15 October 2012

Misi YongYap_Bubu_TokNenek [YYBTN]

Akhirnya, hajat nak menakluk puncak YYBTN terlaksana jugak. Rasanya ni kali ke-4 merancang nak ke sana. Dan akhirnya hajat tu tercapai jugak selepas banyak halangan sebelum ni.

Kata abang gogo hari pertama kami akan bermalam di kem agas. Dah nama pun kem agas kan. so malam tu mmg berperang dgn agas lah kami. haisshhh.....!!! Luckly kem site pertama berjiran dgn sungai. so, mmg ambik kesempatan mandi puas2 memandangkan kami xkan jumpa lagi sungai perhampiran kemsite lepas ni.

Trill sebenar di sini hanya akan bermula pada hari ke-2 dan seterusnya. kalau semalam kami hanya melalui trek2 santai, hari ni trek2 kejam bakal menanti. Pewai memang pewai la kan. Nak tak nak, kami kena redah segala trek kejam ni. Memang xbagi diskaun. nak2 pulak bebanan bertambah dgn adanya lebih kurang kurang 5.5L air. Tapi sesampai ajher kat puncak Yong yap segala bayangan trek kejam tadi hilang di bawa kabus. Heaven..!!!


Masih seperti semalam, trek yg trill berkesinambungan pada hari ke-3 pulak. Target kami hari ni nak ke puncak Kambing. Kata abang gogo kami perlu menapau air untuk bekalan malam ni dan esok di kem Lopak Air. Tapi nasib kami agak malang bila tiada air di kem tuh. Mental memang dah start down taim tuh. bayangkan aku hanya tinggal kurang 500L air jer taim tuh. Mental bertambah down dr puncak Kayung ke puncak kambing. Walaupun sebenarnya jarak antara 2 puncak tu hanya dalam 15mnt. Sepanjang trek dr Kayung ke Kambing mmg mulut menyumpah2 apsal xsampai2 lg. mujur jugak ada si gagah yang sedia menjd sweeper tak bertauliah. Thx kawan..!!!



Kenikmatan sebenar trip YYBTN hanya akan di nikmati pada hari ke-4. segala pewai, mental tentang trek kejam dan trek panjang akan hilang sekelip mata bila berada di puncak TokNenek. SUMPAH! aku sangat serius!!! Nasib Kami sangat baik hari ni tiada kabus di puncak TN. View 360 darjah di puncak TN memeng heaven. DEJAVU!!!! Selain puncak TN, target kami hari ni nak ke starting point. Syukur kami selamat sampai ke starting point walaupun sangat lambat.
 

 
Aku pikirkan trail mencabar berakhir bila ajher kami turun ke starting point. Rupanya ada lagi cabaran yang menanti. Kami terpaksa berkampung si kg. Sg. Regil a.k.a Kem Lambat sementara menanti 4WD manjemput keesokan paginya. Rupanya kami ditinggalkan 4WD dek kerana terpaksa menunggu  kawan2 lain sampai kat Simpang YY td. Memandangkan kami tido berbumbungkan langit, syukur sangat cuaca baik tiada hujan. Kalau tak memang kami tido dalam hujan malam tuh. Tu belum lg dgn salakan anjing yg aku rasa di hujung kaki. Hailaaaa...kem lambattt...!!!! 

Kiranya trek YYBTN mmg komplet dgn segala macam trail yg trill. dari jalan balak tanah merah, kawasan berlumut ala2 lord of The Ring, sungai yang entah berapa banyak, rock climbing, merangkak bawah buluh dan akar,  trek berlumpur dan paling menguji adalah catuan air untuk bermalam di puncak. itu belum lg masuk kes tiada sumber air di kem lopak air. memang hazab!!! Dan pada aku tak lengkap pendakian ke puncak YongYap kalau tidak di pakejkan dgn TokNenek kerana tarikan utama di sini adalah Puncak Table n Chair.

4 comments:

KeMatZ said...

kenapa gambar banyak penyek ... :-?

Kopi Susu said...

tu kesan tarikan graviti menentang arus la tuh..:D

rowena ridzuan said...

bila tarikh pergi ni wahidah? bagus view... urgh, hebak mu ni.

Kopi Susu said...

pgi ujung buln 9 hari tuhh...view mmg superrbbb...rugi ooo x P..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...