16 July 2013

Gunung Liang East-West

Ini trip edisi  pertama aku dgn geng ORA. Tapi ada jugak beberapa peserta yang aku pernah jumpa dan treking sesama sebelum nih. dan rasanya yang baru kenal di sini terasa macam dah lama berkenalan. Serius..!! kiranya mana2 go-go pun sama je sebenarnya. cuma cara manage tu je kekadang lain sikit. tapi semua tu perkara kecik yang tak memberi masalah besar pun pada aku.

Aku boleh kata tahap kesukaran Liang, memang berada pada tahap kesukaran yg sukar *amatur la katakan...* mana2 gunung pun ada tahap kesukaran yg tersendiri. Sama. cuma mungkin trek hazabnya saja mungkin pendek atau panjang.

Mendaki dgn keadaan yang tak cukup persedian memang hazab bagi aku. Bayangkan tiada aktiviti peluh yang aku buat sebelum trip bermula. Cramp, Tune nafas yang x brapa nak betul, cepat penat, memang menjadi igauan ngeri aku sepanjang trek. Dan tulah yang berlaku. hambekkk..!! tu lah padahnya trekking tanpa persedian mental dan fizikal.

 walaupun penat + pewai bila lensa kamera memainkan peranan kena bagi kerjasama woooooo.. ^.^
 
ni namaya pewai dek ciuman pacat. Fengsan ..!! Dengkuran kau Siti Norhaliza sangat !! *ni compliment ok..!! nmpk x indahnya bhsa yg aku guna di situ ^.^ * 
 


Nasib kami tak berapa baik hari tuh coz kabus tebal sepanjang kami berada si puncak. memang kiri kanan kami kabus sahaja. xde view superb yang kami dapat rakamkan samaada dalam ingatan atapun dalam lensa kamera. Tapi perasaan sampai di Puncak Liang Timur-Barat tetap suberp!. Rugi rasanya kalau korang dah sampai ke Kinabalu tapi ke Liang xpernah merasa. :P

Cuaca sejuk yang ala2 menggigit tulang hitam, memaksa kami tak berada lama di puncak. selesai berposing sakan, makan ala kadar, kami turun semula ke kem 7E. kami masih ada misi lagi di sana. Packing barang dan bergerak ke starting point. yahooooo.....!!! tekak aku dah terasa2 milo ais pekan Tanjong Malim.



Pengalaman mendaki dengan  Go-go dan kawan2 baru memang pengalaman terbaik dalam setiap trip. Aku blajar banyak bende dalam hutan. semuanya. Apapun Tahniah buat 23 pendaki Liang Timur-Barat Edisi nak Puasa la Pulak. Korang memang superb!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...