LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 July 2013

Final Piala FA '13 : The Red Warriors vs. The Southern Tigers

#Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale#
Motip aku duk gebang lagu setia bersama ni kan. ni la yg org kata, 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengaum'. Memandangkan aku duk berpihak pada pasukan harimau selatan taim tu, kena la semangat JDT kan.

kalau nak kata aku peminat bola sepak negara memang sebenarnya bukan lah. aku join nonton live ni pun kira suka2 je. saja nak rasai sendiri apa bestnya duk menjadi penyokong pasukan bertanding. dan apa yang aku boleh kata, perasannya memang superb. memang ini bukan pertama kali aku menyaksikan perlawanan bola secara live di stadium, tapi ini yg pertama untuk piala Final. dan perasaannya sangat luar biasa. nak2 pulak aku dapat seat yang dekat sangat dengan team B.O.S. memang perasaan leurbiasa tu sgt dekat dan terus sampai ke hati. tu yang boleh layan angkat mafla bagai tuh.

Brader yg baju biru tu buat muka stress coz nebes takut JDT xbleh performed itu malam. Dan yg si mamat baju itam tu aku sedikit kompius..eksited dapat makan koci kah? atau duk eksited dapat membahan si mamat berbaju biru. entahpape.. :P


Melihat crowd yang membanjiri stadium hari tuh buat aku takut. giler ramai sampai tak muat stadium. kesian mereka yg membayar tiket tapi hanya dapat lihat pasukan mereka beraksi dari celahan ribuan penonton. haila..!! Percayalah perasaan menyaksikan perlawanan bola di layar perak sangat berbeza dgn yg ini. Sumpah..!!! Yup! korang memang kena rasainya walau sekali.



Apapun tahniah buat pasukan JDT walaupun kalah kita tetap menang sorak malam tuh. Memang adat bertanding ada yg menang ada yang kalah kan. so, adat lah tu. mungkin rezki JDT bukan untuk piala FA 2013. cuba lagi lain kali yer. Buat pasukan Red Warrior, Tahniah. terbukti kalian memang hebat. :D

#matilah aku kalau orang tau aku bukan anak Johor. 1Malaysia kata ^.^

No comments: