04 September 2013

Bukit Kutu #MerdekaRaya

Ini boleh dikira sebagai 'unplan' trip aku. Dua hari sebelum trip, si pojai duk gigih SMS menyatakan hajat ke Bukit Kutu. Katanya menunaikan hajat abg ultras yg dah gigil2 kaki lama tak mendaki. Memandangkan plan asal aku hanya duduk lepak menghabiskan hujung minggu di rumah, aku setuju ajher. Jadi, ahad lepas aku, pojai & abg ultras dengan penuh semangat kehijauan mendaki bukit kutu.

Sebelum ni, aku selalu dengar orang kata yg bukit kutu tak sepadan dengan namanya. Nama saja bukit tapi hakikatnya dia lebih extream dari gunung2 berstatus rendah yg ada.  Kini aku berjaya melalui sendiri pengalaman mandaki bukit kutu. Pengalamannya, usah cakap. Hazab tapi Heaven!!!

Kalau ada yang tanyer apakah tahap kesukaran Kutu, aku akan kata dia berada pada tahap kesukaran maksimum. Bayangkan kau hanya berpeluang melalui jalan santai pada 30mnit pertama selepas memulakan langkah. Selebihnya, trail lutut ke dagu. tu belum lagi kira trail meredah sungai memanjat batu merangkak melepasi buluh. mujur jugak pacat tak bermaharajalela.



Syukur kami sempat merakamkan view2 superb sebelum awan mengaburi  pemandangan kami. sumpah!!! Heaven. Rupanya ia bukan awan biasa. Ia membawa sekumpulan awan hitam yang kami tau memberi petanda. Selesai posing sakan sambil mengisi perut ala kadar. kami bergegas turun ke starting point. Dan banyak tinggalan sejarah zaman british dulu yang tak sempat aku rakamkan. Nampaknya memang aku wajib repeat bukit kutu nanti.

2 comments:

Teena Tna said...

Wah, bestnya. Sy mmg suka aktiviti kat gunung cmni. Tp serius pegi sana ngn bju kurung & Melayu jerr??

Kopi Susu said...

tade laa....pakai treking attire lahhh...sampai puncak baru tukar :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...