20 October 2015

Berembun Falls @Jerantut

Siape yang tak mau melihat dan merasai sendiri kesejukan air terjun yang katanya masih dara di Jerantut ni. Jumaat lepas kami seramai 36 peserta berpesta air di Berembem falls yang pernah menjadi viral dulu.

Untuk sampai ke kemsait, kami perlu berjalan dalam 5minit selepas merasai pengalaman tak mampu aku nak lupa melalui trail 4WD. 

Setibanya di kemsait, aku agak kecewa kerana aku tak nampak waterfall seperti yg di viral kan sebelom ni. rupanya waterfall yang aku caricari berada di sebalik batubatu yang kau perlu sabar sikit je lagi untuk bermesra dengannya.

Dalam pukul 3petang baru kami berpeluang menikmati sejuknya air terjun ni. Sejuknya memang lain macam. walaupun aktiviti air bukan lah kepakaran aku, aku memang tak lepas peluang menjelajah ke segenap ceruk penjuru. Make sure pakai life jacket yerrr...kalau tak, memang tak berpeluang lah kau nak berendam. Dalam kot. tak timbul aku sat g. :P

Tuk korang yang sukakan aktivitiaktiviti air, apa salahnya cuba sendiri nikmatnya tiruk di Berembun falls ni. Tak rugi!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...