03 December 2011

Korbu-Gayong (KORGA)

org kata KORGA mmg hardcore lagi hazab. pada aku mana2 gunung pun mmg ada hazabnya yg tersendiri. Tapi setakat ni, gunung ke-2 tertinggi di semenanjung ni paling hazab dalam sejarah hidup aku. tapi mnurut otai, dalam G7 CUS paling hazab. huhu korga pun pada aku sikit punya hazab ni pulak nk menempuh CUS yg dikatakan paling hazab.

sebenarnya aku tak plan pun nak ke KORGA. ajakan last minit sis ana aku sahut dgn senang hati....lagi pun, dah lama berehat dari meneroka alam yg satu nih. Tapi kata sis, KORGA mmg giler hazab. G7 la katakan. nak2 pulak musim hujan macam skrg nih. mmg kene beringat lah. Dgn trek licin nya...pacat kompem la kan...

so, sabtu tu semua peserta berkumpul kat masjid ulu kinta. Dalam pukul 9pg gerak ke dam ulu kinta. kami memulakan pendakian lebih kurang jam 10pg seramai 18 peserta. awalnya mmg aku gerun jugak la..mana taknya, masing2 berwajah otai. mau aku tertinggal 16 tiang ke belakang. kami di beri sedikit rumusan tentang gunung KORGA nih. menurut abg sham, hari ni kami akan bermalam di kem SEROJA, lebih kurang 6-7jam dari starting point kami. Trek santai namun kami perlu meredah lebih kurang 9 batang sungai. nahhh..rasakan!!!
air terjun batu besar 1jam 30 minit sebelum sampai ke kem seroja

kami berwajah kental bersaksikan kem seroja

Kepayahan menakluk KORGA hanya bermula pada hari ke2 pendakian kami. Target kami hari ni adalah Puncak Korbu. untuk sampai ke puncak korbu kami perlu melalui puncak Botak - Puncak Chuban - Korbu raya - KORBU. lebih mencabar kami perlu memikul air dari last water point ke puncak korbu yg memakan masa lebih kurang 4 jam. trek paling mencabar adalah trek ke puncak chuban. menegak hampir 90 darjah okeyyy... adakala kami perlu melalui trek bertali dan tangga besi.

puncak chuban a.k.a cobaan (baca gaya ala2 PRamlee)

lebih kurang 8-9 jam pendakian, aku sampai di puncak KORBU. trasa sgt lega bila menjejakkan kaki di puncak. mmg target aku mau sampai di puncak sebelum gelap. alhamdullih, dalam jam 6 aku berjaya menakluk puncak KORBU. pewai mmg pewai la....dgn trek berselut penuh lumpur nya. belum masuk trek lutut ke dagunya lagi. Terpikir pulak kawan2 kat belakang. jgn la mereka OT sampai larut malam. apapun sweeper kami si shahrol mmg terbayekkk la... tabik spring la sama lu. :)
Suhu di puncak korbu, jgn citer la...mmg giler sejuk. mereka kata, kalau bernasib baik boleh nampak suasana malam di Simpang Pulai dan Bandaraya Ipoh selain dari gunung-ganung sekitar Banjaran Titiwangsa. Tapi, cuaca malam yang asyik menangis tidak memihak pada kami.

Geng castello was here ...!!! ~Puncak KORBU ~

misi hari ke3 kami diteruskan. kali ni kami akan ke puncak gayong. kata abg sham trek kali ni agak santai. dalam lebih kurang 2jam kami akan sampai ke puncak. rupanya santai pada pandangan otai2 sepertinya. bagi aku agak hazab la....tapi xsetanding kehazaban puncak chuban semalam. Tapi satu yg menarik tentang trek ke puncak gayong, laluan pokok2 berlumut, pemandangan yg superb mangurangkan tahap kepewaian aku.

laluan ke puncak gayong

periuk kera KORGA

banjaran di sekeliling KORGA..mmg owsem!!!

kami di puncak gayong :)

Trip kali ni mmg mengundang tawa dan air mata. tawa kerana masing2 punya cerita yg mampu membuat kami ketawa berguling2, terutama dgn kombinasi si ustat dan mami. air mata pulak selain dari terpaksa menumpuh trek yg mmg hazab, inchik sweeper bersama 2 kawan kami yg terpaksa bermalam 'on-track' saban malam. dgn cik midge yg tersalah langkah di kayu balak sehingga menyebabkannya terhumban ke dalam gaung. mujur juga ada si arjuna yg menemaninya sepanjang trip nih. kalau tak mmg haru.

Di sini, buat pertama kalinya kami OT di hutan. perasaanya....huh..mmg hazab. pada aku berjalan malam di hutan mmg banyak risikonya. risiko tersalah jalan paling aku takuti. nak pulak di sini kita perlu melalui banyak sungai. mmg risau kalau2 kami tersalah memilih jalan. Syukur semuanya selamat.

apapun, pada aku KORBU mmg lengkap dgn pelbagai macam kesusahanya. dengan pacat nya yg memang gggrrrr...bikin pewai. dengan anak2 tiri Korbu dan puncak tipunya. trek dagu ke lututnya lagi. tu belum masuk bab CHUBAN yg benar2 menguji mental. mmg terbayekk lah.

4 comments:

Amyz said...

tahniah!!!! jom pasni pegi CUS..hehehehe..

Kopi Susu said...

CUS....perrgghhhhhh.....pewai xabis lagi ni...huhu..

btw, kezen kawen la tyme tuh..:(

rowena ridzuan said...

tahniah babe! i hope i can be strong enough to endure longer trip like korga and stuff!

Kopi Susu said...

thanx babe..!!! mesti boleh...!!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...