LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 October 2012

melawat perkampungan purba ala Perancis

Plan asalnya nak ke nusajaya melawat tapak legoland yang menjadi kebanggaan penduduk johor sekarang ni. Tapi apakah sampai ke bukit tinggi je aku pun tara tau. kiranya trip ni boleh dikatakan sebagai trip tangkap muat main belasah ajher tanpa apa2 perancangan. 

Serius aku tak penah tau pun akan kewujudan tempat ni kat bukit tinggi kalau aku tak dibawa menjelajah ke tempat ni. so kena berterima kasih sangat2 pada insan budiman yang sudi membawa aku ke sini. Thanks a bounce kawan.!!!! Jakun sekejap bila kereta menjejakkan tayar je ke tempat ni. Jatuh Rahang aku..!!! tapi kena lah control ayu kan.....tuiiiiiiii!!!!

Sebenarnya selain perkampungan purba ala perancis ni ada banyak lagi tempat menarik kat bukit tinggi ni antaranya botanic garden, Japanese village, golf resort, Animal farm, orchard farm & banyak lg lah. Sungguh tempat ni tenang je...nyaman....hilang sekejap segala bebanan stress kat hutan batu sana.


Pada aku daya penarik utama ke sini adalah Colmar Tropical & japenese village  tu jer. Tapi kalau korang nak mencari ketenangan, kat sini lah salah stu tempatnya. Sekurang-kurangnya  melawat ke perkampungan purba ala Perancis jugak ala jepun nih memberi satu pengalaman dan pandangan baru pada aku.

No comments: