06 August 2010

Hati Atau Akal

Bila hati bicara, akal pasti menyongsang kata.

Ibarat dua jiwa satu jasad, hati dan akal jarang seirama.
“kau rindu sama dia. Katakan saja.” Kata hati.
“ah. Mana mungkin. Perasaan semata. Usah pedulikan.” Kata akal.
“jangan ego.” Kata hati.
“ini pendirian diri. Bukan ego.” Kata akal.
Bagi yang tegar, akal sentiasa melebihi hati.

Hati merana, lalu emosi melanda diri.sepi menyendiri.
“kau patut fikir rasional.logik.” Kata akal.
“tapi kau sayangkan dia. Dia harus tahu.” Kata hati.
“dia tak perlu tahu semua itu.untuk apa?” Kata akal.


Maka kata hati diketepi, semua kerana akal menang bicara.
Mengapa hanya akal menguasai diri?
Tidakkah hati juga mahu merajai diri?
Oh manusia akal mu perlu senada dengan hati mu
kerna satu saat nanti bila hati mu tidak kau peduli
rawan jiwa mu luka hati mu
bila yang harus kau ucapkan terpendam membawa cinta mu pergi

"Aku patut dengar kata akal yang penuh dengan kebijaksanaan @ kata hati yang penuh dengan kasih sayang....???"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...