29 January 2012

Gunung Tahan (via merapoh-kuala tahan)

mencium aroma hutan sambil melakukan aktiviti kegemaran aku mmg saat2 yg mmg aku nantikan. so, bila abg sham castello menginvite menawan puncak Tahan hari tu mmg aku tak tunggu lama memberi jawapan. nak2 pulak Tahan mmg menjadi idaman aku sejak dulu lagi. kalau dulu aku ke sana untu memenuhi undangan teman2 menikmati keindahan alam alam melalui canapy walk, kini aku ke sini lagi untuk melunaskan hasrat yg pernah aku simpan dulu. YES!! menawan puncak tertinggi di semenanjung M'sia.

gambaran awal trek kami untuk 6hari ni. kami akan bermula di kuala juram (yg sebelah kiri tu) dan akan trun melalui trek yg sebelah kanan (kuala Tahan). nampak x trek menegak tuh......pewaii...!!!! ni belum jmpa trek sebenar ni.....

Perasan berdebar gilakbabi mmg akan datang tiap kali aku nak memulakan trip. xkisah trip kecik atau besar. debarannya tetap sama. Dgn tak de tranning. aku main aci redah ahje sambil memanjatkan doa semoga semuanya selamat. dan Alhamdulillah trip kali ni berakhir tanpa sebarang tragedi. aminnnnnnnnn....syukur...!!!

dgn line-up 36org yg hebat dan sgt supportive membuat aku rindu saat mendaki di G. Tahan. aku ingat lagi saat2 kepewaian aku di hari ke-3. abg fendi yang menjadi sweeper aku secara tak sengaja xjemu memberi semangat supaya aku meneruskan pendakian. ayat lazim aku taim tuh..'jauh lagi tak bang......?? nak pengsan dah ni??' seyes aku mmg mental habis taim tuh. mn taknya 1st day 'best friend' aku datang melawat....arrrggghhhhh tensen gilakbabi....taim ni lak dia nak melawat kawasan. stress.....!!!!

sebenarnya bukan abg fendi sorang je yg menjadi sweeper tak sengaja aku. hari terakhir, taim aku mmg dah habis tenaga plus mental + pewai gilakbabi. ramai yg menjadi pendorong aku. taufiq, ila n semua 35org yg menyertai trip ni sebenarnya. Jugak wan panjang yg menjadi pembekal 1st aids dan Doktor yg memberi rawatan percuma di kem melantai...sumpah aku dah sangat rindu kat korang sume taim nih...:(

sepanjang 6hari berada jauh dari ketamadunan membuat aku lebih terasa menghargai siapa saja yg berada di sekeliling aku. sumpah!!! mereka seperti keluarga aku di sini. aku sgt2 memerlukan mereka kerana aku hanya ada mereka di sini selain DIA. dan aku yakin hubungan tu akan kekal walaupun nanti aku kembali ke era ketamadunan.

ni kemsait pertama kami.......aku masih berjawah kental...:)

ni bukit botak (rasanya), kat sini sgt sejuk gilakbabi dan banyak tikus...winkkk >.<

tgok..!!!! ni puncak tahan....nak sampai cn mmg hazab...tapi sumpah, ia adalah terbaikkkk...!!!!! priceless.......dan heaven jugak!!!! weeeehuuuuuuuuuuuu.... korang jeles!!! so, carik la kesempatan ke sini, selagi ada kesihatan.....;)

abg guide n abg gogo jugak kata, dari puncak ke kuala tahan trek mmg terbayeekkk... kami akan melalui trek bertangga, berselut, berbatu, dan kami jugak akan melalui sungai yg berarus deras. Pengalaman nanti pasti sgt best.....itu aku sangat pasti..!!! dan paling penting aku akan melalui trek kegemaran aku. trek memanjat batu...yeaayyyyyy!!!

say hello to trek hazab....gigil2 tgn aku trun tangga ni. dah la bapak tinggi...menegak lak tuh.....fuhhhhhhhhhh terbaik...!!!!:)

trek peberet aku ni.......smile sampai ke telinge......jap g jumpe trek hazab, mmg menanges lahhh kan....:p

ini trek membunuh namanya. kalau trip Kuala - Kuala mmg menangis nih...kami yg menurun pun trasa hazabnya. ni kan pulak trail menaik.....perrggghhhhhh mmg terbaiklah.

puncak Tahan dari puncak rajah. dejavu.

pokok ni punya tarikan yg sgt luar biasa. percaya tak kalau aku kata, setiap pendaki pasti xmelepas peluang bergambar kat sini....:D

kem teku

mereka kata Kapal ni crash masa WWII dulu. tapi sampai hari aku xjumpa apa2 info dari pakcik google. korang akan jumpa tinggalan ni semasa perjalanan ke kem gedung

mana kulit muka n tgn aku tak hangus....lihat sajer trek itu. bersedia atau tidak redah sajeww trek itueewww...:)

aku tatau puncak apa kat sana tuh,.....tapi taim melihat pemandangan ni mmg sgt heaven....:)

dan ni lagi.....pemandangan pagi dari puncak gedung kot.......jeles lagi......!!!! owhhhhh mmg berbaloi2 kalau korang ke sini...:)

nah lagi.....subhanallah.

tgk pokok ni....macam pokok dalam crite seram...tapi sumpah, damn nice...!!

