17 July 2011

football fever

aku bukan lah peminat tegar sukan bola sepak nih...tapi kalau Pemain Hitam Kuning atau merah Kuning yg beraksi aku pasti akan menonton kalau ada peluang. Semalam aku berpeluang menonton perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris Liverpol.

pada aku perlawanan persahabatan seperti ini merupakan medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing serta mereka boleh menjadikan perlawanan tersebut sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia nnt.

Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali mmg awesome le semalam......walaupun kalah 6-3, pasukan harimau Malaya mmg terbayekkk..........aku salute pada semangat setiap pemain semalam, walaupun dh sampai pada minit2 terakhir, mereka tetap menunjuk aksi2 menarik penuh bertenaga....tapi Hero semalam mesti la safee sali kan...:)
kalau sebelum ni aku sgt kagum dgn Apek si sepet tapi lately ni aku melihat si apek mmg hilang fokus okeyyy.....setiap kali beraksi pasti setiap jaringan lawan akan menembusi lwan....APAKAHHHHHH.....!!! mungkin jugak beliau masih dalam proses perubatan kerana kecederaan...:D

pepepun semoga skuad harimau malaya akan terus maju........jom layan lagu ni.......pembakar semangat buat skuad kebanggsaan.....Hitam kuning Hitam Kuning...go Tiger...kamu mmg awesome...:D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...