LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 May 2012

semua orang boleh menghakimi

Orang selalu kata jangan kita nilai Buku dgn hanya memandang luaranya sahaja. Kulit tebal dan keras belum tentu dalamanya juga sekental kulitnya. Kulit nipis dan suram belum tentu dalamnya jugak nipis dan sesuram kulitnya.

tapi dalam zaman serba serbi moden nih aku yakin ramai yg berpendapat ketidakrelevananya lagi pepatah ni. Aku menulis apa yg aku rasa. aku sendiri kadang2 menilai apa yg aku nampak di luar ajher.

Dan rasanya tak perlu nak melenting atau tacing bagai kalau ada yg menilai kita sekadar melihat dari pandangan kasar sahaja walaupun pandangan itu kadang2 ada yang tersasar.

Pernah seorang teman memberikan komen atau membuat kesimpulan tentang aku dulu, walaupun baru berkenalan hanya setahun jagung. dan ternyata pandangannya tentang aku, ada benarnya walaupun bukan 100% betul.

Pada aku, mudah untuk kita kelihatan baik dan sempurna di mata orang lain. Lakukan sesuatu supaya orang lain menyukai atau kagum pada kita. Tapi berbaloi ke! kalau sekadar unttuk menarik minat orang lain. pada aku, lebih baik lakukan sesuatu untuk diri kita. tak kisah apa juga pandangan orang lain tentang kita yang penting apa yg ada dalam hati kita, kita tau siapa kita. lakukan sesuatu supaya kita menjadi seseorang yang lebih baik.

2 comments:

KeMatZ said...

nasihat aku ... jadilah diri kau yang sebenar ... sekiranya kau ingin menjadi orang lain boleh dan lihat pada keadaan ... kerana ada masanya orang tidak boleh menerima kita seadanya ... tapi adakah itu beban pada kita ... so kalau bukan beban abaikan ... apa apa pun ... terus berjalan kehadapan usah pandang kebelakang ...

perhhh motip aku duk buat entry kat posting ko ni ... hahahahah choiiii

layar_lara said...

I'm being myself :)