19 September 2013

gunung Rajah katanya

memandangkan aku terpaksa membatalkan trip ke Benum, ini kira last minit punya perancangan. Ke Rajah juga boleh dikatakan last minit punyer event. memandangkan trip ni tiada go-go, semua peserta harus mengambil inisiatif sendiri tentang apa yg perlu di bawa dan berapa banyak makanan yang kami perlu bawa. Mujur juga ada ramai otai2 dalam event ni. Jadi kesukaran kami tadi dapat di atasi dengan cemerlangnya.

Katanya, trail Rajah agak mencabar juga. dan katanya lagi trail sebenar cuma akan bermula selepas Lata Naning. menadangkan dari starting point ke Lata Naning memakan masa lebih kurang 4jam dengan trail yg agak santai. so, masa 4jam ni aku terpaksa meminimakan penggunaan tenaga. Save the best for last katanya. ^.^

Betul!!! trail dari Lata Naning ke Puncak sememangnya menyiksa jiwa, segala macam trail kau akan rasa itu time, dari trail merentas sungai, memanjat batu, trail lutut ke dagu jangan cakaplah. Tapi segala macam trail yg menyiksa jiwa tadi terubat serta merta bila puncak dah kau jejak. SUMPAH!!!!



Syukur, kami sempat merakam view2 superb di puncak Rajah. View 360darjah mengingatkan aku pada puncak TokNenek dulu. Paling bermakna kami juga sempat menyaksikan matahari melabuhkan tirai. Perasaannya memang Heaven. Tapi puncak Rajah punyer sejuk jangan cakap lah. Mencengkam di kalbu.



Syukur juga, trip yang pada mula nya seakan tiada sambutan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kawan2 yang tak jemu membantu aku sepanjang trek kali ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...