0000OOwwwwhhhhh.........tgk lagi

awan nano tu nampak macam pantai yg berombak kan!!!

view macam ni mmg korang takkan dapat kat bawah sana...sumpah!!!!! ni la sebabnya kenapa aku xpernah serik mendaki. priceless..!!!!

CiptanNYA mmg superb..!!!sumpah...!!! aku sgt serius...!!!

jalan rapat2, jagan putuskan pegangan tangan tu...kata abg sham. okeyy..kami terima arahan...sumpah arus sg tuh mmg deras gilakbabi. :)

tgk dia masih sempat posing sakan...padahal taim ni memasing cuakgilakbabi...:)

hari terakhir, kami akan melalui trek santai namun sangat panjang. walaupun trek santai cabarannya tetap ada. dari kem melantai ke kuala tahan memakan masa lbih kurang 4-5jam berjalan. trek mmg dah cantek melantai ajhe, tapi terasa sgt terseksa kerana perjalanan yg sangat panjang. kat sini la aku pewai+mental gilakbabi. dgn kecederaan di kedua belah kaki trasa mau pengsan. namun mereka xjemu menberi semangat. serius aku tacing.

gumbira jumpa papantanda nih....lagi 7.5KM ke Kuala Tahan okeyyyyy...!!!! taim ni (since dari kem melantai lagi) mmg aku dah pewai +mental gilerbabi.

jalan depan lagi jumpa papan tanda ni plak...katanya lagi 10Km ke Kuala Tahan.....padahal tadi 7.5Km lagi......trus mental down sampai ke petala bumi ke8 okeeyyyy!!!...nangesssssss....!!!!

rupanya kami ada 4org graduan kali ni....dan helah2 untuk me'rumble' mereka telah di susun dgn sgt baik. apapun tahniah buat mereka yg berjaya menyudahkan G7 mereka. owhhhh...bila la taim aku nih...!! >.<
aku dah grad G7..!!! malam ni kompem telur pecah kat dahi...!!! tahniah izzah...:)

ni la raja kapoorrr.....hahahahahaha...tahniah ye abg shahrol :)

ni macam excited jer kene rumble......siap bg hint nak makan dulu la, nak bukak buff dl la...hahahaha...tahniah yer zul :)

Eh eh!!! ni bukan budak sekolah tadika!!! dah mumaiyiz pun....ni kecik2 cili padi okey!! dia sangat dasyat :) tahniah ila !!!

kembali ke ketamadunan sambil membayangkan milo ais mmg perkara yg duk aku pikir sepanjang melalui trek yg hazab. tapi bila sampai di satu2 kemsait segala milo ais bagai bertukar menjadi satu prasaan yg xboleh nak aku gambarkan.........:)

sll kawan2 aku duk tye..apa bestnya panjat gunung??? kenapa nak ssh2 kan diri hangkut haversack yg berkilo2?? berak kencing susah, tido susah. banyak risiko lagi. jawapan aku sng jew....aku suka nature, taim ni la ko nak rasa susahnya idup, mmg di sini kami mengambil risiko yg besar tapi percayalah ia membuat kan kami lebih berhati2, kerana kami tak tau apa yg akan berlaku nanti, besok atau lusa. percayalah kami akan menjadi seorang hamba yg sgt bersyukur dan paling penting taim berada di puncak.....perasaanya....heaven...!!! priceless....!!!! sumpah aku sgt serius.!!!!

Boleh dikatakan trek yang kami redah sepanjang 6hari ni adalah kombinasi segala trek yang pernah aku lalui di Gunung Datuk, Nuang, Bukit Tabur, Ledang, KORGA, kira macam2 trek bersatu kat sini. komplet.!! meredah sungai yg giler bapak besar plus dgn arus derasnya, trek kering yg kompem mampu membakar kulit, yang basah berselut sampai ke lutut, trek berpacat lg, tu tak masuk lagi bab trek lutut ke dagu tu. Pendek kata, trek ni adalah sgt best! sumpah aku tak tipu !!!

3 comments:

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

congrats daah smpai tahan.jelesnyeee

Kopi Susu said...

trimas.....mmg nak buat anda yg membaca jeles pun....!! hahahahahaha jahat giler..!!!

tak la..anggap sbg peniup semangat nih...sumpah...!!! segala2 ada di sana. kompelet...!! mmg terbaieeekkkk:)

Anak IbuAyah said...

aaaa jeles sgt sgt niii. Nak try naik gunung yg tough gini, wahhh syok syok. Next time nak panjat gunung nak follow bole?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...