31 January 2013

25 January 2013

abah turn to 58


Selamat hari lahir abah
semoga abah diberi kesihatan yang baik
rezki yang melimpah ruah
Percayalah tiada yang lebih bernilai
dari kasih sayang kalian buat kami

'Ya khaliq, aku mohon kau panjangkan umur kami,kau murahkan rezki kami untuk kami berbakti pada kedua ibubapa kami'

18 January 2013

matlutfi90 si Remaja Vlogging

Tgh duk santai ngeteh tengahari semalam apa ke semua org duk cerita pasal matlutfi. siapa matlutfi? Apa pekerjaannya? Doktor? peguam? Jurutera? atau Majistret? Apa? vlogger? apa itu?

Sumpah sebelum ni, memang aku tak tau siapa dia, sampai lah si pakcik google memberi aku jawapannya. dan rupanya dia ni memang dah dikenali sejak berkurun lamanya. ----> nampak sangat aku ni out of date!

Dari situ aku duk usha video2 yg beliau hasilkan. Nampak simple tapi sarat dgn masej2 berguna. dan yang pasti buat aku senak perut menahan tawa, kebas rahang asyik duk gelak tak terkata.

kalau ada yg kata, Hello!! kau ni dari utarid kah atau marikh! sampai si matlutfi yg glamer lg masyhur ni pun kau baru nak kenal? FINE! dan kawan2 sengetehan, terima kasih mengenalkan aku pada satu sisi kehidupan yg xpernah aku tau sebelum nih...[ececeh ayat mantop :P]


15 January 2013

Trek Lagenda : Chamah-Ulu Sepat [via kem trojan /Kg Lelar]

Katanya, trip CUS di musim tengkujuh merupakan acara rasmi tahunan Nature Explorer. Cuma untuk kali ni kami diberi lagi cabaran melalui trail lama  dan sudah 6tahun tak ditempuhi oleh para pendaki semenjak adanya laluan masuk dari Gua Musang yang lebih dekat dan mudah.

gambaran awal trek kami tuk 9hari ni.[hasil lukisan tangan abam sham]

Trail 9hari kami bermula dgn santainya. kami hanya mendaki selama kurang 1jam untuk sampai ke kemsait pertama kami di kg lelar. itupun setelah penat menaiki bot tunda selama 2jam dan mengharung pula jalan balak dgn menaiki 4x4 kurang 1 jam untuk ke starting point.

Cabaran kami hanya akan bermula pada hari ke-2 dan seterusnya. Dengan trek yang tak tau hujung pangkalnya [rasanya 3-4 kali jugak kami lost trek sepanjang misi ni], meredah bapak sungai, hujan memanjang sepanjang trekking, suhu yang sejuk melampau, kekurangan bekalan makanan dek kerana trip yg terpaksa di extant, ni belum kira trek hazab lutut ke dagu, selut di celahan trek belumut yang hailaaaaaaa, mujur jugak en. pacat tak bermaharaja lela.


oowwwhhh...mereka yg dah grad..tahniah semua...!!! ^.^


 Lihat saja foto ini...priceless bukan...?

9hari berada jauh dari ketamadunan, membuat aku lebih bersyukur dgn apa yg aku miliki di hutan batu sana. membuat aku lebih menghargai siapa saja yg berada dalam lingkungan ketidakbertamadunan ini. Di sini selain DIA, mereka lah segalanya. mereka lah sahabat dan kelaurga. hanya mereka.

Kalau ada yg tyer, trail CUS [via kg lelar] tahap kesukaran nya bagaimana, aku sendiri tak pasti akan jawapannya. tapi apa yg aku pasti, trek CUS ini memang memberi aku 1001 macam perasan  dan trailnya sangat berbeza dari mna2 trail yg pernah aku lalui sebelum ni.

 
 Ray of light...superb!

dan pada aku, rugi rasanya kalau trek lagenda nih terus menjadi lagenda. Sumpah aku kata nilainya mmg priceless!!!ossemmm!!! walaupun view di CUS xsetanding view di kem gedung tapi nilainya tetap sama. PRICELESS...!!!

Daus Belated Birthday



saat kau menghitung hari kalahiran
dengan penuh keterujaan meniti usia dewasa
atau mungkin mengira waktu yang bongkak dgn kepantasannya

aku, dia dan mereka sentiasa mendoakan kesihatan & kebaikan kau

selamat hari lahir buat kau sabahat

08 January 2013

selamat jalan Cik Midge


semalam kita bertemu
namun hari ini kita berpisah
moga ada pertemuan buat kita esok
doa kami sentiasa mengiringi
moga kamu berjaya di tanah asing

~picca from amyz's FB~

07 January 2013

gentar















ya Wahhab,
aku mohon kelak kau tukarkan perasaan gentar luar biasa aku hari ni kepada perasaan indah serta bahagia
ya Ghaffur,
aku mohon kau ampuni aku andai rasa gentar ini membuat aku alpa dan leka

04 January 2013

Antarabandar bowling tournament 2012

sebenarnya ini cerita lama tapi baru terasa nak berkongsi kat sini. ini cerita pasal pertandingan boling yang kelab Sukan Antarabandar anjurkan bulan lepas. Tak kisahlah kalau ada yg kata ini cerita lapuk pun. =P

Pada aku acara2 macam ni bukan sajer tuk kami menunjukkan bakat terpendam kami tapi lebih kepada nak merapatkan hubungan yg tak berapa nak rapat. bayangkan orang2 kat Antarabandar ni kekadang silih berganti. hari ni ada esok dah resign. taim2 macam ni mmg taim terbaik nak berkenalan sesama pekerja.

Rasanya acara hari tu berjalan dgn baik ajher. tahniah pada semua AJK yg bersusah payah merialisasikan tournament kali nih ^.^


 tengok lah balingan si juara...lalalalalalalalalala.. -----> ini bukan riak yer kawan2

  
 ehem2...king of the king..hopefully next year si juara taun lepas yg tak main tuh tak turun padang lagik..lalalalalalalala

 D' KingPin

Apapun tahniah buat semua pemenang. yang tak de luck tuh tak pe, ni memang game untuk suka2 pun. yang penting memasing happy kan!!! Taim2 macam ni je yg  kita ada tuk berkumpul 'sekeluarga' sambil bersukaria.

03 January 2013

dah masuk 3 series!


Dulu, masa umur ku menginjak 12 taun ku pikirkan usia 18 terlalu tua. bila mana usia ku mencecah 18 taun usia 20an terlalu tua bagi aku. kini aku telah melewati hujung usia 20an dah memasuki angka 3. Ku positif kan minda. walau banyak yang belum terlaksana. usia hanya angka.

kembali


Ingin ku khabarkan pada semua pergi ku kini telah kembali

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...