19 February 2017

Mini gathering gadis semasa @Rizqin Steamboat & Grill

Gathering kecilkecilan penghuni 090507 dulu. Tanpa Dayah dan Ani memandangkan masingmasing sibuk ber anak Kecik. Rasanya last gathering macam ni tiga tahun dulu kot. Kalau di kira jarung jarak yang memisahkan keberadaan kami boleh je nak gathering harihari. Tapi dek kekangan masa yang tak penah nak cukup, walau dekat mana pun tetap susah nak berkumpul. Maklum la sebahagian kami dah ber title ibu dah isteri.

Kali ni gathering kami di Rizqin steamboat. First time cuba tempat ni. OK la dengan harga yang di tawarkan. Susah nak jumpa steamboat & grill dengan harga kurang RM 20 kan sekarang ni. 

Apapun selamat maju jaya untuk kawankawan semua..ada masa kita bergathering lagi. Mana tau lepas ni perancangan ke Pulau Kapas di perkenan kan Nya. In Sya Allah :)

17 February 2017

JOKI

Dah semua nak ber'joki'
Agakagak joki apa paling laku keras lepas ni

aku tertunggutunggu 'joki' Maki
boleh kirim kan makian tru orang tengah
aku tulis teks makian
kau makikan untuk aku

10 February 2017

Kerabu sare

First time makan apatah lagi tengok. Only in Klantan ni. Sempat juga bertanyakan orang tempatan di situ, katanya kerabu sare ni atau nama lainnya kerabu rumpai, makanan wajib jumpa taimtaim keramaian macam kenduri kendara.

Rasanya boleh di terima tekak. sedap juga. Kalau korang berkesempatan ke negeri Cik mek Molek jangan lupa carik kerabu ni. 

Asah reket jumaat malam


Sekarang aku dah ada aktiviti tetap malam sabtu setiap minggu. At least takde la malammalam aku duk baring ajher mengalahkan OKU kat rumah. Sebenarnya, aktiviti ni anjuran sukasuka kawankawan opis Iza. Bukan nak tengok skill pukulan atau smash sape paling power pun. saje sukasuka bakar lemaklemak tepu tu sikitsikit. mana tau esokesok boleh kurus.

Mujur jugak genggeng Iza ni otaknya merengmereng belaka. takde la aku segan segan ayam main dengan diorang ni.  Pukul ajher taim bola tangkis mai mengjengah.

Meh doakan aku istiqomah je laaa... ^.^ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...