20 December 2011

PurpleRoses beraksi - Tournament Netball

entah kenapa tahun ni gigih betul aku bersukan. dgn harapan selain menguatkan stamina dapatla aku mengurangkan apa2 yg terlebih kat badan aku....hehehehehehe....

sebenarnya aku menceburi sukan netball antara flat ni since last year lagi. cuma tahun ni baru bergerak aktif semula. dan sekarang mmg aku akan selalu join dorang menjalankan latihan saban malam.

kami di beritahu bahawa ADUN kawasan Kota Raja berbesar hati memberi sumbangan tiang gol pada grup kami. so, Go-Go kami mengambil peluang yg ada untuk mengadakan perlawanan persahabatan dgn grup2 lain di sekitar s.alam nih. sempena nak merasmikan tiang gol baru.

acara perasmian oleh YB Dato' dan Datin :)

sebenarnya aku agak gerun jugak la nak menyertai sebarang pertandingan nih. mana tak nya aku main pun mcam harem kan... ada hati nak join tournament....hikhikhi...tapi atas dasar semangat kesukanan yang tinggi aku gagah kan jugak...


selain Puprle Roses, ada 4grup lagi yg menghantar wakil, antaranya grup KFC puchong, Rimau Indah, T.B.K dan Exora (puchong). serius 1st time melihat wakil2 dari kumpulan lain mmg gigil lutut. mana taknya masing2 punya stail tersendiri yg mampu mengentar kan lawan.


Puprle Roses
Exora

Rimau indah

Puan Referee

walaupun kesemua pasukan nampak agrasif dan punya stail untuk memenangi perlawanan kali ni, kami tetap bersemangat waja meneruskan perlawanan kali ni. Alhamdulillah, daripada 4perlawanan kami berjaya memenangi 3daripadanya. Tentunya pasukan Exora menjadi penghalang kami untuk merangkul tempat pertama. daripada cara permainan mereka, mmg nampak mereka punya latihan yg cukup. selain punya skil tersendiri yg xada pada grup lain.


apapun tahniah buat semua pasukan yg mengambil bahagian. Majulah Sukan Untuk Semua....chillll...>.<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...