LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 September 2010

bukan membenci...

Semalam pasti tersimpan sisa-sisa kehidupan antara suka dan duka..kisah suka yang akan menjadi penawar sepanjang perjalanan dan kisah duka sebagai garisan sempadan sepanjang perjalan sebuah kehidupan....Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. inilah hakikat sebuah kehidupan. Tanpanya hidup takkan beerti ...

Hari2 mendatang umpama satu permainan....dan setiap permainan pasti ada pemenang & 'Pengalah'...ia adalah 2 perkara yang berbeza ...namun matlamat dan tujuanya adalah sama....

aku bukan insan yang suka membenci atau mencari musuh...aku insan yang suka mengikut rentak...bagaimana rentaknya...begitu jugalah tarinya....insan yang punya hati dan perasaan pasti akan terasa kecewa, sedih dan terkilan bila kepercayaan dikhianati. Percayalah aku tak pernah berubah.......Aku disini masih seperti dahulu malah tiada sebarang perubahan melainkan mengikut peredaran waktu.

Biarlah suara2 sumbang itu terus berbicara & berkata2....Yang menanggung beban adalah aku, bukan suara2 itu...Diam aku bukan bererti salah. Senyap aku tidak bererti kecut. Sepi tidak bererti aku membenci. Cuma terkilan dengan apa yang terjadi.

Dan aku kira lebih baik rasanya, aku menyepi di 'hutan' ini….aku hanya mendengar desau angin dan kicauan burung. Hidungku hanya mencium wanginya hutan dan aroma bunga yang dibawa oleh angin, mataku melihat hijaunya dedaunan dan garis sinar matahari yang menembus ke bawah pepohonan. Sedang kalau aku kembali, aku tidak tahu apakah indra ini kuat untuk menghadapi semua yang ada di 'luar sana'...

sesuatu yang aku pelajari di 'hutan' ini....."cinta itu lawan katanya tidak peduli!, bukan benci."

No comments: