kami dapat makan 'ayam goreng Kunyit' tu. ayam goreng biasa tp ada rasa tersendiri yg aku xboleh nak explain. Apakata kalau korang rasa sendiri keunikan rasanya.

siri jelajah johor : bukit kepong

siri jelajahan diteruskan. kali ni kami ke lokasi di mana balai polis bukit kepong zaman perang dunia ke2 dulu bermukim. berdiri di sini mangingatkan aku akan suara2 jins shamsudin dalam cerita bukit kepong yg pernah dimainkan dulu.

tapi sayang seribu kali sayang la, xdapat tour ke dalam balai Polis tuh. Tapi tyme kami menyinggah ke sana mmg ramai jugak yg berhenti melawat BP ni. masing2 berwajah hampa termasuk aku xdapat masuk melihat sendiri apa yg ada kat dalam sana. mungkin penjaga pintu bercuti meraikan majlis perkahwinan saudaranya .


Dek kerana balai polis n tanah kubur bukit kepong ni terletak berdekatan je, sempat jugaklah kami mensedekahkan Al-Fatihah kepada prajurit2 negara yg mempertahankan tanah air 62 tahun dulu. dan2 balik ni aku nak ulang tengok cerita Bukit Kepong. dan tetiba plak aku jadi penchita sejarah m'sia.

siri jelajah johor : labis

menjejakkan kaki ke johor setelah rasanya 11 taun kot tak ke sana. owhh...nostalgia sekali siri penjelajahan kali nih. 2 hari mmg tak cukup nak menhabiskan 1 johor. rasanya kalau bagi seminggu pun belum tentu cukup.

so, siri ke johor kali ni kami mulakan dgn menjelajah pekan labis memenuhi undangan kawan sekampung si din kat sana. sebelum memenuhkan perut kami dgn nasik kawen sempat kami menyinggah ke rumah ayahbonda Din. taksangkeryer (pinjam ayat azam jap) mak din sooo nice.... comel ajher....berbeza plak dgn din si bulldozer. lagi satu, mak din ni penchinta kucing...manyak giler kucing kat umah tu...dah macham pusat peliharaan kucing plak....

dalam rumah din pun korang nak posing...:p

kucing ni comel gilakbabi...aku nak rembat tapi mak din kata : nonono !!! sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan >.<

owwhhh, malu2 plak dia!! aku bukanlah penchinta sejati kucing , tp melihat kucing2 ni buat aku tringat adik2 aku kat kg. krn mereka mmg penchita tegar haiwan peliharaan ni

berlatarbelakangkan rumah-kedai pakcik iskak-makcik noorlida a.k.a makngah

dalam kedai makngah: manyak barang2 nostalgia kat sini...heaven!!!

klasik : ni salah satu drpdnya, oren bodoh

din kata satu lorong ni semua kerabat dia...so, senang klau raya, xpayah travel jejauh..:)

so,misi makan nasik kawen kami diteruskan. kalau kat kg aku, around jam 2-3ptg mmg tyme mengemas khemah. tp berbeza dgn kat cn. jam 2ptg lah tetamu datang menyerang. mana taknya tyme ni jugak lah pengantin mula berarak. so, tyme kami mai mmg tapat waktunya dgn kedatangan pengantin.

makan nasik kawen tyme...amik berkat dulu :)

walaupun perut dah ala2 paras bottle neck, nasik kawen tetap kami bedal

selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...:)

owwhhhh....di akhir cerita baru nak kenalkan makngah n pakcik iskak...terima ksih daun keladi...:)

siap bersantap kami meneruskan misi kami ke destinasi seterusnya. tak sabar aku nak melihat keindahan negeri johor ni...ye ke indah...??? blank jap...apapun aku dapat bayangkan siri kali ni lebih happening dan havoc dgn ter'in'nya mak pinggu katik, azam dan din.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...