02 November 2012

Aku kini bebas!!!

Akhirnya aku bebas. tiada lagi novel cinta klise tangkap leleh !!!!! Mungkin fasa kematangan membawa aku ke satu fasa peralihan yang sungguh tak pernah aku jangka. kalau dulu aku akan bermatian menegakkan kehebatan penulisan novel2 chinta tangkap leleh ni. Tapi sekarang aku bukan lah orang nya. 

KLISE! mungkin tu jawapan yg paling kukuh tuk soalan2 yg bermain di pikiran korang.

Kalau dulu aku hanya mencuba2 baca saja,  kini persaan cinta pada novel2 indi ni kian bercambah. Aku mula berangan2 untuk memiliki koleksi aku sendiri. Semuanya gara2 Jusoh Turbo karya Aisa LingLung. Korang patut cuba dan korang akan rasai kelainannya. SUMPAH!!! sungguh unexpected. Tak macam novel cinta klise yg kita dah boleh agak kesudahannya.

Berpeluang menjejakkan kaki ke kedai buku Lejen rabu lepas macam satu rahmat buat aku. Tu pun jenuh dok goda pujuk fateh n azam supaya bawak aku ke sana. Rambang mata aku dibuatnya. rasa nak grab semua buku.


Kini aku boleh berbangga kerana dah punya koleksi novel2 Independent sendiri walaupun jumlahnya baru 7buah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...