LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 November 2011

patahnya sayap garuda



ibu segala pingat sukan sea masih lagi milik kita.!!! tahniah buat pasukan harimau muda. pada aku perlawanan semalam antara perlawanan paling mendebarkan dalam hidup aku...huhu...bukan apa, perlawanan yg panjang membuat jantung aku berlari dgn begitu pantas. dan akhirnya seluruh rakyat melaysia mampu menarik nafas lega sekali gus melompat kegirangan dgn kemenangan sekali lagi dalam acara bola sepak ini.

walaupun sebenarnya pasukan negara punya banyak peluang untuk mengutip lebih mata, namum peluang yg ada tidak digunakan dgn sebaiknya. apapun harimau malaya tetap juga berjaya membaham garuda di atas awan.

Hero semalam pastinya aku letakkan pada baddroll bakhtiar dan apek sbg penyelamat skuad kebangsaan. apek sentiasa memberi persembahan terbaik di saat seluruh rakyat memerlukannya. baddroll, sudah tentu menjadi penentu kemenangan kita semalam. Dan Fakri patut belajar bermain dalam pasukan. lebih peka dgn kehadiran rakan lain dan tidak terlalu gopoh untuk menjaring kan gol.

apapun tahniah tahniah dan tahniah skuad hitamkuning.
pssstttt.....dah macam pengulas sukan pulak aku nih.....cehhhhh ;)

No comments: