LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 September 2013

Lepaking @ RebusRebus Steamboat & Grill

 iklan yg aku rembat dari page pian

Sebenarnya untuk cerita pasal makan-makan ni aku bukanlah orangnya. Tapi memandangkan ini review tentang kedai si abam pian aku kentalkan jari menaip barang seperenggan dua walaupun adakalanya jari aku naik cramp. Mana la tau untung2 pian terbaca lalu berbesar hati bagi makan free plak. hehehhehehehe ^.^

asalnya hanya sembang2 wassap, dan akhirnya ramai plak yang berhajat nak mencuba apa yg specialnya RebusRebus ni. Pada aku yang tak pernah berpeluang merasa steamboat and grill dalam masa yang sama sangat teruja dgn pelawaan ni. 

berbekalkan perut kosong, kami menyerbu RebusRebus. Rugi la kan kalau peluang makan2 macam ni kita lepaskan. bukan selalu boleh makan dengan jayanya pun.  Semuanya ossem di sini dari makanan, minuman sampailah ke tuan punyer kedai *nampak aku up market kau kat situ, pian.!!!


kalau2  RebusRebus nak kan model, aku bersedia... ^.^


 

Paluang makan2 sambil menyakat kawan2 yang aku kira pantang jumpa nih, kami gunakan sebaiknya. Memandangkan kebanyakan dari kami, ada tanggungjawab yg perlu dibereskan keesokannya, kami memilih untuk pulang kepangkal jalan walaupun jarum jam telah lama berasmara.
 
Pada aku rugi kalau penggemar steamboat kat luar sana tak cuba dan rasai sendiri apa istimewanya RebusRebus steamboat & Grill. Dia punya aura yang tersendiri. ada identiti sendiri dan paling penting tentulah ada rasa tersendiri yg kau tak kan dapat kat mana2.

No comments: