Kata abang gogo hari pertama kami akan bermalam di kem agas. Dah nama pun kem agas kan. so malam tu mmg berperang dgn agas lah kami. haisshhh.....!!! Luckly kem site pertama berjiran dgn sungai. so, mmg ambik kesempatan mandi puas2 memandangkan kami xkan jumpa lagi sungai perhampiran kemsite lepas ni.
Trill sebenar di sini hanya akan
bermula pada hari ke-2 dan seterusnya. kalau semalam kami hanya melalui
trek2 santai, hari ni trek2 kejam bakal menanti. Pewai memang pewai la
kan. Nak tak nak, kami kena redah segala trek kejam ni. Memang xbagi
diskaun. nak2 pulak bebanan bertambah dgn adanya lebih kurang kurang
5.5L air. Tapi sesampai ajher kat puncak Yong yap segala bayangan trek
kejam tadi hilang di bawa kabus. Heaven..!!!
Kenikmatan sebenar trip
YYBTN hanya akan di nikmati pada hari ke-4. segala pewai, mental tentang
trek kejam dan trek panjang akan hilang sekelip mata bila berada di
puncak TokNenek. SUMPAH! aku sangat serius!!! Nasib Kami sangat baik
hari ni tiada kabus di puncak TN. View 360 darjah di puncak TN memeng
heaven. DEJAVU!!!! Selain puncak TN, target kami hari ni nak ke starting
point. Syukur kami selamat sampai ke starting point walaupun sangat lambat.
Aku pikirkan trail
mencabar berakhir bila ajher kami turun ke starting point. Rupanya ada
lagi cabaran yang menanti. Kami terpaksa berkampung si kg. Sg. Regil a.k.a
Kem Lambat sementara menanti 4WD manjemput keesokan paginya. Rupanya kami ditinggalkan 4WD dek kerana terpaksa menunggu kawan2 lain sampai kat
Simpang YY td. Memandangkan kami tido berbumbungkan langit, syukur sangat cuaca baik tiada hujan. Kalau tak memang kami tido dalam hujan malam tuh. Tu belum lg dgn salakan anjing yg aku rasa di hujung kaki. Hailaaaa...kem lambattt...!!!!
Kiranya trek YYBTN mmg komplet dgn segala macam trail yg trill. dari jalan balak tanah merah, kawasan berlumut ala2 lord of The Ring, sungai yang entah berapa banyak, rock climbing, merangkak bawah buluh dan akar, trek berlumpur dan paling menguji adalah catuan air untuk bermalam di puncak. itu belum lg masuk kes tiada sumber air di kem lopak air. memang hazab!!! Dan pada aku tak lengkap pendakian ke puncak YongYap kalau tidak di pakejkan dgn TokNenek kerana tarikan utama di sini adalah Puncak Table n Chair.

4 comments:
kenapa gambar banyak penyek ... :-?
tu kesan tarikan graviti menentang arus la tuh..:D
bila tarikh pergi ni wahidah? bagus view... urgh, hebak mu ni.
pgi ujung buln 9 hari tuhh...view mmg superrbbb...rugi ooo x P..:D
Post a Comment