06 August 2011

hitam nya hati mu


kata org hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan hidup tidak akan dapat dirasakan. Timbalah walau segunung ilmu di negeri China, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati kau yg hitam likat.

walau seputih mana pun kulit kau, kalau di dada kau terdapat sekepal daging yang warnanya hitam likat..ia akan mereflekkan warnanya ke wajah kau yg penuh kelembutan pada luanrannya itu..... percayalah, sekepal daging yg legam itu xmampu melawan jernihnya mereka yg berhati bersih .........----> TUHAN bersihkanlah hatiku sebersih hati siti Khadijah.


Wahai hati kau yang hitam, tidak kah kau sedar, kau semakin jauh dan tunduk kepada hasad dengki yang merosakkan seluruh peribadimu.....tidakkah kau sedar kau semakin tenggelam dalam bisikan-bisikan syaitan yang menyesatkan di segenap inci peganganmu. walaupun wajahmu putih mulus, namum dek kerana hitamnya hati mu, ia xmampu melindungi kelembutan raut wajahmu......

Wahai hati kau yang hitam, menyesallah dengan tuturmu…menyasallah atas perbuatan mu....menangislah dengan tangisan penyesalan. meraunglah atas segala tutur dan perbuatan mu pada mereka yg kau palitkan kesedihan di hati mereka...


semoga kau akan tersedar dari lena kau wahai hati yang hitam…akan ku tanggu saat dan ketika itu wahai hati kau yg hitam.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...