LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

05 February 2013

Jibrel masuk wad!

Maghrib semalam dapat call mengatakan anak buah bongsu aku admitted sebab demam HFMD - Hand Foot Mouth Disease. hah! HF... what? rupanya penyakit tangan kaki dan mulut.

Kesian, katanya, 2hari jugak jibrel xmau makan dan mnum gara2 mulutnya penuh dgn ulser. Dan semalam masa aku melawat mereka, jibrel dah nak mnum skit2 itupun  dgn sudu. Sedih melihatkan baby  yg sebelum ni debab dah susut dgn cemerlang.


Abang D cakap kemungkinan besar Jibrel akan di tahan selama seminggu di sana. Terpancar keserabutan pada muka Abg sulung aku nih. Ku pikirkan dia juga di serang virus Demam selesama, rupanya dah 2hari tak dapat tidor gara2 melayan ragam jibrel.

Budak debab ni tetap lasak walaupun tiub air melekat kat tangan. Aku sentiasa doa supaya Jibrel cepat sembuh dan riang  macam selalu...serta dilindungi dari semua sudut. amin....:|

No comments: