19 February 2013

menjalajah Pulau Orang Utan, Bukit Merah

cuti raya Cina lepas kami sekeluarga berpeluang untuk kesekian kali nya menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown. Sebenarnya ke BMLT ni tak termasuk dalam agenda kami pun, yg mana plan asalnya mau ke kenduri kawen kak Ila je. Entah macamana abg sulong aku duk Plan p sana. yang kami2 ni polo ajher lah.

Sebenarnya since dulu2 memang tiap kali balik Selama kami akan singgah kat tasik Bukit Merah ni. Dulu segala mak nenek Laketown ke hape memang xde. kami berenti mmg semata2 nak lihat air tasik. Dan sekarang macam2 dah ada kat sini. 

Teringat Percutian 6 Tahun lepas kami di sini dulu, yg mana adik aku si busuk tu hampir2 hilang mencari toilet punyer hal.  Mujur jugak terjumpa dgn org budiman yg membatu taim tu. hailaaaaaa...demam2 jugak la adik aku tu gara2 peristiwa tu.


Memandangkan ini percutian tidak dirancang, kami decide untuk naik bot meronda sekitar kawasan Tasik. so, kami memilih untuk ke Pulau orang utan. Nama pun pulau Orang Utan kan. so, mmg kami disajikan dgn Orang Utan je la kan. dari sekecik2 OU hinggalah ke sebesar2 OU.
Mike, paling otai & katanya dia seberat 110kg menyamai kekuatan 10org lelaki  dewasa.

Walaupun ianya percutian yg tak dirancang kami tetap pulang dengan perasaan yg happy. Bukan happy gilak babi kerana dapat melihat Mike, tapi happy krn sekali lg berpeluang meluangkan masa bersama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...