23 March 2012

siri jelajah johor : Segamat mencari McDota

Pekan segamat tak banyak beza pun dgn apa yg ada di tg malim. sibuk dgn perbagai macam ragam manusia. asalnya aku plan nak mencari kalau2 ada kain pasang terbayek kat sini. mana la tau ada kain marbeles dgn harga runtuh.

Kiranya Misi aku di Pekan segamat nampaknya hampa kali ni. nak2 pulak si din ngan azam berpaling tadah lepas dapat apa yg mereka hajatkan di pekan segamat nih. Dan pulak sebenarnya din dah ber ura2 nak bawak kami ke pekan segamat 2. tapi jangankan segamat 2, signboard nya pun aku tak berpeluang nak tatap. kalau mengandung kompem2 baby aku ngences..isshkkkkkkk palis!!!

Dek kerana misi aku mencari kain pasang di segamat gagal, misi seterusnya mencari restoran makanan segera mcdota. APAKAH..!!! entah aku sendiri pun takkan tau tentang kewujudan restoran ni kalau aku tak terbaca dalam blog hampeh dulu.

Jenuh jugak la kami memusing satu pekan segamat hanya kerana 'ayam goreng kunyit' nih. Penat berjalan, jenuh mengoogle, tak jugak kami jumpa magnitude serta gratitude sebenar restoran nih. Azam yg seakan putus asa menunjukkan muka hampa. tp orang tua2 kata menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Dan akhirnya kami jumpa jugak restoran nih setelah azam menunjukkan logo ayam McDota di HP canggihnya kpd din...apa ke choii lah korang ni kan...dari td tayang xde la jenuh kita menapak. nampak biasa. Munkin kekurangan promosi membuatkan restoran ni sunyi walaupun dah 30tahun bertapak. Bangunan kedai lama membuatkan aku rasa xmau masuk kalau berjalan sendiri kat sana.


Hoyeeeeiiiiiiiiiiii....eksaited giler kami dapat makan 'ayam goreng Kunyit' tu. ayam goreng biasa tp ada rasa tersendiri yg aku xboleh nak explain. Apakata kalau korang rasa sendiri keunikan rasanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...