03 September 2013

Gunung Kajang #Tioman

Tak sangka rupanya kat tioman bukan saja ada pantai yg sangat awesome, tapi juga punya gunung yang patut di teroka oleh pencinta gunung. Sebenarnya aku tak plan untuk turut serta pun trip ni. Tapi memandangkan yang ini trip 3 in 1 aku just decide untuk turut serta. bayangkan aku bukan saja dapat bermain pasir pantai tapi jugak aku berpeluang melakukan aktiviti kegemaran aku.

sebelum mendaki kak Moon selaku go-go dah memberi sedikit penerangan tentang trail kami untuk hari tuh. mendengar cerita nya ajher buat aku gerun. sumpah..!!!! memandangkan aku ada buddy yang aku kira akan jaga aku sepanjang trek. aku hadamkan sajer kata2 go-go.

Berbekalkan doa semoga perjalanan kami di permudahkan dan semangat yg macam dah nak padam aku gagahkan kaki memulakan langkah. memandangkan ini trip pecah lemak pertama selepas raya aku, aku tak putus2 meminta biar semuanya lancar.

 

Sumpah aku kata, Gunung Kajang memang sangat berbeza dari gunung2 lain yang pernah aku teroka sebelom ni. Dia punya identiti tersendiri. punya tahap kesukaran tersendiri.  Punya nature tersendiri. 

pada aku, trail Kajang memang cukup dengan segala macam trail yang buat kau nak meracau. Dengan trail lutut ke dagu, pacat mencari mangsa tak kira masa,  trail main lompat2 batu, menyusup dalam celahan batu, tu belum kira trek yang payah nak di baca arah laluannya. haila...!!! Syukur trip yang di sertai hampir 50peserta berjalan dengan jayanya.

Pada aku, rugi kalau Kilimanjaro, Merapi atau EBC kau dah sampai tapi gunung kajang kau belum teroka. Sumpah!!! satu kerugian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...