30 August 2013

selamat bahagia

pejam
kelam
Jangan kejam

Piala M'sia'13 : PKNS FC vs Southern Tiger

Kempen Piala Malaysia 2013 dah pun bermula. aku berkesempatan menyaksikan PKNS FC mengatasi JDT dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B secara langsung minggu lepas. Walaupun tewas, penyokong2 Harimau Selatan tak kan berganjak OK!!!

Ni yang aku seronok bila turun padang melihat sendiri secara langsung perlawanan Bola Sepak. Ultras Harimau Selatan non-stop melaungkan lagu-lagu semangat buat pemain. 

Aku kira banyak peluang yang tak di gunakan sebaiknya oleh team JDT itu malam. dan mungkin jugak pemain2 terlalu ghairah nak memburu gol, sampai banyak aspek teknikal yabg mereka pandang remeh.

Overall pada aku, banyak improvement yang JDT patut buat. Kalau tak memang ke laut la kan. YA!! aku bukan lah orang nya yg layak membahaskan pasal isu ni. Apapun buat pasukan JDT, Ayuh!! bangkitkan semangatmu, hapuskan semua musuh2mu.


22 August 2013

Doa

Ya Allah.
Kudoa agar kami akan selamat
menjejak awan membelai ombak
Hanya padaMU kami berharap

you are just old!




Ulang berulang, kau patut syukur!

Doa kami moga kau di berkati di rahmati dan di limpahkan rezki
selamat panjang umor untuk mu sahabat!

kepergian

normalnya kepergian seseorang akan mengundang kerinduan
moga kerinduan muncul dalam kepergianku

16 August 2013

mesin masa


heh!
kan best kalau boleh kembali ke masa dulu. aku pilih sepuluh taun dulu :|

Tapi masa terus berlari

08 August 2013

maaf

Sekali lagi aku mohon maaf. bukan hanya kerana datangnya lebaran.Syukur DIA bukakan hati untuk mengakui segala khilaf. Dengan segenap cemas dan sesal sekali lagi aku Mohon maaf.

# Selamat Lebaran, Sahabat!!

16 July 2013

Gunung Liang East-West

Ini trip edisi  pertama aku dgn geng ORA. Tapi ada jugak beberapa peserta yang aku pernah jumpa dan treking sesama sebelum nih. dan rasanya yang baru kenal di sini terasa macam dah lama berkenalan. Serius..!! kiranya mana2 go-go pun sama je sebenarnya. cuma cara manage tu je kekadang lain sikit. tapi semua tu perkara kecik yang tak memberi masalah besar pun pada aku.

Aku boleh kata tahap kesukaran Liang, memang berada pada tahap kesukaran yg sukar *amatur la katakan...* mana2 gunung pun ada tahap kesukaran yg tersendiri. Sama. cuma mungkin trek hazabnya saja mungkin pendek atau panjang.

Mendaki dgn keadaan yang tak cukup persedian memang hazab bagi aku. Bayangkan tiada aktiviti peluh yang aku buat sebelum trip bermula. Cramp, Tune nafas yang x brapa nak betul, cepat penat, memang menjadi igauan ngeri aku sepanjang trek. Dan tulah yang berlaku. hambekkk..!! tu lah padahnya trekking tanpa persedian mental dan fizikal.

 walaupun penat + pewai bila lensa kamera memainkan peranan kena bagi kerjasama woooooo.. ^.^
 
ni namaya pewai dek ciuman pacat. Fengsan ..!! Dengkuran kau Siti Norhaliza sangat !! *ni compliment ok..!! nmpk x indahnya bhsa yg aku guna di situ ^.^ * 
 


Nasib kami tak berapa baik hari tuh coz kabus tebal sepanjang kami berada si puncak. memang kiri kanan kami kabus sahaja. xde view superb yang kami dapat rakamkan samaada dalam ingatan atapun dalam lensa kamera. Tapi perasaan sampai di Puncak Liang Timur-Barat tetap suberp!. Rugi rasanya kalau korang dah sampai ke Kinabalu tapi ke Liang xpernah merasa. :P

Cuaca sejuk yang ala2 menggigit tulang hitam, memaksa kami tak berada lama di puncak. selesai berposing sakan, makan ala kadar, kami turun semula ke kem 7E. kami masih ada misi lagi di sana. Packing barang dan bergerak ke starting point. yahooooo.....!!! tekak aku dah terasa2 milo ais pekan Tanjong Malim.



Pengalaman mendaki dengan  Go-go dan kawan2 baru memang pengalaman terbaik dalam setiap trip. Aku blajar banyak bende dalam hutan. semuanya. Apapun Tahniah buat 23 pendaki Liang Timur-Barat Edisi nak Puasa la Pulak. Korang memang superb!!!

15 July 2013

Final Piala FA '13 : The Red Warriors vs. The Southern Tigers

#Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale#
Motip aku duk gebang lagu setia bersama ni kan. ni la yg org kata, 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengaum'. Memandangkan aku duk berpihak pada pasukan harimau selatan taim tu, kena la semangat JDT kan.

kalau nak kata aku peminat bola sepak negara memang sebenarnya bukan lah. aku join nonton live ni pun kira suka2 je. saja nak rasai sendiri apa bestnya duk menjadi penyokong pasukan bertanding. dan apa yang aku boleh kata, perasannya memang superb. memang ini bukan pertama kali aku menyaksikan perlawanan bola secara live di stadium, tapi ini yg pertama untuk piala Final. dan perasaannya sangat luar biasa. nak2 pulak aku dapat seat yang dekat sangat dengan team B.O.S. memang perasaan leurbiasa tu sgt dekat dan terus sampai ke hati. tu yang boleh layan angkat mafla bagai tuh.

Brader yg baju biru tu buat muka stress coz nebes takut JDT xbleh performed itu malam. Dan yg si mamat baju itam tu aku sedikit kompius..eksited dapat makan koci kah? atau duk eksited dapat membahan si mamat berbaju biru. entahpape.. :P


Melihat crowd yang membanjiri stadium hari tuh buat aku takut. giler ramai sampai tak muat stadium. kesian mereka yg membayar tiket tapi hanya dapat lihat pasukan mereka beraksi dari celahan ribuan penonton. haila..!! Percayalah perasaan menyaksikan perlawanan bola di layar perak sangat berbeza dgn yg ini. Sumpah..!!! Yup! korang memang kena rasainya walau sekali.



Apapun tahniah buat pasukan JDT walaupun kalah kita tetap menang sorak malam tuh. Memang adat bertanding ada yg menang ada yang kalah kan. so, adat lah tu. mungkin rezki JDT bukan untuk piala FA 2013. cuba lagi lain kali yer. Buat pasukan Red Warrior, Tahniah. terbukti kalian memang hebat. :D

#matilah aku kalau orang tau aku bukan anak Johor. 1Malaysia kata ^.^

12 July 2013

09 July 2013

ya Ramadhan

aku tau hati aku tak secerah mentari
tak bersinar bagai rembulan
aku minta simpati mu kawan
bebaskan aku dengan maafmu
agar aku tenang

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
mohon maaf lahir dan batin

30 June 2013

Bohong

Tuhan...tolong bisikan sebuah kata
yang mampu mengubah dunia
Tuhan... biarkan aku lena
agar bila aku sedar semuanya kembali seperti sediakala

25 June 2013

nasik kawen Nurul Akxmar


Selamat Pengantin baru kawan
semoga perjanjian indah yang di meterai kekal sampai mati

pangkor


aku tinggalkan salam di pulau kecil ini
andai angin lalu kau akan mendengarku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...