Seingat aku aku sempat menonton muvi ni masa zaman2 si potter tu baru nak belajar kat sekolah sihir tu dulu. itu pun dah ingt2 lupa.....:D
28 July 2011
Layan Harry Potter
Seingat aku aku sempat menonton muvi ni masa zaman2 si potter tu baru nak belajar kat sekolah sihir tu dulu. itu pun dah ingt2 lupa.....:D
17 July 2011
football fever
pada aku perlawanan persahabatan seperti ini merupakan medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing serta mereka boleh menjadikan perlawanan tersebut sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia nnt.
Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali mmg awesome le semalam......walaupun kalah 6-3, pasukan harimau Malaya mmg terbayekkk..........aku salute pada semangat setiap pemain semalam, walaupun dh sampai pada minit2 terakhir, mereka tetap menunjuk aksi2 menarik penuh bertenaga....tapi Hero semalam mesti la safee sali kan...:)
12 July 2011
GIG ditv9
pada aku berkesempatan melayan Gig seperti ni dapat meguraikan kekusutan fikiran atau ape2 ajhe yg berkaitan. xkisah la kalau ada yg kata 'too old la to layan bende2 macham nih....' lompat2 berpeluh, hanging banging, goyang kan kaki sekurang2nya melayan apa ajhe yg didendangkan oleh stereo... terasa sgt heaven..
dek kerana terlalu awal disana, kami berpeluang menyaksikan barisan artis yg terlibat buat sound check dlm gig nih... mendengar suara si lan the type writer menyebut 123 soundcheck ajhe buat aku sawan..... perghhhhhhhhhh....hampir gugur jantung aku.......:D
lineup gig 'pertama kali' aku seperti awie rafael, the azender, drama band, projek pistol, pesawat, lan the typewriter n awan band. banyak jugak la nama2 besar untuk 1st gig aku nih....:D...so, aku xkan lepas kan peluang menikmatinya....
memandangkan show hanya akan bermula pada sebelah malam (pukul 2 okey kami sampai, gila awal) so, mmg satu taman i-city tuh kami teroka, walaupun agak hambar dek kerana tiada warna-warni lampu kebanggaan rakyat jelata, tapi kami tetap menunaikan tanggungjawab kepada cik kamera kepunyaan azam....
so, malam tu mmg aku enjoy giler...nak2 pulak dapat menghidupkan semula salah satu rasa enjoy yg dah lama aku kapan kan.....apa ape pun aku pasti akan melayan gig2 seperti ini lagi jika berpeluang.....
mamat ni paling hyperactive pada aku....aku tatau apa nama lat muzik yg dimainkan....tapi keletahnya membuat aku tertarik...:O
kami ditengah2 kebanjiran penonton....
crowd itu malam...walaupun xberapa nak ramai tapi tetap happenning
suprise : kemunculan panjang, ayam, botak yg dah berambut n sape ek lagi sorg tuh... menghidupkan suasana...;)
11 July 2011
mati itu pasti
Mungkin inilah yg selalu dikuatiri oleh para ibu setiap kali anak2 mereka pergi meneroka alam yg satu ini....tapi pada emak n abah selalu ku titipkan tentang ketentuan TUHAN....ajal maut ketentuanNya....ajal akan datang walau dimana pun kita berada...... dan pernah juga dulu aku bahaskan tentang statistik kematian di jalan raya berbanding di puncak sana.....ternyata kematian disebabkan kemalangan jalanraya adalah lebih tinggi jika nak dibandingkan dgn kematian jika berada dipuncak mana sekalipun...Ya....alhamdulillah mereka memahaminya......
kecelakaan atau risiko akan ada dimana2. langkah berhati2 itu yg utama...namun kehendakNya mmg kita xmampu melawan...percaya atau tidak apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. AL-FATIHAH buat arwah...semoga beliau ditempatkan dikalangan para solehin..amin....
08 July 2011
masa lalu
pernah x korang terfikir andai kita diberi satu kesempatan luar biasa untuk memutar kembali masa, agar kita dapat lakukan yg baik2 ajhe dalam kehidupan kita..agar segala kenangan yg tercipta adalah kenangan yg indah2 sahaja untuk dikenang....andai peluang yg sgt luar biasa itu wujud, apa agaknya yg akan kita lakukan saat itu....!!!!!! ahhhhh....benci nya aku hidup dgn perkataan andai, kalau atau ape2 saje yg mmberi harapan palsu....!!!!
tapi pujangga ada berkata...kenangan adalah guru terbaik untuk kita belajar melalui hidup dgn lebih cemerlang...kita xkan tau nilai kehidupan tanpa melaluinya. percayalah kita bertuah kerana terpilih untuk melalui kenangan yg agak pahit ini....sedar atau tidak dengan begini, kita akan menyimpan erat kenangan pahit ini sebagai jaringan bagi segala tindakan kita di masa depan.
namun, aku sgt bersyukur masih punya masa untuk membetulkan kekhilafan dulu... percayalah DIA xpernah lelah memberi slagi kita meminta dgn ikhlas..yakinlah...DIA menjadikan sesuatu itu bersebab.....
05 July 2011
atin E day
kalau nak diikutkan dah berapa banyak entry aku pasal kezen aku yg ni bertunang la yg tu betunang la...yg sana kawen la yg turn aku sndiri entah bila...dandan bila tyme kumpul2 cam ni banyak la soklan2 cepuemas dari makcik pakcik aku nih....sampai xlarat nak jawab...nak jawab si farid kamil bz ngan filem 123 cinta kang sia2 kene smack ngan mak aku......sudahnya jawab muda lagi je la......hehehehehe
berbalik pasal cite si aten tadi, majlis yg aku kira sgt grand ini berlangsung dgn jayanya alhamdullah...nnt kenduri kawen mau dia buat 7h7m kot....ye la menyambut menantu sulung kan...:D
disebabkan kezen aku sorang ni payah nak seyum ni je yg aku rasa senyuman paling manis yg dia bagi.....so nampaknya sebelum majlis rasmi nnt kene la praktis siang malam memberi senyuman paling hebat xkira pada lensa atau tetamu yg hadir......
pepepun tahniah buat aten n mamat, semoga hajat kalian ke jinjang pelamain di makbulkan ALLAH..aminnnnnn
biru merah
Aku bukanlah seorang yg sangat obses pada warna biru kundang ni, sehinggakan semua barangan peribadi harus bertemakan warna itu (sambil aku memblink2 kan mata). Tapi ada sesuatu yg menarik tentang warna ungu ini. Sedar tak sedar sebenarnya, dalam banyak hal selalunya campuran warna garang dan lembut ini akan memberi aku satu ketenangan yg sukar digambarkan....:P
01 July 2011
stalker?????
bila bcerita tentang stalker ni...sbnarnya kebanyakan kita stalker dan menjadi mangsa stalker kan.....!!! cuma kita sedar atau x je...stalker yg aku maksudkan kat sini bukan la stalker yg macam citer agen007 tuh....ni lebih kepada virtual stalker....
pada aku.. aku suka duk stalked FB atau blog org lain bukan sebab nak tau tentang mereka apatah lagi nak pastikan hidup mereka jahanam untuk aku meraikannya...,tapi ada yang menarik tentang mereka tu untuk aku pelajari. aku suka stalker mereka yang yakin, berjaya, cantik/kacak , ada kelebihan n yg paling penting punya minat yg sama macam aku......