LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 September 2011

tentang HASAN AYAT

walaupun cerita tentang kehilangan Hasan ayat dah 2taun berlalu tapi entah kenapa aku tetap nak share pasal dia kat cn. mmg dia bukan saper2 tapi berita kehilangan nya menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. 2 tahun lepas tanggal 15 Feb, asan bersama 13 org peserta lain menyertai ekpidisi menawan puncak YY.

btw, aku baru saja mendengar tentang hasan semalam, dari mereka yg mengenali hasan jugak dari mereka yg menyertai operasi mencari asan 2taun lepas. Mendengar tentang asan membuat aku sebak apatah lagi kenalan rapat yg merasai kehilangannya.

menurut teman yg bersama2 menyertai ekpidisi YY dulu dan mereka yg mengenalinya, asan seorang yg sgt budiman dan xmudah melenting. semasa kejadian asan dikatakan memakai serba putih dan ada membawa jaket berwarna merah.

usaha mencari asan menemui jalan buntu dgn pelbagai dugaan. tiada sebarang clue dan tanda untuk mengesan lokasi kehadiran asan. Akhirnya, operasi Save & Rescue (SAR) Hasan di hentikan selepas 6minggu kot, operasi ni di lakukan.

kata mereka lagi sebelum kejadian, asan xjemu2 melantunkan sebuah sajak. mungkin ada sesuatu yg cuba disampai kan kepada mereka yg mendengar. Wallaua'lam.

Ditepi sebatang sungai
Ada sebatang sungai yang menghubungkan air terjun
Dari dua puncak gunung yang berlainan

Ada seorang tua yang sedang bermeditasi
ditepi sungai itu pada pagi yang dingin

Aku menghampiri lelaki itu, lalu duduk disebelahnya
Tanpa menoleh padaku lelaki itu berkata
”Tengas yang berjaya melompat keluar
dari sungai ini akan menjadi naga”

Aku terlelap seketika
Dalam lelap aku bermimpi
Sepuluh orang lelaki bertopeng menyerangku
dengan pedang berkilau tajam

Serangan mereka aku patahkan
Dan topeng mereka kubuka satu persatu

Wajah-wajah lelaki itu mirip wajah tampanku
Aku terjaga dari lena, lelaki itu masih disebelahku
Tanpa menoleh padanya lelaki tampan ini berkata
Sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri


~hasan ayat 2009~

Dari kisah hasan aku dapat melihat bahawa, pencinta alam seolah satu keluarga. bayangkan pencinta alam satu malaysia turun memberikan khidmat dalam operasi SAR Hasan dulu. Walaupun xpernah mengenali hasan, mereka tetap bersatu hati & menghulurkan sumbangan tak kira dr segi tenaga dan wang ringgit juga doa dalam usaha menyelamatkan hasan.

walaupun dh 2tahun berlalu, kisah hasan xpernah hilang dari minda kami pencinta alam. doaku, semoga Allah membuka hijab untuknya kembali. dan aku juga sangat pasti kenalan dan keluarga terdekat mahupun pencinta alam mendoakan yg dgn doa sama.