20 September 2011

Trip Chemerong-Berembun-Lata Lansir (CBL)

Cuti hari malaysia lepas aku berkesempatan menyertai trip CBL, Dungun. Trip santai 3H2M ni di sertai oleh 43org pencinta alam seluruh malaysia---> yeye je..:). Trip paling ramai, paling havoc, paling meriah dan segala2nya paling yg penah aku join. selepas sedikit taklimat dan bacaan doa agar perjalanan kami dilindungi dr segala bahaya oleh pakcik penjaga gunung, kami memulakan pendakian kami pada jam 11pagi. Di awal pendakian kami dh di sajikan dgn trek yg hazab. Jalan slow2 sambil berdoa cepat la sampai kemsait.

around jam 1.30ptg kami sampai di kem balak. xde apa yg menarik di kem balak. nak tiruk pun air separas buku lali je. so, kami makan tengahari dan menunaikan tangungjawab pada sang pencipta di sini. Sementara menunggu kawan2 lain sampai, sempat la aku meronda2 kawasan kem balak nih. kalau nak bermalam kat cn pun kira ok gak, cz dekat dgn sumber air. tapi kalau trip seminggu boleh la kot nk bermalam kat setiap kemsait.

sama seperti kem balak, kem Y jugak antara kemsait yg boleh di jadikan tempat bermalam. dalam 15 mnit kami sampai di kem Y, geng2 OGKL sampai lalu membuka fly dan khemah di situ. mereka bermalam di sini dan akan ke Lata Lansir keesokannya.

Pendakian kami belum selesai. kami akan bermalam di Lata Lansir dan menurut abg Gogo, dr kem Y puncak berembum memerlukan masa dalam 2-3jam. dan dari pnck berembun kami perlu turun ke lata lansir dan melalui denai dalam lebih kurang 30 minit.

Dgr macam senang kan!!!? tapi laluan yg hazab membuat aku hampir pewai. dan aku benar2 pewai bila sampai di laluan bonzai. pemandangan yg indah xmampu menghilangkan kepewaian aku. mujur jugak ada 2 otai yg membantu. terima kasih kak ana n kak shida. kalau xde dorang mau aku OT hari tuh.kami ber-3 sampai di puncak berembun dalam pukul 630ptg. memandangkan hari hampir gelap kami memutuskan untuk terus ke lata lansir. laluan yg sgt cerun, sempit dan licin membuat kami kelu seribu bahasa. yg kedengaran hanyalah bunyi angin dan unggus hutan.

kami menarik nafas lega bila saja terlihat fly dan cahaya lampu di seberang sungai. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya. Tapi dalam hati kami xputus2 berdoa semoga kawan2 yg OT akan sampai dgn selamatnya. Lebih Kurang jam 9malam group terakhir sampai. Syukur semuanya selamat.

Tak sabar rasanya yg mandi di lata lansir. Seharian esok kami akan meneroka alam yg bernama Lata Lansir. Belum lagi masuk bab Chemerung nih.


Ahadnya, On the way trun ke starting point, kami akan ke waterfall chemerong. Tapi sebelum sampai ke chemerung kami akan melalui sg banggang. Air nya subhanallah...jernih sgt. boleh nampak sampai ke dasar. Tapi kalau korg xpandai berenang, jgn gatai2 nak tiruk dalam tu pulak mmg dalam okey. Tapi satu yg menjadi tanda tanya. kenapa la sg ni di namakan dgn nama tu kan.. :-?lebih kurang 3jam dari sg bangang kami sampai ke tempat yg kami nanti2 kan. waterfall chemerong. tempat ni mmg owsem. air terjun terhebat yg pernah aku tgk. Serius, sgt owsem. mg cantek sampai xde perkataan yg boleh mengambarkan kecantikannya. Tapi sayang, disebabkan hujan turun tadi, airnya menggalir dgn sgt deras. mmg kami tidak disarankan mandi di sini. bahaya okey....!!!! so, menikmati kecantikannya saja sdh cukup buat kami.


selesai sesi fotogedixs sambil main rendam2 kaki, kami meneruskan perjalanan kami ke starting point. bila ternampak saja tangga batu tanda hampir sampai ke destinasi, hati kami melonjak kegirangan. Alhamdulilah selamat jugak sampai. dalam jam 7ptg kesemua peserta selamat sampai ke starting point dgn jayanya.

Pewai aku menulis entry ni. Bagi krg yg belum lagi menjejakkan kaki ke CBL. ni la masanya. rugi ok x ke sana. CBL pada aku, merupakan tempat pendakian paling cantik yg pernah aku lalui setakat ni. terima kasih dan tahniah pada semua yg terlibat dalam trip CBL semalam. krg mmg owsem.

2 comments:

Amyz said...

Muahahahaha! Besh kan trip ni?? Nanti kite jupe di Jerangkang k!

layar_Lara said...

insyaalh, jmp lagi....btw, trip ni mmg owsem. semuanya owsem tentang CBL. nak2 pulak ada kawan2 yg hapenning n supportinve ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...